Utama » December, 2011 Entri dipos pada “December, 2011”

Ariff Alfian: Mangsa kelalaian kita

Ariff Alfian: Mangsa kelalaian kita

Kisah seorang mahasiswa jurusan perubatan di Dublin, Republik Ireland yang telah ‘berkahwin’ dengan orang yang sejantina dengannya sedang hangat diperkatakan. Beliau yang dahulunya seorang pelajar cemerlang ketika di sekolahnya telah menghampakan harapan keluarganya yang ingin melihat beliau menjadi seorang doktor yang berjaya.
Pencarian keluarganya sekian lama, kini berakhir dengan berita ‘perkahwinan’ beliau. Bagai jatuh ditimpa tangga, [...]

December 31 2011 | Dipos di dalam Pendapat | Baca Selanjutnya »

Sertai Himpunan Sejuta Umat Peringkat Negeri Sembilan

Sertai Himpunan Sejuta Umat Peringkat Negeri Sembilan

Umat Islam khususnya mereka yang berada Negeri Sembilan dan kawasan berhampiran dijemput untuk hadir beramai-ramai ke Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) Selamatkan Aqidah Peringkat Negeri Sembilan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan terhadap perjuangan membanteras gejala murtad di dalam masyarakat. Perhimpunan ini akan berlangsung pada 7hb Januari 2012 (Sabtu), di Stadium Tertutup Paroi (Centre Court), Seremban bermula [...]

December 30 2011 | Dipos di dalam Berita Utama, Hebahan | Baca Selanjutnya »

Tiada toleransi jika pertikai hak keistimewaan Melayu dan Islam

Tiada toleransi jika pertikai hak keistimewaan Melayu dan Islam

BANGI, 29 Disember – Apa sahaja akta yang ingin digubal demi menjaga kepentingan rakyat, hak keistimewaan orang Melayu dan Islam perlu dipelihara sepertimana yang tertulis di dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia, dan tiada toleransi yang perlu diberikan sekiranya hak keistimewaan tersebut masih lagi dipertikai, tegas Naib Presiden I ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni.
“Sekiranya apa yang [...]

December 29 2011 | Dipos di dalam Berita Utama, Tempatan | Baca Selanjutnya »

Presiden ISMA akan tampil dalam Forum Perdana Sempena Malam Tahun Baru 2012

Presiden ISMA akan tampil dalam Forum Perdana Sempena Malam Tahun Baru 2012

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman akan tampil sebagai salah seorang panelis dalam Forum Perdana Sempena Malam Tahun Baru 2012 yang mengupas tajuk ‘Gerakan Mengangkat Martabat Ummah’. Forum ini akan berlangsung pada 31 Disember (Sabtu) akan datang di Dataran Senawang, Seremban, Negeri Sembilan bermula pukul 8.00 malam.
Forum Perdana ini dianjurkan [...]

December 29 2011 | Dipos di dalam Berita Utama, Hebahan | Baca Selanjutnya »

Pertemuan Haniyyah bersama Mursyid Am Ikhwan Muslimin

Pertemuan Haniyyah bersama Mursyid Am Ikhwan Muslimin

KAHERAH, 27 Disember: Berlakunya satu perjumpaan rasmi antara Dr. Muhammad Badi’, Mursyid Am Ikhwanul Muslimin dengan Ketua Kerajaan Palestin Bersatu, Ismail Haniyyah bersama delegasi pada petang semalam dalam rangka lawatan khusus bagi ‘Haniyyah’ ke Mesir yang mengambil masa selama dua hari.
Dr. Muhammad Badi’ mengalu-alukan kedatangan ‘Haniyyah’ beserta delegasi dalam satu sidang akhbar yang diadakan. Beliau [...]

December 28 2011 | Dipos di dalam Dunia Islam, Perkembangan Mesir | Baca Selanjutnya »

Siapa buli siapa?

Siapa buli siapa?

BANGI, 27 Disember – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Paderi Dr Eu Hong Eng ketika perayaan Krismas pada 25 Disember lalu yang mempersoalkan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia adalah bersifat melampau dan besar kepala.
“Saya melihat kenyataan ini sebagai suatu yang melampau dan bersifat besar kepala, kerana [...]

December 28 2011 | Dipos di dalam Berita Utama | Baca Selanjutnya »

Politik baru

Politik baru

Malaysia dijangka akan mencapai status negara maju dalam jangka masa 8 tahun dari sekarang. Visi yang diletakkan oleh Tun Mahathir ini telah menggerakkan negara ke arah satu matlamat tinggi yang dengan itu diharap bukan saja ekonomi negara akan menjadi lebih mampan tetapi masyarakat akan lebih matang. Pelbagai program transformasi telah dirancang bagi menaikkan ekonomi negara [...]

December 28 2011 | Dipos di dalam Timbalan Presiden | Baca Selanjutnya »

Jemputan Ke Forum Perdana Ancaman Liberalisme Terhadap Umat Islam

Jemputan Ke Forum Perdana Ancaman Liberalisme Terhadap Umat Islam

Assalamualaikum wbt,
Tuan/Puan/Encik/Cik dijemput untuk sama-sama menghadiri Forum Perdana Ancaman Liberalisme Terhadap Umat Islam yang akan diadakan seperti berikut:
Tempat: Surau As-Sobah, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi
Tarikh: 31hb Disember 2011, Sabtu
Masa: 8.00 malam
Panelis:
1) Ustaz Dr. Aznan Hasan, Pengerusi Majlis Ulama’ ISMA (MUIS)
2) Prof. Madya Hj. Kamaruddin Hj. Salleh, Pensyarah Jabatan Usuluddin, UKM
Moderator:
Mohd Noor Azib Asmangi, Yang Di-Pertua [...]

December 28 2011 | Dipos di dalam Hebahan | Baca Selanjutnya »

Tindakan persoal Artikel 153 Perlembagaan Malaysia dipertikai

Tindakan persoal Artikel 153 Perlembagaan Malaysia dipertikai

BANGI, 26 Disember – Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman hari ini mempertikaikan tindakan seorang pemimpin tertinggi agama Kristian yang mempersoalkan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia.
Pemimpin tertinggi Gereja National Evangelical Christian Fellowship (NECF), Rev. Dr Eu Hong Eng dilaporkan telah mengeluarkan kenyataan yang mempersoalkan Artikel 153 tersebut semasa sambutan perayaan Krismas semalam.
Artikel 153 Perlembagaan Malaysia [...]

December 27 2011 | Dipos di dalam Berita Utama, Tempatan | Baca Selanjutnya »

Siyasah Syar‘iyyah & Tahalluf Siyasiyy Di Malaysia: Satu Analisis Kritikal (Siri 3)

Siyasah Syar‘iyyah & Tahalluf Siyasiyy Di Malaysia: Satu Analisis Kritikal (Siri 3)

Siyasah Syar‘iyyah Dan Tahalluf Siyasiyy Di Kalangan Parti Politik Ummat Islam Malaysia: Satu Analisis Kritikal
Tahaluf dalam konteks amalan parti politik Malaysia
Tahaluf sebegini termasuk dalam tasarruf imam atau pemerintah, walau bagaimanapun kaedah yang sama harus dipakai oleh gerakan Islam dalam menjalin hubungan mereka dengan individu dan  organisasi bukan Islam.
Sebagaimana yang telah saya nyatakan terdahulu, terdapat dua [...]

December 27 2011 | Dipos di dalam Minda Presiden | Baca Selanjutnya »