Tahniah kepada Ketua Wanita ISMA
Ustazah Norsaleha Mohd Salleh
Tahniah diucapkan kepada Ketua Wanita ISMA, Ustazah Norsaleha Mohd Salleh kerana telah dipilih menjadi salah seorang tenaga pengajar atau musyrifah untuk program realiti berjudul Solehah. Turut dipilih ialah seorang lagi ahli Wanita ISMA, Ustazah Suriani Sudi.
Program Solehah bermatlamat untuk melahirkan golongan muslimah yang mampu memimpin dan berdakwah secara lisan mahupun melalui tulisan.
Solehah yang akan disiarkan sebanyak 13 episod boleh disaksikan di TV Al-Hijrah pada setiap Jumaat, pukul 8.30 malam bermula 23 September lepas.


