Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN): Selamatkan Akidah Umat
Himpunan Sejuta Umat antara lain mempunyai objektif berikut:
a. Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gemburkan melalui media.
b. Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan di kalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.
c. Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.
d. Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
e. Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
f. Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.



Apa yang kita mahu capai dalam Himpunan Sejuta Umat ini?
=Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur
melalui media.
-Kedudukan apa yang perlu dijelaskan? Kedudukan hak Islam sbg agama persekutuan? Kepada siapa nak dijelaskan? Kepada orang Islam? Atau kepada non-muslim? Kalau kepada orang Islam, wajarkah dalam perhimpunan sebegini? Bukan kita ada khutbah jumaat? mmg mood khutbah jumaat sangat sesuai kerana semua orang akan mendengar dan pasang telinga tanpa boleh sembang2. Kedudukan sebenar wajar juga dijelaskan kepada bukan Islam. Jelas perhimpunan ini x mampu menyampaikan mesej ini kepada bukan Islam.
=Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-
kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.
-Adakah kesatuan diukur dgn keupayaan utk berhimpun ramai2, menjerit slogan2? Adakah ini cara nak lawan gerakan kristianisasi yg tidak sebodoh kita ini? Dan titah sultan pun dah keluar scr official, tidak ada bukti yang kukuh utk dibawa kepada pendakwaan.
Kurang wajar dilakukan sebegini krn ia akan instill semangat bencikan Islam dikalangan non-Muslim, sedangkan Sultan telah jelas bertitah yang tidak ada bukti jelas utk pendakwaan krn tindakan itu dilihat sbg OVER. Saya lebih propose objektif yang ini ditukarkan kepada, MENERAP KESEDARAN KEPENTINGAN KEMBALI KPD AJARAN ISLAM sebenarnya.
=Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan
berlarutan menjadi modal politik.
-saya x percaya menerusi perhimpunan beberapa jam ini, persoalan aqidah seperti ini dapat dihadam oleh peserta perhimpunan melainkan mereka ini mempunyai tasawur islam yang kukuh terlebih dahulu. Tapi kalau dah kukuh tak payah himpun lagi. Dan kalau berhujah dan cara ilmiah adalah metod kita, kenapa nak guna cara politik dgn berhimpun, menunjuk perasaan begini?
=Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
-Titah sultan itu sudah tersebar, Muslim dan non-Muslim sudah tahu. Tak payah bagi tahu lagi.
=Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang
bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
-Adakah nak tunjuk kuat aqidah dan iman dengan berhimpun beramai2. Kalau caranya berhimpun, Hindu buat lagi besar dan setiap tahun, terkenal 1 dunia pulak tu.
=Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan
mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.
-Ini kena diberitahu kpd non-Muslim. Adakah Perhimpunan 1 juta umat ini termasuk non-Muslim?
Tidak ada pun gesaan kpd mereka untuk hadir. Untuk org Islam pula, lebih sesuai diberitahu melalui ikim.fm, khutbah jumaat, di mesjid, dll.
Untuk gembleng kekuatan yang disuruh oleh Allah swt:
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh-musuh Islam) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. (Anfal: 60)
Salah satu kekuatan ialah kesepakatan & kesatuan umat Islam tanpa kira apa fahaman dan aliran mereka dlm soal mempertahankan kedudukan Islam di tanahair kita
Perhimpunan sebegini memberi nafas baru kepada rakyat tentang usaha mencegah murtad, daripada tidak sedar kepada sedar. Ia juga menjadi titik tolak usaha dakwah bagi badan-badan yang baru bermula mengangkat dakwah Islam sebagai agenda atau yang mungkin tidak menyentuh isu akidah sebelum ini. Ia satu permulaan dakwah yang baik. Tahniah kepada NGO-NGO yang terlibat.
Assalamualaikum wrt wbh. Sebagai seorang Melayu Muslim, saya sungguh terkejut dengan komen-komen dari kemelut JAIS-DUMC. Pertama dari perspektif Kristian yang masih tidak mengaku bersalah walaupun buktinya banyak. Kedua, saya dapati mentaliti Melayu Islam kita yang begitu takut dengan paderi Melayu, bible Melayu dan sebagainya, walhal saya tahu betapa cacatnya asas theology agama Kristian. Adakah orang Islam kita tidak menyedari hakikat ini dan lantas tidak tahu bagaimana hendak menbidas usaha missionary? Oleh kerana ini saya telah memulakan muka Facebook yang bertajuk “Iqraq! Jangan kamu takut dengan paderi, mereka patut takut dengan kamu.” Saya seorang dari golongan profesional yang fasih berbahasa Inggeris dan telah lama cuba mendalami ajaran Islam dan juga tentang agama Kristian. Namun saya bukanlah ‘scholar’ atau ‘ulama’ Islam. Oleh itu, saya ingin meminta pendapat tentang usaha saya ini, sama ada sesuatu yang wajar atau tidak. Saya sedar bahawa memberi komen/pandangan dalam hal-hal agama sepatutnya dilakukan oleh ‘scholar’ sahaja dan bukannya sebarangan orang. Namun demikian, saya teringin juga untuk menolong orang Melayu Islam daripada terjerumus ke arah murtad kerana bagi saya, jika mereka tahu tentang Islam dan juga tahu tentang Kristian, mustahil murtad itu akan berlaku. Minta baca bahagian ‘Info’ muka FB ini dahulu dan minta berikan pandangan. Sekian, wassalam.
