Presiden ISMA akan tampil di Wacana Siyasah Syar’iyyah Dalam Konteks Religio-Politik Semasa Malaysia
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman akan tampil sebagai salah seorang pembentang kertas kerja dalam Wacana Pemikiran & Peradaban Ummah yang bertemakan Siyasah Syar’iyyah Dalam Konteks Religio-Politik Semasa Malaysia. Wacana anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) ini akan berlangsung pada 12 November akan datang di Universiti Islam Antarabangsa Gombak.
Ustaz Abdullah Zaik akan mengupas tajuk ‘Siyasah Syar‘iyyah Dan Tahalluf Siyasiyy Di Kalangan Parti Politik Ummat Islam Malaysia: Satu Analisis Kritikal’. Selain beliau, turut membentangkan kertas kerja ialah Dato’ Hj. Mohd Nakhaie Ahmad (Presiden Pertubuhan Persahabatan Dakwah Global), Prof Datuk Dr. Yusoff Mohamad (Pensyarah Jabatan Usuluddin & Perbandingan Agama UIA), Dr. Yusri Mohamad (Pensyarah Undang-Undang UIA) dan Ustaz (Dr) Muhammad ‘Uthman El-Muhammady (Felo Amat Utama ISTAC).
Orang ramai yang ingin mendaftarkan diri ke program ini boleh menghubungi Sdr. Nasrul (012-6506404) atau Sdr. Wan Burhan (016-3956497). Maklumat lanjut juga boleh diperolehi di laman web rasmi MUAFAKAT.



Assalamualaikum…
Semoga antum dirahmati Allah.
Semoga pandangan yang berbeza tidak menimbulkan perpecahan malah kita boleh menerima perbezaan sesama kita.
وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلا يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ (١١٨)إِلا مَنْ رَحِمَ رَبُّكَ وَلِذَلِكَ خَلَقَهُمْ وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ لأمْلأنَّ جَهَنَّمَ مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ (١١٩)
Dan kalaulah Tuhanmu menghendaki, tentulah Dia menjadikan umat manusia semuanya umat yang satu. (Tetapi Dia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.
Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka tidak berselisihan) dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menciptakan manusia.
[...] Sumber: ISMAWeb [...]