|

Program besar perangi murtad

Penyiasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah premis di Petaling Jaya yang didakwa wujudnya penyebaran agama Kristian kepada Melayu khususnya beragama Islam, mengejutkan ramai pihak. Kontroversi itu mencetuskan pelbagai reaksi namun tumpuan utama perlu terarah kepada komitmen dan ketegasan semua pihak untuk mengatasi masalah akidah dalam kalangan umat Islam. Kontroversi sama juga mengundang kesedaran lebih jitu hingga terbentuknya Sekretariat Sejuta Umat, gabungan puluhan NGO Islam yang peka dengan situasi semasa menghimpit umat Islam. Isu murtad bukan perkara main-main dan menyedari perlu ada usaha serius menanganinya, mereka bangkit menganjurkan Himpunan Sejuta Umat dijadualkan 22 Oktober ini. Kepada wartawan Sinar Harian, Pengerusi Bersama Himpunan Sejuta Umat, Dr. Yusri Mohamad menjelaskan misi dan visi sebenar perhimpunan yang bakal menghimpunkan umat Islams seluruh negara.

Sumber: Sinar Harian, 9 Oktober 2011

2 Komen untuk entri “Program besar perangi murtad”

  1. nurul says:

    Salam,

    Sy pernah diajak semasa berpisah dgn bekas suami, byk kali minta bantuan serta sokong daripada Jab Agama Selangor, bukan bantuan sokongan yg hulur tapi sebaliknya. Alhamdulilah ALLAH beri kekuatan serta KUATkan IMAN saya. sampai hari masih kuat.
    Tak boleh salahkan muallaf seperti kami, sokongan serta bimbingan amat diperlukan semasa berlakunya perpisahan/penceraian kerana suami tidak menjalankan tanggungjawap mereka.
    Kami akan dihina, dihalau, dimaki, dimarah. dipinggir serta mengatakan kami CINA BODAH, SIAPA SURUH MASUK ISLAM, KAMU YG BODAH, inilah selalu berlaku, jadi berilah bantuan kepada yang amat memerlukan bukan sebaliknya.

  2. segitigatepat says:

    Isu lama….Perhimpunan tidak manajnjikan apa-apa hasilnya….orang Islam tak muratad atau jadi Kristian dengan tiba-tiba. Segala macam program yang menjurus kepada hendonism dibiarkan (malah disuburkan)…ibarat menananam padi, dalam masa yanag sama lalang dibajai…jadi belukarlah hasilnya …orang buat usaha dakwah disekat dengan berbagai-bagai cara, di tangkap kerana tak ada permit, tauliah dan sebagainya…..ini adalah natijah dan hasilnya…