Hadiri HIMPUN beramai-ramai untuk tunjuk kesatuan umat Islam
KUALA LUMPUR, 5 Oktober – Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) meminta umat Islam hadir beramai-ramai ke perhimpunan yang akan diadakan pada 22hb Oktober ini demi menunjukkan kesatuan dalam perjuangan mempertahankan akidah umat.
“Kita berharap agar HIMPUN ini akan menjadi bukti jelas bahawa umat Islam boleh bersatu tanpa mengira apa jua latarbelakang untuk mempertahankan akidah mereka.”
Timbalan Presiden ISMA, Tuan Hj. Aminuddin Yahaya yang juga merupakan Setiausaha Sekretariat HIMPUN mengeluarkan seruan itu ketika dihubungi selepas hadir di sidang media oleh Sekretariat HIMPUN di Grand Seasons Hotel semalam.
Sidang media tersebut dihadiri oleh pimpinan-pimpinan NGO yang bergabung di dalam HIMPUN, antaranya MAPIM, PEMBELA, ISMA, PEMBINA dan lain-lain lagi.
Menurut kenyataan media yang dibacakan oleh Pengerusi Bersama HIMPUN, Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Hamid dan Dr. Yusri bin Dato’ Hj Mohamad, perhimpunan ini bermatlamat untuk menyedarkan kembali umat Islam tentang cabaran dan ancaman yang sedang melanda akidah Islam di negara ini khususnya ancaman murtad.
Selain itu, HIMPUN juga bertujuan menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.
Himpunan Sejuta Umat yang mendapat dokongan padu pelbagai NGO ini akan berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor bermula daripada jam 2 petang hingga 6 petang.
Berikut adalah teks penuh kenyataan media HIMPUN pada 4hb Oktober 2011:
Kenyataan Media
HIMPUN : Selamatkan Akidah Umat
Sidang media ini diadakan untuk mengisytiharkan kepada umum tentang penganjuran sebuah perhimpunan besar-besar yang dinamakan Himpunan Sejuta Umat atau nama ringkasnya HIMPUN. HIMPUN, yang merupakan inisiatif dan anjuran pelbagai pertubuhan-pertubuhan dan individu yang mewakili umat Islam akan di adakan di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu, 22hb Oktober ini bermula jam 2 hingga 5.30 petang.
HIMPUN diadakan untuk menzahirkan suara dan sikap umat Islam terhadap siri percubaan memurtadkan umat Islam serta mencemarkan kemuliaan agama Islam di negara kita ini. Umat Islam di negara ini telah mengharungi pelbagai episod hitam melibatkan gugatan dan ancaman terhadap akidah seperti kes Natrah, Jamaluddin Othman, Nor Aishah Bukhari, IFC, Azlina Jailani, dan yang terkini kes DUMC susulan siasatan JAIS pada 3hb Ogos 2011 yang lalu. Kes yang terakhir ini membuktikan betapa pihak yang mendalangi usaha pemurtadan umat ini semakin berani dan aggresif dalam menggerakkan dakyah mereka.
Kita melihat bahawa usaha Kristianisasi di kalangan orang-orang Islam yang lemah dan terdedah dengan dakyah mereka semakin berleluasa. Pendakwah-Pendakwah Kristian bebas memberi khidmat sosial kepada pesakit-pesakit kronik di wad-wad hospital, menganjurkan kelas-kelas tuisyen untuk anak-anak orang Islam yang diwarnai ajaran Kristian, menyebarkan risalah secara terbuka di tempat-tempat awam dan rumah-rumah persendirian, mengadakan acara-acara hiburan yang ditaja pertubuhan-pertubuhan Kristian, menganjurkan majlis-majlis makan malam Thanksgiving melibatkan umat Islam dan pelbagai lagi bentuk percubaan mengkristiankan umat Islam.
Pada masa yang sama kita melihat gejala kurangnya kesatuan suara dan kejelasan sikap terhadap pelbagai ancaman terhadap akidah umat ini termasuk dari kalangan sebahagian umat Islam disebabkan pelbagai faktor termasuk sentimen politik dan puak. Ini mewujudkan suasana yang memungkinkan terhakisnya benteng pertahanan akidah umat sama ada dalam bentuk institusi-institusi agama, usaha dakwah dan pendidikan serta peruntukan undang-undang.
