|

Kaum Nabi Lut muncul kembali

Rev Ou Yang Wen Fen

Samada disedari ataupun tidak, pada bulan kemerdekaan baru-baru ini masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama telah dipaparkan dengan kisah Rev Ou Yang Wen Fen,   seorang paderi Kristian rakyat Malaysia yang telah mengumumkan secara terbuka pertunangannya bersama kekasih lelaki sejenisnya dari Amerika Syarikat, Phineas Newborn.

Bahkan beliau juga merancang untuk mengadakan majlis perkahwinannya secara besar-besaran di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumupur pada satu masa nanti. Rev Ou Yang Wen Fen juga pernah menimbulkan kontroversi apabila beliau telah mengasaskan sebuah gereja gay di Kuala Lumpur pada tahun 2007 yang turut dikecam oleh beberapa pihak yang prihatin.

Manakala, media cetak dan elektronik di Malaysia kini pula hangat memperkatakan penganjuran sebuah konsert besar-besaran akan diadakan di Genting Highland pada 22hb November 2011 yang akan menonjolkan Elton John, seorang penyanyi gay yang menjadi ikon di kalangan masyarakat antarabangsa terutamanya di kalangan generasi muda.

Beberapa pertubuhan Islam yang prihatin telah menyuarakan kebimbangannya menular budaya jelek ini ke dalam masyarakat di negara kita telah mengadakan bantahan dan desakan supaya dibatalkan konsert besar-besaran ini.

Pada ketika ini, ramai pihak yang mempertahankan hak penganjuran konsert ini dengan berpaksikan hujah bahawa rakyat Malaysia adalah masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Masing-masing mempunyai hak untuk berhibur dan tiada sebarang larangan bagi agama masing-masing. Bahkan beberapa pertubuhan politik seperti DAP, Gerakan dan MCA juga telah menyatakan bahawa mereka bersependirian terhadap konsert Elton John ini.

Ironinya, ada pula suara-suara sumbang di kalangan umat Islam yang menyokong penganjuran konsert seumpama ini. Manakala ada pula orang Islam yang berpandangan bahawa konsert ini harus dianjurkan dengan syarat ianya hanya untuk masyarakat non-Muslim sahaja.

Isu yang ingin diutarakan di sini adalah bukan untuk mengenepikan hak-hak individu kepada masyarakat non-Muslim tetapi lebih kepada membenteras kepada promosi budaya songsang yang jelas terlarang. Isu ini juga akan memberikan mesej yang mudah disalah-ertikan kepada masyarakat Islam yang merupakan penduduk majoriti di Malaysia yang sedia meletakkan Islam sebagai agama persekutuan, menurut perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Ini adalah satu daripada ratusan sebab akan kenapa umat Islam perlu bersepakat ketika mendepani isu dan agenda bersama. Cukuplah dengan kepincangan generasi muda kita di sana sini dan janganlah hendaknya kita membiarkan keadaannya menjadi semakin parah.

Adakah kita ingin membiarkan budaya hedonisme yang menonjolkan penyanyi gay ini terus mendapat tempat dan menjadi kebiasaan di bumi Malaysia.

Samada kita sedari atau tidak, gejala terlaknat ini sebenarnya sedang berkembang secara terancang di bumi Malaysia. Keadaannya semakin membimbangkan apabila tumbuhnya kelab-kelab gay dan juga lesbian yang melata seumpama cendawan selepas musim hujan.

Jika kita perhatikan kepada kandungan kisah yang tersebut di dalam Al-Quran, Allah telah menyatakan tentang kehancuran yang diberikan terhadap Kaum Nabi Lut yang mengamalkan seks sejenis ini.

Firman Allah;

“Kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran. Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu kecuali keluarga Nabi Lut. Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam sebagai limpah kurnia dari kami. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang bersyukur. Dan sesungguhnya Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa kam tetapi mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu” (Surah Al-Qamar : 33-36)

Dengan amalan seks sejenis yang dilakukan oleh kaum Lut itu menyebabkan Allah SWT telah menghancurkan mereka dengan menterbalikkan negara mereka lalu dihujankannya sehinggakan negara itu bertukar menjadi laut.

Jelas betapa hancurnya kaum Nabi Lut disebabkan pengamalan seks terkutuk yang diamalkan oleh mereka. Kehancuran yang sama juga tidak mustahil boleh menimpa bumi Malaysia sekiranya pengamalan seks terkutuk ini tidak dibenteras oleh ibu-bapa, guru-guru, para ilmuan, penguat kuasa undang-undang & agama dan kerajaan.

