Pengharaman sertai ratu cantik perlu diwartakan Majlis Fatwa Negeri
BANGI, 23 Disember – Sungguhpun pengharaman wanita Islam daripada menyertai pertandingan ratu cantik telah diputuskan melalui Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1997, namun perkara tersebut perlu diwartakan kembali di peringkat Majlis Fatwa Negeri bagi penguatkuasaan undang-undang berkaitan yang lebih tegas.
Ketua Wanita ISMA, Ustazah Nor Saleha Mohd Salleh berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Jabatan Agama Islam Sarawak terhadap lima orang wanita Islam yang menyertai pertandingan Miss Borneo Beautiful 2011 di Sarawak baru-baru ini.
Menurut beliau, perkara ini bukan sahaja terhad kepada pertandingan ratu cantik, malah meliputi semua aspek melibatkan maruah yang perlu dipelihara dan dijaga oleh kaum wanita.
“Bagi saya isu pengharaman ini bukan setakat penyertaan dalam pertandingan ratu cantik sahaja, tetapi sebenarnya penglibatan wanita muslimah dalam apa sahaja perkara yang menyalahi kehendak agama dan syarak, dan ini yang perlu dititikberatkan oleh majlis mufti.”
Beliau mengklasifikasikan penyertaan wanita di dalam apa jua acara yang melibatkan pemakaian menjolok mata seperti peragaan, hiburan dan seumpamanya sama seperti pertandingan ratu cantik yang juga patut diharamkan.
Menurut Ustazah Nor Saleha lagi, menjaga maruah diri adalah salah satu sebab Allah s.w.t menurunkan Islam kepada hambaNya, maka penekanan kepada aspek maruah perlu diutamakan sama seperti penekanan aspek agama, keturunan, harta dan nyawa.


[...] : ISMA Pusat CommentsPowered by Facebook Comments [...]