Menyedari hakikat ini, HIMPUN dicetuskan sebagai wadah untuk menyedarkan kembali umat Islam tentang cabaran dan ancaman yang sedang melanda akidah Islam di negara ini khususnya ancaman murtad dan pemurtadan.
HIMPUN juga diharapkan menjadi suatu bukti yang jelas nyata bahawa umat Islam boleh dan akan bersatu tanpa mengira latarbelakang untuk mempertahankan aqidah mereka daripada diganggu-gugat oleh sesiapa sekalipun. Maka HIMPUN juga ingin menghantar mesej bantahan dan amaran yang jelas kepada sesiapa yang bertindak atau mengeluarkan ucapan yang menghina agama dan menghakis benteng akidah umat.
HIMPUN juga berhasrat menegaskan dan mendokong Institusi Raja-Raja Melayu sebagai payung dan penaung dalam menjaga dan memelihara agama Islam di negara ini. Maka HIMPUN juga di adakan untuk mencari kesepakatan-kesepakatan yang boleh dipanjangkan kepada pihak Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu dan pihak kerajaan dalam hal mempertahankan aqidah umat Islam di negara kita.
Ia juga bertujuan menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.
Inilah di antara asas dan latar belakang di sebalik penganjuran HIMPUN.
Dari segi perlaksanaannya, sebagai suatu inisiatif umat, sebuah Sekretariat HIMPUN yang dianggotai oleh organisasi dan individu dari pelbagai latar belakang telah dibentuk. Sekretariat tersebut dipengerusikan secara bersama oleh Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Hamid mewakili Majlis Perundingan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Dr. Yusri bin Dato’ Hj Mohamad (mewakili Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA). Manakala Sdr. Aminuddin Yahaya, Timbalan Presiden ISMA bertindak sebagai Setiausahanya.
HIMPUN adalah sebuah perhimpunan aman dan segala langkah yang wajar akan diambil untuk mempastikan bahawa tidak akan wujud apa-apa insiden yang bertentangan dengan keamanan dan undang-undang.
Di antara agenda utama HIMPUN adalah ucapan-ucapan wakil masyarakat dan mereka yang mempunyai pengalaman langsung dengan isu murtad, ucapan tokoh-tokoh antarabangsa yang berkaitan dengan isu akidah dan pemurtadan serta deklamasi sajak, lagu, doa munajat serta diakhiri dengan pembacaan resolusi HIMPUN.
Resolusi ini kemudiannya dirancang untuk dipersembahkan kepada ke bawah Duli Raja-raja Melayu serta pihak berwajib yang lain. Perhimpunan tersebut mensasarkan seluruh lapisan masyarakat Islam khususnya dari pelbagai pertubuhan, institusi-institusi pendidikan, parti-parti politik, warga korporat, kelab-kelab sukan dan riadah, persatuan seni mempertahankan diri, pasukan beruniform, kelab-kelab belia, jamaah masjid dan surau, komuniti guru dan lain-lain lagi.
Berasaskan segala kesedaran dan latarbelakang di atas, kami menyeru kepada seluruh warga umat Islam untuk bersama-sama menyahut panggilan mulia untuk menjayakan HIMPUN. Inilah peluang keemasan untuk setiap individu muslim yang sayangkan akidahnya dan cemburukan agamanya untuk menyumbangkan suatu khidmat bakti untuk tujuan murni ini.
Kebersamaan dan kesatuan kita akan mengundang rahmat, tawfiq dan inayah Ilahi. Maka akan terhasillah dengan sebabnya suatu benteng yang kukuh dalam mempertahankan akidah umat.