  • Bagi mereka yang terlibat, bertaubatlah dan kembalilah ke pangkal jalan yang diredhai Allah swt.
  • Kepada para ibu-bapa, jagalah pembesaran & pergaulan anak-anak anda.
  • Buat para pendidik, perhatikan perkembangan semasa anak-anak didik anda.
  • Kepada para VIP, janganlah sekali-kali anda melindungi amalan terkutuk golongan ini.
  • Bagi pengamal media, janganlah hendaknya anda terbabit menyebar-luaskan agenda jahiliyah yang semakin subur ini.
  • Kepada para ulama dan ilmuan, marilah bersama berganding bahu membimbing dan perbetulkan masyarakat yang dicintai.
  • Kepada NGO dan badan Islam, kita tidak punyai banyak masa untuk menangguhkan pertemuan, perbincangan dan kerjasama bagi membangunkan kembali umat yang disayangi ini.
  • Kepada pihak kerajaan, dengarlah keluhan ini dan urusan selanjutkan kami serahkan kepada anda yang telah dipertanggung-jawabkan.

Ya Allah selamatkan kami dari malapetaka kejahilan umat ini.

Prof. Madya Dr. Zainur Rashid Bin Zainuddin,
ISMA Cawangan Seremban

Blog: Peduli Ummah

* Dr Zainur Rashid juga merupakan Perunding Aman Palestin & Naib Presiden 1 I-Medik.

32 Komen untuk entri “Kaum Nabi Lut muncul kembali”

  1. ata says:

    kenapa ISMA sanggup membiarkan PAS berkeseorangan menerima pelbagai kutukan apabila menentang pelaksanaan konsert ini ? bukankah ISMA begitu lantang ketika HIMPUN suatu ketika dulu untuk membela akidah ummat Islam?

    atau untuk isu Elton John ni, ISMA cuma berani mengeluarkan artikel sebegini sahajakah?

  2. Amirul says:

    @ata – boleh baca pendirian Isma, dah di-quote pun di harakahdaily:

    http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6263-awasi-pihak-promosi-gaya-hidup-gay

  3. abu_humaira says:

    ata…cakap tanpa usul periksa. ISMA Pahang bersama dengan Pemuda PAS Pahang mengutuk penganjuran konsert ini bahkan menuntut kerajaan negeri Pahang untuk membatalkan konsert tersebut.

    http://www.malaysiakini.com/news/180027

  4. Sollu 'ala an-Nabi says:

    Sollu ‘ala an-Nabi,

    Rapat2kan saf. luruskan saf, betulkan saf. Syaitan berupa anak kambing hitam menunggu-nunggu peluang nak menyelit dalam saf-saf muslimin.

    “Sesungguhnya syaitan telah berputus asa untuk ia disembah, akan tetapi memadai untuk ia melaga-lagakan kamu”

  5. hikmah says:

    apa maksud incik dgn kenyataan isma membiarkan pas keseorangan? Apa yg incik rasa ISMA patut buat buat kpd PAS? Rasa mcm byk juga dah kenyataan orang2 kuat ISMA buat ttg penentangan ISMA terhadap konsert ini. Ada juga rundingan meja bulat diadakan yg dihadiri oleh timbalan presiden isma bersama gerakan2 islam yg lain di selangor semalam. Lantang juga ahli2 ISMA menyatakan ketidaksetujuan penyataan yg menuduh PAS ‘jgn jadi mcm taliban’. Jadi, apa yg anda mau ISMA buat sbnrnya?

  6. Nor Aizat says:

    akhi ata yang saya hormati, anda boleh beli Sinar Harian hari ini, tengok Dari Pahang (m/s 53). Tajuk “Bantah Konsert Elton John”.. Itu ada lah pendirian ISMA yang dengan lantang menentang konsert ini. Juga boleh tengok sumber informasi Malaysiakini.com(http://malaysiakini.com/news/180027)..

    ISMA dan PAS pasti bersama untuk isu-isu yang berkaitan umat Islam. Bukan setakat PAS, dengan UMNO ke, PERKASA ke pun xda masalah. asal tunjuangnya adalah mempertahan dan mendaulatkan Islam..Jangan risau akh ata ^_^

  7. tong says:

    To ata: tak baca harakah ke? isma telah mengeluarkan kenyataan dan dipetik oleh harakah dan malaysia kini bantahan ngo tersebut terhadap konsert elton john? atau membaca sekadar nak cari kelemahan orang…kesian.