@Rakan2 pengomen..
Jom.. jumpa di HIMPUN !!
Isu menyelamatkan aqidah adakah hanya boleh dilihat dari isu kristianisasi sahaja… Memang bila sebut kristianisasi semua orang melahirkan kebimbangan… Namun , tidak kurang perkara yang harus dibimbangkan juga adalah tindakan sembrono beberapa pihak mempermainkan ayat Allah dalam isu hudud contohnya… Isu gejala murtad bukan hanya perlu ditonjolkan berupa ancaman luaran dari non muslim sahaja… Bahkan jatidiri ummat islam adalah antara perkara penting harus dilihat & dinilai…. Apabila ummat dihidang dengan industri hiburan yang melampau… Apa usaha kita utk memperbaiki industri ini… Jika kita tak bertegas dengan pemerintah yg hanya memandang isu ini sebagai isu picisan… Jika seorang pemimpin itu aurat isterinya pun tidak boleh dijaga… Apa yang kita harapkan beliau serius tentang isu aqidah…
“Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN): Selamatkan Akidah Umat”. himpunan ini satu benda yg baik. dan meraka yg akan datang pn dr golongan yg mempungai kesedaran dan fikiran terhadap umat. ttp meraka yg x mempunyai kesedaran ttg pentingnya iman x mungkin akan datang ke perhimpunan ini. merekalah yg byk melakukan perkara2 maksiat. jadi bagaimanakah kita ign mengajak golongan ini kpd agama
Siapa yang sertai perhimpunan ini adalah orang berfikiran cetek. Kenapa anak2 melayu islam dihantar belajar di negara kristian pada umur 18 tahun di beri biasiswa? Belajar lah di malaysia sahaja. Pelajaran lagi pentimg dari aqidah? Siapa nak jaga aqidah mereka di sana?
Saudara Yusof janganlah kaitkan penghantaran pelajar ke luar negara kristian sebagai punca masalah aqidah ni. Saya pun belajar di negara Kristian juga, tetapi alhamdulillah aqidah saya masih terjaga. Oh ya tahniah kepada ISMA juga kerana telah membuka cawangan-cawangan di luar negara (Australia, NZ, Europe dll) untuk menjaga aqidah dan anak2 Melayu kita di sana!
Untuk para ibu bapa, peranan anda juga besar dalam menjaga aqidah anak2 anda!
Sultan Selangor dan Tun Mahathir bijak. Ada juga sedara-sedara jauh dan kawan-kawan melayu islam mereka yang nak jadi Kristian di negara2 Kristian. Tapi mereka tak larat nak pantau. apa Sultan dan Tun boleh buat? Nak hantar JAIS ke UK tangkap gereja mereka? Buang masa je nak HIMPUN. Dulu catholics pancung orang protestants and orang catholics symphatizers protestants di Eropah. Tak jadi apa pun. Protestans terus berkembang.
sekurang2nya ada segilintir umat islam yg nak bersatu isu aqidah dan HIMPUN merupakan salah 1 usaha tersebut. mudah2an kita dijauhkan drpd tergolong dalam kelompok yg suka kondem/caci/pandang rendah usaha2 kebaikan yg dilakukan oleh org lain malah langsung x sokong sebarang usaha kebaikan untuk umat islam di malaysia, nak pulak tu komplennnnnnnnnnnnn je x habis2. mungkin yg komplen2 ni dah jauh ke depan bab2 aqidah , dah islamkan ramaiiiiiiiiiiiiii org2 non muslim, dah selamatkan ramaaaaaaaaaaiiiiiii umat islam drpd murtad dan dah buat usaha yg gah2 utk selamatkan aqidah umat islam(harapannya begitulah..). hargailah usaha mana2 pihak yg nakkan kebaikan. penghujung nyawa kita pun xtau lagi mcm mana kedudukan aqidah kita sendiri.. hargailah usaha mana2 pihak yg ade ikhtiar masing2, cara masing2 untuk menyeru kebaikan. baik sebesar2 usaha mahupun sekecil2 usaha tersebut. manusia merancang, Allah sebaik2 Perancang.
SETUJU SANGAT BUAT SHAZWIN.berdoa segalanya berjalan dengan baik semasa HIMPUN.
Kepada Cik qwerty, Tuan Zick dan Tuan Yusof, jangan disebabkan orang2 seperti anda, Islam akan terus berada di bawah. HIMPUN adalah gabungan lebih dari Islam di Malaysia. Keep on blaming & condemning tidak sedikit pun akan membantu dalam meningkatkan martabat Islam. Inilah persembahan kami dihadapan Allah nanti ketika di Padang Mahsyar kelak. Kami tidak memerlukan pujian & pengharagaan dari manusia kerana redha Allah adalah matlamat akhir kami. Sekadar pesanan, jangan sampai Islam terbantut disebab ramainya orang yang berfikiran seperti anda kerana Islam akan dihancurkan dari dalam.