Delegasi Aman Palestin kini berada di Gaza
GAZA, 4 Oktober - Delegasi Aman Palestin kini berada di Gaza dalam rangka lawatan untuk menziarahi pejabat Aman Palestin di sana, memantau perkembangan projek-projek yang telah dilaksanakan dan melaksanakan beberapa projek terbaru. Lawatan juga bertujuan melihat penderitaan rakyat Palestin dari dekat.
Rombongan seramai empat orang ini diketuai oleh Ketua Eksekutif (CEO), Ustaz Awang Suffian Awang Piut dan turut disertai Ustaz Wan Hisham Wan Embong (Ahli Lembaga Pengarah), Ustaz Miftahuddin Kamil (Pengurus Aman Palestin Damansara), dan Pengarah Media, Anas Abdul Wahab.
Mereka tiba di Gaza pada Isnin lepas dan akan berada di sana selama empat hari. Kehadiran rombongan Aman Palestin ini disambut meriah oleh rakyat Gaza diketuai Pengurus Aman Palestin di Gaza, Ir. Omar Seyam bersama kakitangan mereka, selain dari beberapa kakitangan kerajaan Gaza sendiri.
Menurut Pengerusi Eksekutif Aman Palestin, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, sepanjang tempoh 10 bulan tahun ini, sebanyak RM 1.333 juta telah disalurkan ke Palestin untuk pelbagai bentuk projek dan bantuan, setengah juta darinya untuk Projek Ramadhan manakala RM 160 ribu lagi untuk Program Back to School.
Kini Aman Palestin sedang menjalankan Kempen Sedekah Qurban Palestin. Orang ramai yang berminat untuk menyertainya boleh mendapatkan keterangan lanjut di www.amanpalestin.net.




Allahu Akbar!