  8. MFL says:

    Salam, rasanya ISMA tidak terlepas drpd kritikan dan kutukan juga.. ISMA Pahang juga dah keluarkan kenyataan di Malaysiakini dan juga Harakahdaily..

    terima kasih atas soalan.

  9. luqman says:

    pas tidak keseorangn dalam isu ini, hakikatnya isma mnyokong padu pas kerana isu ini jelas bertentangn dngn ajaran islam, pelbagai usaha telah dibuat contohnya, konvensyen keluarga melayu muslim yg mendedahkan kita betapa golongn belia mnghadapi krisis identiti, pihak kerajaan pun berjanji akan menyiasat perkara ini, tidak lupa juga media seperti astro awani turut membincangkan perkara ini dalam u wartawan bersama isma, tidak cukup lagi, betapa bnyaknya statement yg dikeluarkan pimpinan isma bahawa agenda kaum lut ini adalah sangt bertentangn dan sngt salah disisi agama….

    pas nk sokong himpun pun takut takut….. ble isu ni,,, saya harap saudara jelas… pas tidak berseorangan… bkn pas saja wadah perjuangan islam…. ada bnyak lagi…..cumenye saya xpasti la jika pas buat demostrasi ke ape nanti… stakat nie… yg saya maklum hanya pemuda pas je yg brani bersuara dngn mengeluarkan statement2……. bkn pas secara keseluruhanya…. ape ape pun truskan perjuangan… mana yg benar… kita sokong…

  10. abunada says:

    Astaghfirullahal azim. la haula wala quwwata illa billahil aliyul azim. hasbiallahu wanikmal wakil.

  11. syah says:

    pernah nampak kaum lut ni dlm lrt. sangat memalukan. cuba jugak utk menegur tapi kedudukan mereka jauh dari saya. hanya mampu membenci dlm hati dan berdoa utk mereka.

    cuba google, hakikatnya gerakan mereka smakin berleluasa. sehingga muncul banyak persatuan2 yg menyokong keinginan nafsu mereka. langkah pertama, jom jaga ahli keluarga kita!

  12. Firdaus says:

    Melayu Sepakat Islam Berdaulat.
    Kita selaku bangsa majoriti perlu bersepakat mengeluarkan bantahan demi kebaikan anak bangsa kita.
    ISMA bersama PAS dalam isu ini.
    Bersepakat dalam perkara yang disepakati.
    Ayuh kita sama-sama berdakwah dan menyedarkan masyarakat Melayu Islam yang masih ramai di luar sana untuk kembali kepada Islam dan menentang usaha pembaratan ini.

  13. Zul says:

    Apa hukum org islam yg kata, “Elton john tu gay lantak dia lah… tu peribadi dia.. kita cuma nk dengar lagu dia”. Apa hukum menukar larangan Allah (Gay) kepada perkara peribadi?

  14. AdvWis says:

    nahnu du’at, walaa qaadi

    kalau semua org nak jadi hakim, xda orang nak jadi pendakwah (Brother Shah Kirit)

    ramai juga menegur encik ata ni… tenang2 sudah. kita tahu pendirian dan tindakan yang dah diambil. be cool

  15. Suria Affendi says:

    Apa tindakan ISMA sekarang?Mereka akan menentut hak pengiktirafan gender yang pelbagai seperti gay,lesbian,dll atas dasar hak asasi manusia. Sampai satu masa mereka akan menuntut untuk kahwin sama jenis. Hancur nasab keturunan. Inilah yang berlaku di Barat. Malaysia dilihat sedang menyelusuri track yang sama.Apakah hasil perbincangan dengan NGO2 Islam sebelum ini?Mana pergi kerajaan yang menyatakan Islam sebagai agama persekutuan? Mana pergi pakatan2 politik yang memperjuangkan Islam?

  16. hurun een says:

    elakkan unsur2 provokatif bila berbincang sesama muslim. satu perkembangan baik apabila penyokong PAS melihat kpd ISMA & bertanya sejauhmana ISMA bersama dalam memperjuangkan ISLAM bersama. Diharapkan begitulah sebaliknya. Musuh sebenar & isu yg hendak diselesaikan ialah budaya songsang & impaknya pada kesucian agama, bangsa & tanahair, bukan isu siapa lebih lantang dalam berjuang. semua org patut berjuang bersama, bukan fikir siapa paling terutama atau monopoli dalam dakwah. mencari kebenaran biar ikhlas dan tadharru’ di hadapan Allah, bukan berniat menjatuhkan dan meremehkan orang lain. Bersepakat lah, baru Berkat : )