Yang benar,
Tuan Haji Mohd. Azmi bin Abdul Hamid & Dr. Yusri bin Dato’ Hj Mohamad
Pengerusi Bersama HIMPUN 2011



Kepada yang berkenaan,
Bukankah pendakwah2 kristian hanya menjalankan t/jwb mrk untuk menyebarkan agama mrk, sepertimana juga ulama’ kita bebas menyebarkan fahaman Islam. Terpulang kepada yang didakwah untuk mengikut @ sebaliknya, tanpa ada paksaan mahupun ancaman. Jika kebebasan berdakwah ini disekat, bukankah ia memberi imej yg buruk kpd Islam dan umatnya? Seolah2 mengongkong kebebasan individu untuk memilih padahal kita sibuk mewar2kan agama Islam yg suci ini cintakan kedamaian. Minta tolong beri pencerahan kpd sy yang jahil ini.
Saudara Anajahiilun,
Agama Islam mempunyai garispanduan berhubung Riddah-permurtadan, sekaligus menggariskan undang-undang tentang hukum murtad. Kita diajar untuk mengembangkan ajaran Islam (berdakwah) dan juga memelihara umatnya dari gejala murtad. Dalam kitab-kitab Fikah (e.g Fiqh Sayid Sabiq) , bab-bab riddah/murtad/apostasy dihurai dengan panjang lebar. Rasulullah SAW pernah menegur Umar Al-Khattab lantaran membelek kitab Taurat setelah adanya al-Quran, begitu sekali kesucian agama ini dibela, hatta Umar bukanlah calang-calang orang, dan Taurat juga adalah Kitabullah, sehingga turun pembatalannya atas dasar Al-Quran yang lebih lengkap telah diturunkan….
Maka sudah tentulah lebih-lebih lagi bagi umat Islam pasca kewafatan Rasulullah SAW, tidak boleh umat Islam sewenang-wenangnya diunjuk-unjuk dengan ajaran Kristian, dengan kitab Bible yang secara totalnya ditolak oleh ajaran Islam. Dan ini tanggungjawab kita baik sebagai individu, secara kolektif dalam NGO, maupun sebagai pemerintah di mana Islam termaktub sebagai agama Persekutuan untuk memelihara sebarang laluan yang mendorong kepada gejala murtad.
Hanya kerana agama lain tidak mempunyai mekanisma menghalang penganut mereka dari memeluk agama lain, tidak boleh dipaksakan kriteria yang sedemikian ke atas Islam, kerana Islam sudah ada set yang lengkap memelihara kesucian agama.
Kebebasan berdakwah dalam konteks Malaysia untuk pendakwah agama lain adalah kepada rakyat Malaysia selain dari Muslim. Pihak Gereja bebas menjemput non Muslim lain untuk didakwahkan. Adapun Muslim, menjadi tanggungjawab kita memelihara saudara kita, boleh jadi mereka dipancing dengan tarikan-tarikan material dan sebagainya.
Jujurnya, dalam sejarah tidak pernah terjumpa Rasulullah SAW merelakan umat baginda dimurtadkan atas dasar memelihara imej Islam. Begitu juga Saidina Umar ketika pembukaan kota Jerusalem, menaikkan imej Islam dengan gaya tawaddhuk seorang pemerintah Muslim membenarkan khadamnya menaiki unta, dan dengan ikrar memelihara keselamatan para rahib, pendeta dan gereja. Namun beliau sesekali tidak pernah ‘bargain’ penukaran aqidah umat Islam.
Wallahu’alam.
Assalamualaikum wbt..
Semoga HIMPUN dapat mengekang gejala murtad dan kufur yang berlaku di Malaysia kini.
sdr anajahilun, anta mmg sesungguhnya jahil mengikut nama dan tulisan anta sendiri.
mengikut kefahaman kamu, imej agama islam akan dihormati sekiranya umatnya memberikan kebebasan kpd pendakyah agama lain (yg sesat di sisi Allah) utk menyebarkan ajaran mereka dan membiarkan semua lapisan umat islam pilih sendiri agama apa yg mereka nak anuti.
agama kristian khususnya telah ditolak oleh penganutnya di barat. purata 100 orang barat, samada kristian atau yg tidak percaya kpd kristian lagi, memeluk islam setiap hari di barat sejak kejadian 911. bkn setakat org awam shj tetapi juga di kalangan paderi dan golongan terpelajar dan profesional. ini berlaku tanpa usaha gigih atau jutaan wang drp umat islam dlm dakwah. persoalannya adakah imej agama kristian atau penganutnya itu kini dipandang tinggi disebabkan fenomena yg melanda mereka ini?
