|

Ketua Unit Kajian Gerakan Syiah ISMA jelajahi Sarawak

Ketua Unit Kajian Gerakan Syiah ISMA, Ustaz Mohamad bin Ismail akan tampil dalam Siri Jelajah Diskusi Akidah Bahaya Syiah di masjid-masjid terpilih sekitar Kuching dan Samarahan. Program ini dianjurkan oleh ISMA Sarawak dengan kerjasama PEMBINA Sarawak dan I-Medik Sarawak.

Siri jelajah ini akan berlangsung pada 23-26 Disember. Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Yang Dipertua ISMA Sarawak, Dr. Mohd Khairol Jambli (013-8186053).