  17. hurun een says:

    elakkan unsur2 provokatif bila berbincang sesama muslim. satu perkembangan baik apabila penyokong PAS melihat kpd ISMA & bertanya sejauhmana ISMA bersama dalam memperjuangkan ISLAM bersama. Diharapkan begitulah sebaliknya. Musuh sebenar & isu yg hendak diselesaikan ialah budaya songsang & impaknya pada kesucian agama, bangsa & tanahair, bukan isu siapa lebih lantang dalam berjuang. semua org patut berjuang bersama, bukan fikir siapa paling terutama atau monopoli dalam dakwah. mencari kebenaran biar ikhlas dan tadharru’ di hadapan Allah, bukan berniat menjatuhkan dan meremehkan orang lain. Bersepakat lah, baru Berkat : )

  18. ana syihab says:

    semua penyokong-penyokong PAS patut mendesak kepimpinan PAS supaya menurunkan ego mereka supaya bersepakat dengan ummat Islam untuk menegakkan Islam, bukan berpakat dengan DAP kafir harbi .
    DAP, MCA dan GERAKAN dah sama-sama sepakat menyokong konset tersebut, mana dia pula PAS, UMNO dan PKR yang Islam belaka ni bersepakatlah menentang . baru nampak hebatnya ummat Islam di Malaysia ni .
    kalaulah semua kita ummat Islam di Malaysia ni sepakat kalahkan mereka yang bukan Islam dalam PRU 13 ni lagilah mereka gerun .
    hai, apalah nak dikata , nak harap pada siapa lagi ? Pada PAS yang pakai nama Islam dah TAK BOLEH HARAP DAH sebab mereka dah sepakat dengan DAP kafir harbi . malang la ummat islam di Malaysia hari ini .

  19. sync says:

    salam…maaf cakap.. this is my opinion regarding what happen to our country now.. skang ni kte ckp2/komen2 psl pas/isma or whatever nme pertubuhan skalipun, “gaduh2″ pun tak guna. even konsert tu dibatalkn skang, akn ada konsert lain yg akn diadakan pd msa akan dtg. kte hnya melengahkan msa konsert tu je drpd tak diadakan, bukannya menyelesaikan masalah lesbian/gay. people said prevention is much better than cure. memg batalkan konsert tu bagus, tp pd masa akan dtg, spe nak batalkan konsert tu? skang ni umat islam dah sangat2 jauh dr Allah, solat pun tak buat..we need the cure for this disease.. drpd kte sibuk2 ckp psl spe sokong/bantah konsert tu, kte yg Allah bg faham pasal agama ni( mengenai haramnya gay/lesbian/etc), cube fikir, dalam tahajjud/solat ada tak kte doakn hidayat utk saudara islam&bukan islam kte yg kat luar sne tu supaya kte semua ni dapat melaksanakan perintah2 Allah&meninggalkan trus laranganNya…ada tak kte doa supaya sunnah Rasulullah dapat dihidupkan kembali di negara kte& seluruh dunia..kte doa siang malam minta supaya Allah selamatkn negara kte&diberi rahmat tp dalam msa yg sme kte kat sini bersembang, kata-mengata, semua pihak salah, pas umno tak bersatupadu la..kte pula ape peranan kte sebagai seorg islam? mengata? saling memarahi? mne Allah tak marah..masjid selalu kosong, lelaki tak solat fardhu 5 waktu berjemaah kat masjid, wanita2 kte terdedah sane sini.. agak2 la saudara semua kan, Allah nak pandg ke kat kte ni? dah la hina, terbentuk dr air mani pulak tu, sombong, perintah Allah langgar, sunnah tak buat. kalo raja2 malaysia bg titah, semua org ikut, buat..kalo ALLAH, RAJA SEGALA RAJA, PENCIPTA ALAM ni, bg perintah, rasenye sngt sedikit perintahNya yg kte laksanakan..skang ni kte fikir siapakah Allah pd kte? Allah dgn raja siapa berkuasa? hukum Allah tak nak ikut, hukum raja malaysia ikut..agak2 la kan Allah nak bg ke pertolongan kat kte ni? nak pandg ke kte yg hina nie? even kucing yg berkurap pun kte geli nak pndg kan..inikan pulak kte(air mani+ovum).. tp kan, ALLAH, RAJA yg penuh dgn sifat belas kasihan masih lg bg kte peluang&masa utk kte kembali mengingatiNya&mendekatiNya..malaysia ni tunggu masa je bala’ dr Allah..nau’zubillah.. jadi apa yg kte kne buat ialah skang ni kte kne bersama2 buat usaha agama, ajak manusia solat, dekatkn diri kepada Allah. kte ni bukannya hidup nafsi2..jaga ahli keluarga. doa supaya Allah pilih kte supaya dpt keluar dijalan Allah..doa hidayat tersebar ke seluruh alam. gay/lesbian/etc mereka tu manusia, umat nabi Muhammad, saudara kte sendiri even dia seorang kafir sekalipun. doa hidayat utk mereka2 ni& diri kte jugak supaya Allah jaga diri kte dan Allah didik kte sebagaimne para sahabat&sahabiyah..dan juga insyaAllah bila kte wat usaha agama, Allah akan tolg kte dalam hal2 agama&dunia.. insyaAllah..wallahua’lam..(n_n)

