|

Pergolakan terbaru Tahrir dan keputusan awal pilihanraya fasa kedua

KAHERAH, 19 Disember: Pimpinan Al-Azhar telah mengambil tindakan segera untuk meredakan pergolakan antara pasukan keselamatan dan penunjuk perasaan. Doktor Hasan As-Syafei (Ketua Unit Kesenian Universiti Al-Azhar) mengatakan bahawa Doktor Ahmad Tayyib sendiri telah mewakilkannya untuk turun ke Jalan Kasr Aini untuk meredakan pergolakan antara kedua belah pihak tersebut.

Doktor Hasan As-Syafei juga menegaskan bahawa beliau telah melihat berita Al-Jazeera secara langsung pada waktu petang semalam berkenaan dengan sorang perempuan yang telah diperlaku dengan teruk oleh pihak keselamatan dan itu merupakan satu angkara yang sangat mendukacitakan rakyat mesir secara keseluruhannya, lebih-lebih lagi setelah berkembangnya pertubuhan-pertubuhan ilmiah di mesir sejak 100 tahun yang lalu.

Pertubuhan Hak Asasi Manusia dengan segera telah membentuk satu jawatankuasa khas untuk mewujudkan perbincangan antara penunjuk perasaan dan pihak yang berkaitan, samada Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (SCAF) atau Pihak Kerajaan.

Jawatankuasa tersebut juga telah membentuk satu forum khas yang dipengerusikan oleh George Isaac dan ahli panelnya ialah: Doktor Amr Hamzawi, Muna Zulfiqar, Naseer amen, Hafiz Abu Saadah, Doktor Suhair Lutfi dan Doktor Amr Syubki.

Sementara itu, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mengatakan, pada keputusan akhir pusingan pertama, fasa kedua, Pilihanraya Parlimen Mesir, mereka telah memenangi 37.2% daripada kerusi parti (qawaim) pada keseluruhan undi (qawaim) di peringkat daerah yang telah dipertandingkan, dan bilangan parti politik yang telah memenangi kerusi parti (qawaim) kali ini ialah sebanyak 12 parti politik, tidak termasuk daerah yang belum mengeluarkan keputusan sehingga kini.

Jumlah undi yang telah Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) menangi ialah sebanyak 3,178,891 daripada 10,086,347 undi secara keseluruhannya. Sementara 47 derah yang dipertandingkan pada fasa ini perlu melalui proses pengulangan, iaitu daerah: Giza(9), Manufiyyah(4), Bakhira(10), Bani Sweif(6), Syarqiyyah(10), Ismailiyyah(1), Suez(1), Aswan(2), Suhaj(4).

Sumber: Laman Web ISMA Mesir