Penyelesaian saya… Penyelesaian saudara?
Melihat tulisan dan kenyataan di dalam media samada media perdana mahupun media alternatif serta komen-komen yang diberikan, maka jelas bahawa umat Islam terutama orang Melayu semakin hari semakin berpecah dalam memberi pandangan. Jika perbezaan itu melibat isu-isu teknikal, itu tidak sangat membimbangkan tetapi yang merisaukan ialah apabila kita berbeza dalam perkara-perkara yang sangat asas. Kemudian ia tidak berhenti di situ sahaja, ia akan meleret kepada hina menghina, lekeh melekeh, remeh meremeh dan hentam menghentam.
Dalam masa yang sama ada pihak yang sentiasa memerhati dengan senyum dan gembira. Mereka merancang seterusnya dengan niat tidak ada yang lain melainkan untuk memecahkan umat Islam di negara ini. Orang Melayu yang membaca tulisan dan kenyataan ini pula terus menerimanya bulat-bulat seolah-olah ia adalah wahyu yang tidak boleh dipertikaikan. Kalau dulu kita kata media perdana adalah pro-BN tapi sekarang ini pula media alternatif dikatakan pro-PR. Kedua-dua media akan mencuba habis-habisan untuk menggambarkan “parti” mereka adalah yang terbaik, tersuci dan teradil. Belum ada media yang benar-benar pertengahan yang boleh ditatapi dengan minda terbuka oleh rakyat. Akhirnya samada saudara akan cenderung kepada BN atau PR. Tidak ada lagi yang melihat dengan lebih matang dan mampu menilai sesuatu dengan neraca kebenaran. Inilah menyebabkan umat Melayu Islam semakin berpecah.
Jangan pandang remeh
Saya ingin menegaskan kepada orang Melayu bahawa jangan pandang remeh perpecahan yang berlaku ini kerana implikasinya sangat besar kepada masa depan negara. Dalam budaya demokrasi, sesuatu keputusan bukan dilandaskan atas kebenaran tetapi lebih kepada suara majoriti. Dalam erti kata lain, jika perpecahan orang Melayu berterusan maka sesiapa pun yang memerintah tidak akan membawa apa-apa kesan kepada orang Melayu dan Islam. Sebaliknya kaum lain akan lebih mendapat keuntungan.
DAP
Kalau melihat tulisan daripada beberapa orang pengkaji politik maka parti yang akan muncul sebagai parti yang dominan dalam PRU13 ialah DAP. Orang Cina seolah-olah sudah nekad bahawa mereka tidak akan lagi mengundi MCA atau BN. Ini menjadikan DAP sebagai alternatif mereka dan dijangka dengan keputusan PRK yang berlaku di Sarawak, DAP akan mendapat paling kurang 60 kerusi daripada 222 kerusi parlimen. Mereka akan terus menguasai Pulau Pinang di samping Perak dan Selangor. Dengan kerusi yang sebanyak itu dan penguasaan negeri-negeri yang strategik maka sudah pasti pengaruh mereka dalam setiap keputusan sangat besar. Kalau dicampur dengan kerusi-kerusi PR dan BN yang bukan muslim maka tidak mustahil dewan parlimen akan dipenuhi dengan bukan Islam atau Melayu. Walaupun mereka tidak mewakili majoriti namun dengan perpecahan Melayu maka orang Melayu “terpaksa” menyokong mereka.
Sebagai sebuah parti yang memperjuangakan idea sosialis maka sudah tentu kebangkitan mereka merupakan ancaman kepada Islam (lihat perlembagaan mereka). Namun yang menghairankan masih ramai umat Islam yang begitu yakin dengan keadilan mereka dan mengharapkan pemimpinnya akan masuk Islam hanya dengan sekadar mereka menyebut menyebut Umar Ibn Aziz dan membaca sepatah dua ayat Al-Quran. Begitu mudah orang Melayu tertipu. Mungkin kerana sifat Melayu yang begitu toleran.