  20. iera says:

    kembali kpd asal kita utk islam.Parti islam yg b`tanding dlm PRU pas.Menangkan pas umpama menangkan islam.Kalau pas pun sama mcm umno lps MENANG PRU,cari alternatif lain plak.okey tak. TAKBIIIIIR!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  21. hikmah says:

    salam wbt

    saudara/i sync, sy sangat menyokong pendapat anda..insyaAllah tarbiyyah memang asas tunjang kpd dakwah ISMA.tarbiyyah inilah yg kita jalankan utk menyeru seluruh umat islam yg dapat digapai utk menarik kembali kpd pengamalan dan penghayatan islam yg sebenar.usrah memang wajib sebagai asas kepada tarbiyyah ini.doakan juga agar semua pemimpin2 islam tak kiralah bersandarkan kpd parti politik atau ngo, melaksanakan tarbiyyah ini dgn sebaik mungkin. bukan sekadar cakap2 kosong.

    saudari iera, kita memang nak parti yg boleh menegakkan islam di negara ini yg menang. jika ditakdir parti itu adalah parti PAS, mari kita doa dan harapkan supaya PAS mulakan perubahan dan buktikan yg ia mampu mendaulatkan islam di negara ini sebelum PRU lagi.kita taknak memperjudikan nasib islam di negara kita ini bersandarkan kepada kemenangan di parlimen sahaja.yg penting, kita sebagai orang islam yg mengundi, mendapat amanah utk mengundi calon2 pemimpin yg islamik, kita sendiri sbg individu juga harus pastikan pengamalan dan penghayatan kita sentiasa mengikut landasan islam yg sebenar.seperti kata ust pahrol juoi, perubahan tidak dapat tidak, mesti juga bermula dari bawah. tidak boleh diharapkan dari atas semata2.

  22. ana syihab says:

    kenapa orang PAS ni lupa ka, yang PAS boleh menang dulu sebab orang Islam lah yang sokong ,tapi bila PAS menang , PAS bersepakat dengan kafir harbi DAP .PAS sudah naik tocang , lupa daratan , lupa siapa yang beri mereka undi untuk menang .
    bila dah menang berpakat dengan kafir harbi nak jatuhkan islam , lebih baik jangan letak nama parti islam ,letak nama parti hak asasi manusia ka lagi baik senang difahami siapa mereka .
    bila rasa macam nak kalah, timbulkan isu hudud, tuduh pula orang tak sokong mereka ,sebagai orang islam mestilah sokong hukum hudud dilaksanakan, soalnya kenapa PAS tidak laksanakan semasa mereka menang, tak nampak pun hukum hudud dilaksanakan .bila dekat nak mengundi baru nak timbulkan balik isu hudud, ummat islam menilai apa sebenarnya yang berlaku.
    isu BERSIH ,PAS kerah betul2 ahlinya turun padang, beri sokongan padu pada ‘ makcik Ambiga PAS’ tu, ngo juga yang anjurkan dan ‘makcik PAS’ tu kafir ,
    HIMPUN anjuran ngo juga dan orang islam belaka , kenapa pemimpin tidak kerahkan ahlinya turut hadir beri sokongan walaupun atas nama peribadi bukan nama parti ‘ islam’ .
    hadir BERSIH PAS katakan JIHAD, jadi kalau mati syahidlah walaupun sokong hindu, tidak hadir HIMPUN sebab hurmati pandangan ngo ‘ konon’ , kenapa tidak dikerahkan atas nama peribadi Islam , kalau dah kata nak buat Islam . lebih baik buang ja label Islam pada nama parti tu ,
    memang la dulunya kepimpinan PAS kepimpinan ulama yang perjuangkan islam , tapi sekarang siapa ? dah lari dari matlamat asal nak buat negara islam kepada negara berkebajikan . parti sosialis lagi la buat negara berkebajikan.
    tidak semua yang ulamak pas persetujui itu benar dan betul belaka, mereka bukannya maksum, atau golongan mujtahid mutlak , adakalanya mereka juga berbuat kesilapan .berpatah balik lah kalau dah silap . pemimpin menanggung dosa ummat yang mengikutnya .
    mari sama2 kita tegakkan islam yang Allah redai .

