|

Fahaman liberalisme dan humanisme kian sebati dalam masyarakat

IRBID, 11 November – Fahaman liberalisme dan humanisme yang dibawa oleh Barat telah menyerap masuk ke Malaysia dan semakin hari menjadi sebati dengan umat Islam sendiri.

Perkara ini dinyatakan oleh Naib Presiden II ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni semasa Wacana Pemikiran dan Arus Liberal di Malaysia anjuran ISMA Jordan di sini.

Wacana ini diadakan bagi menjelaskan tentang bahaya idea liberalisme dan humanisme. Ustaz Fauzi turut menyentuh tentang pluralisme agama yang semakin berleluasa di Malaysia.

Menurut beliau, liberalisme boleh didefinisikan sebagai kebebasan mutlak dan juga membawa suatu pemahaman di mana tiada kebenaran mutlak ke atas sesuatu perkara.

Program ini telah dihadiri oleh hampir 200 orang mahasiswa Malaysia dari Irbid, Mafraq dan Mu’tah.

Sumber: Laman Web ISMA Jordan