saya lbh menghormati penganut sesuatu agama yg sanggup melakukan apa shj walaupun mati utk mempertahankan agamanya drp mereka yg membiarkan agamanya dihina. membiarkan anak-anak kita murtad atau membiarkan mereka menganut agama lain samalah seperti kita membiarkan shj perompak memasuki rumah kita dan mengambil apa shj yg dia mahu bahkan lbh teruk drp itu lagi.
agama kristian adalah satu komoditi yg sudah tidak laku lagi utk dijual di negaranya sendiri tetapi kini cuba pula dijaja di negara lain kebanyakannya dgn menggunakan wang. sangatlah keji golongan kristian ini setelah tidak dpt lg meyakinkan manusia melalui jalan intelektual.
ingatlah umat islam dan kaum muslimin. kita tidak akan dihormati oleh mana-mana bangsa atau kaum di dunia ini sekiranya kita gagal mempertahankan aqidah islam bangsa kita melayu khususnya. bahkan kita pernah berbangga satu ketika dahulu mendengar bagaimana saudara-saudara kita di aceh misalnya yg sgt kental pegangan aqidahnya, begitu juga di kelantan. Allah telah berjanji utk memuliakan kita dgn islam, dan akan menghina kita sekiranya kita meninggalkan islam.
kita boleh saja hidup bersama dgn bangsa dan penganut agama lain di dlm negara ini. mmg tiada masalah. tapi mereka jgn sampai menyentuh agama anak-anak kita. dan jgn pula ada di kalangan umat islam sendiri yg cuba menjadi pecacai atau agen pula bagi gerakan pemurtadan ini. saya juga memuji langkah Jais yg cuba menyelesaikan perkara ini secara diplomasi, sebelum ada pihak muslim lain yg lebih ekstrem mengambil tindakan sendiri utk menyelesaikan isu ini.
Assalamualaikum wrt wbh. Sebagai seorang Melayu Muslim, saya sungguh terkejut dengan komen-komen dari kemelut JAIS-DUMC. Pertama dari perspektif Kristian yang masih tidak mengaku bersalah walaupun buktinya banyak. Kedua, saya dapati mentaliti Melayu Islam kita yang begitu takut dengan paderi Melayu, bible Melayu dan sebagainya, walhal saya tahu betapa cacatnya asas theology agama Kristian. Adakah orang Islam kita tidak menyedari hakikat ini dan lantas tidak tahu bagaimana hendak menbidas usaha missionary? Oleh kerana ini saya telah memulakan muka Facebook yang bertajuk “Iqraq! Jangan kamu takut dengan paderi, mereka patut takut dengan kamu.” Saya seorang dari golongan profesional yang fasih berbahasa Inggeris dan telah lama cuba mendalami ajaran Islam dan juga mengetahui tentang agama Kristian. Namun saya bukanlah ‘scholar’ atau ‘ulama’ Islam. Oleh itu, saya ingin meminta pendapat tentang usaha saya ini, sama ada sesuatu yang wajar atau tidak. Saya sedar bahawa memberi komen/pandangan dalam hal-hal agama sepatutnya dilakukan oleh ‘scholar’ sahaja dan bukannya sebarangan orang. Namun, saya teringin juga untuk menolong orang Melayu Islam daripada terjerumus ke arah murtad kerana bagi saya, jika mereka tahu tentang Islam dan juga tahu tentang Kristian, mustahil murtad itu akan berlaku. Minta baca bahagian ‘Info’ muka FB ini dahulu dan minta berikan pandangan. Sekian, wassalam.
Amat menyokong supaya HIMPUN dapat direalisasikan beramai-ramai oleh umat Islam yang cintakan perpaduan dan persefahaman dalam beragama di Malaysia, di samping tetap dengan tekad, hasrat dan pendominasian bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara serta mendapat tempat dan kedudukan yang pertama dan istimewa dalam perlembagaan, berbanding dengan agama-agama lain yang bebas dijalani dan dianuti.