Mesyuarat Hamas-Fatah di Gaza
5 Disember 2011 - Mesyuarat antara Fatah-Hamas telah dijadualkan akan diadakan di Semenanjung Gaza, untuk mengemaskinikan lagi perbincangan mereka yang lepas di Kaherah, termasuk isu perdamaian tahanan dan politik semasa.
Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum memberitahu pemberita semalam, Ahad 04/12/2011, bahawa mesyuarat itu adalah antara beberapa mesyuarat penting yang akan bersama-sama mereka pemimpin kedua-dua belah pihak untuk bergabung melaksanakan misi penting mereka iaitu menentukan pemimpin PLO pada 22 Disember akan datang dan kepentingan melaksanakan “Persetujuan Kaherah” yang lalu.
Beliau menambah: “Semua ini akan berlaku sekiranya kedua-dua belah pihak menyakini inilah satu-satunya jalan untuk menanggani dan menguruskan situasi Palestin dan kami dalam persediaan terakhir membincangkan strategi kebangsaan.”
Sumber: Aman Palestin