UMNO
Orang UMNO tidak pernah belajar dan tidak mahu belajar dari apa yang berlaku. Kenyataan Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyidin bahawa kepincangan yang berlaku dalam UMNO sudah sampai ke tahap nazak menunjukkan parti ini hanya menunggu saat untuk ditalkinkan jika tidak ada perubahan yang dilakukan. Korupsi sudah menjalar sampai ke akar umbi sehingga membuatkan Laporan Audit Negara yang melaporkan pelbagai ketirisan seolah-olah sudah tidak ada ertinya lagi. Parti yang mendakwa memperjuangkan nasib orang Melayu ini bukan saja gagal menaikkan ekonomi dan akhlaq bangsanya malah menindas kaumnya sendiri. Lihatlah siapa yang menjadi semakin kaya dan siapa yang hidup terus melarat. Berani saya katakan selepas kematian Tun Razak dan yang seangkatan dengannya, tidak ada lagi pemimpin parti ini yang benar-benar mahu memperjuangkan nasib bangsa. Kalau ada pun hanyalah sekadar retorik. Mana ada pemimpin UMNO yang miskin, dari ketua bahagian sampailah ke pemimpin utama. Kalau dihisab dengan gaji dan elaun yang diterima maka musthail mereka boleh miliki rumah dan kereta yang semewah itu. UMNO juga terkenal melahirkan tauke-tauke Ali Bin Baba.
Adakah UMNO memperjuangkan Islam? Peminggiran hampir kesemua ahli-ahli agama terhadap parti ini sudah cukup membuktikan bahwa parti ini tidak meletakkan agama sebagai agenda utama mereka. Kalau UMNO cuba bercakap pasal Islam, orang hanya akan tersenyum sindir.
Namun parti ini juga sedar bahawa pengundi utama mereka tetap orang Melayu. Mereka cuba mengeluarkan polisi-polisi untuk orang Melayu tetapi mereka menerima tekanan dari MCA dan MIC. Pergerakan mereka terbatas.
PAS
Walaupun perjuangan parti ini ialah Islam dan ingin menegakkan negara Islam, namun pemimpin mereka sedar bahawa itu adalah sesuatu yang mustahil. Dengan hanya menjadi suara minoriti dalam PR tidak mungkin parti ini akan dapat membawa aspirasi mereka di dalam kerajaan pusat, jika sekiranya PR menang. Ertinya segala perjuangan mereka akan tinggal di dalam kitab-kitab yang menjadi bahan tazkirah di masjid-masjid. Sebab itu dalam dokumen bertulis PR tidak ada agenda negara Islam. Mereka terpaksa menukar kepada negara kebajikan. Walaupun ini merupakan prinsip asas mereka namun pemimpin mereka sedar ia tidak mungkin berlaku kerana mereka mengharapkan undi bukan Islam untuk menang. Dengan kemasukan kelab penyokong PAS akan menjadikan parti ini lebih banyak terpaksa berkompromi.
Saya yakin, jika kemenangan itu menjadi pertaruhan mereka maka PAS mampu mencapainya dan memegang kerajaan pusat. Tetapi persoalannya sejauh manakah Islam akan menguasai dalam keadaan suara minoriti mereka ini? Apa erti kemenangan jika umat Islam masih tidak bebas membuat keputusan? Semuanya harus mengambil kira pandangan bukan Islam kerana dikatakan Islam adalah agama toleran.
Way Forward
Melihat kepada kedudukan kedua-dua parti Melayu ini, jelas bahawa kedua-duanya akan gagal melaksanakan misi dan aspirasi asal mereka ketika mereka mula ditubuhkan 50 tahun dahulu. Yang menjadi mangsa adalah bangsa Melayu sendiri dan agama Islam keseluruhannya. Walaupun bilangan MP Melayu dijangkakan masih merupakan majoriti pada PRU13 nanti namun perpecahan yang sudah semakin meruncing tidak akan mampu merubah polisi negara. Apa tidaknya, UMNO menuduh PAS mempolitikkan agama dan PAS menuduh UMNO perosak Islam.
Untuk itu saya menyeru pemimpin kedua-dua parti untuk berhenti bertelagah dan kembali duduk berbincang untuk mencapai kesepakatan. Saya tidak maksudkan UMNO dan PAS perlu bergabung tetapi yang lebih kritikal ialah kedua-dua pihak perlu bersatu dalam perkara-perkara dasar yang menyentuh isu Melayu dan Islam. Pada ketika itu maka saya yakin orang Melayu tidak akan kisah sangat siapa yang memerintah, BN atau PR.
Inilah penyelesaiaan yang saya nampak. Kalau saudara nampak penyelesaian yang lain, saya terbuka. Berilah cadangan demi kebaikan bersama.
MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT

Aminuddin Yahaya,
Timbalan Presiden,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Blog: Suara Dari Gunung


Salam,
apalah isma ni, degil.hehe
yg peliknya, da tau isma taknak tukar slogan,lagi dipaksa2 .kan ke buang masa tu?
Cdgn saya pd NGO lain,, drpd dok suh ISMA tukar slogan melayu, apakata korang je tukar slogan.he
Korang tukar la jd..
Umat sepakat islam berdaulat,mcm yg korang nak.kan ke lebih senang.
taklah jd mcm anjing myalak bukit.(peribahsa je yek).
skadar cdgn lepas bc komen yg byk sgt
afizhi
isma kg
Maaf tuan Amirul, saya membaca perenggan tuan ini:
Dan saya merasakan sesuatu yang agak melucukan! Maaf!
Bukan apa, kerana sering in defense of MSIB para syabab ISMA membawa hujah kononnya Hassan Al-Banna juga memperjuangkan agenda nasionalisma dalam masyarakat Arab di Mesir. Sedangkan mereka tidak tahu, keadaan demografik Mesir sama sekali tidak sama seperti Malaysia, dengan 90% Arab Muslim dan kurang 10% Kristian Koptik. Bila saya membawa fakta ini, tuan pula kata jika benar maka slogan kebangsaan itu sudah tidak relevan lagi. Macam hujah kepada hujah sendiri pula.
Hassan Al-Banna ada atau tidak menyeru kepada agenda nasionalisma, sebenarnya? Seriously, wahai para syabab ISMA, kalian benar-benar ada mengkaji dan memahami atau sekadar seronok dengan hujah2 yang dipetik dari pemimpin2 kalian sendiri? Saya bingung memikirkannya!
Cikgu Rahim: tarbiyah diteruskan, bahkan ditambah baik dengan pendekatan baru.
pemerhati da bingong..habisla..ni semua salah isma.
sian kat dia.
syafakallah akhi
BTW tuan pemerhati, saya bukanlah ahli ISMA, saya juga sama seperti tuan, memerhati dari luar. Jadi janganlah disebabkan hujah ‘dangkal’ saya, ISMA yang dapat nama buruk.
Cuma saya rasa terpanggil untuk mempertahankan apa yang saya rasa benar yang selari dengan jiwa saya ingin melihat Islam ini subur di Malaysia.
Dan apa yang ISMA perjuangkan melalui MSIB inilah yang saya rasa paling sesuai dengan keadaan sekarang (pasca PRU-12)
maaf terpaksa sambung komen walaupun dah kata tutup kes tadi.tuan pemerhati ada baca buku majmuk rasail? Tlg jgn kata buku ni pun sama juga propaganda mcm buku 50 dalil tu…kalau anda kata juga mcm tu,sy xkan anggap ia lucu.
Cuba tgk apa HAB kata tentang nasiolisme yg beliau maksudkan.sy memilih utk yakin bersama isma krn sy xnampak lg percanggahan antara apa yg diajar pd sy dlm tarbiyyah isma dgn pemikiran2 HAB.terpulanglah kpd sesiapa pun yg lepas ni nak labelkan pulak isma ni jemaah yg perasan dia yg paling betul ikut HAB atau IM.sbb sy mmg xnampak lg ia bercanggah.sy hanya akan bersama isma selagi mana isma mengikut landasan syariat yg betul.bukan mengikut isma krn mengikut pemimpinnya secara membabi buta.
Berdasarkan pembacaan ana, naluri ana kuat mengatakan bahawa sebenarnya tuan pemerhati setuju je dengan MSIB, tapi jauh terpendam di sudut hati.
Bila kita terdengar azan, apa yang terlintas dalam hati? Mestilah terlintas nak pergi solat bukan?
Jadi, bila dah terlintas kebenaran MSIB, jangan tangguh2kan lagi. Takut bila hati dah gelap, langsung menutup seruan yang dah bergema.
Apa tunggu lagi? Ayuh membina umat beragenda! Kerana Melayu Sepakat Islam Berdaulat. =)
Bagus-bagus teruskan… siapa yang dah bangkit memprotes melayu jual tanah berhectar kepada cina singapura….? Tak pea demi kemajuan untuk bangsa MELAYU kami sokong penjualan itu kerana “Kami Melayu Sepakat, Islam Berdaulat”… Tahniah! Tahniah! agak2nya dah banyak mana tergadai??? Tak pea… tanah melayu ni masih banyak lagi…. “Anakkkkk Kecil Main API…..”