  23. Shazwin says:

    sejujurnya, saya kurang senang dengan tindakan segelintir pihak yang masuk ke website rasmi sesuatu brand semata2 utk mencari point kesalahan untuk ditembak. dan saya yakin semuorang x suka perdebatan yg tidak membawa kepada amal(melainkan golongan yg mmg sukamencari kesalahan org lain dan sentiasa memandang rendah usaha2kebaikan mana2 pihak; be it NGO/political parties/individuals). henti2kanlah mencari kesalahan org. x salah mengkritik, tapi bila dikritik berlapang dada. sama2 mahu mengejar pahala, bukan mengejar dosa.

    Rasulullah kata, “Aku memberi jaminan sebuah rumah di Syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan, meskipun dia benar. Aku juga memberi jaminan sebuah rumah di tengah Syurga bagi orang yang tidak berbohong walaupun sekadar bergurau. Aku juga memberi jaminan sebuah rumah di tempat paling tinggi di Syurga bagi orang berbudi pekerti mulia.” [Riwayat Abu Daud]

  24. mm says:

    like komen shazwin!

  25. celik sejarah says:

    Mungkin boleh berhenti, kalau hentaman itu juga berhenti…nak menegur ada adabnya…bukan begitu shazwin?

  26. nn says:

    satu jari kita tunjuk kat orang, empat jari tunjuk pada kita balik. muhasabah balik diri. teruskan bekerja kurangkan bercakap

  27. cikgu rahim says:

    gay ini antara kesan daripada dunia menolak islam sebagai sistem yg lengkap. umat manusia menjadi keliru. org islam pun dah mula keliru dgn identiti diri. samalah juga dgn dunia haiwan.apabila ekosistemnya diubah, haiwan2 liar akan menjadi pondan.

    dalam sistem yg ada, lelaki menjadi lembik, wanita menjadi kasar. tidak ada lg perbezaan yg jelas antara lelaki dan wanita. wanita sudah mampun menjadi askar dan ketua polis negeri. lelaki pula ramai yg malas bekerja dan hidup mcm pondan…

    kita perlu berusaha utk kembali kpd ekosistem islam…jika tidak generasi gay akan mengambil alih generasi kijang yg ada….

  28. Kalam says:

    Yang pastinya Islam Sepakat, Membawa Berkat… Kecuali Islam ini diturunkan hanya untuk bangsa melayu sahaja… Wallah hu ‘alam..

  29. ummu ammar says:

    encik Kalam..camne muslim nak sepakat..melayu sama melayu asyik hentam-menghentam..yang cina muslim india muslim baik je sesame mrk..yang melayu sama melayu ni asyik duk perlekeh orang sini..perlekeh org sana..cari kesalahan…hentam..hentam..dan hentam..

  30. Amirul says:

    @Kalam,

    Rasanya kalau bangsa Melayu itu sudah bersetuju untuk bersepakat dalam isu2 yang melibatkan kepentingan agama Islam (di Malaysia), insyaAllah slogan MSIB akan jadi ‘Islam Sepakat, Membawa Berkat’ pulak.

  31. Hamba Allah says:

    Tapi????? Pernahkan tuan-tuan menilai, berapa ramai Melayu-Muslim, Melayu Islam Baru, Melayu Seksualiti Merdeka, Melayu Atheis, Melayu menaja Maksiat, Melayu Myanmar, Melayu Indon, Melayu Bangla, Melayu Nepal, Melayu pelbagai lagi…. Berapa ramai melayu/bumiputra di Malaysia sekarang? Berapa pula yang mengundi untuk Islam????

    Bagaimana Melayu boleh berpakat untuk berjuang atas dasar Islam??? Yang boleh berjuang atas dasar Islam adalah Orang Islam (Muslim) sahaja… tak kira cina, India atau sebagainya yang Muslim… Apakah boleh diketepikan dengan kafir zimmi?