Ada cubaan hapus status bangsa, agama dalam MyKad
PUTRAJAYA: Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman, semalam, mendedahkan terdapat usaha secara halus, terancang dan berterusan pihak tertentu bagi menghapuskan identiti bangsa, status agama dan gelaran Bin atau Binti seperti tertera dalam MyKad sekarang.
Malah, Abdullah berkata, ada pihak tertentu berani tampil untuk mendesak kerajaan supaya menghapuskan keperluan menulis nama Bin atau Binti, bangsa dan agama ketika orang ramai membuat permohonan sijil kelahiran dan Mykad anak masing-masing.
Beliau berkata, perkara itu menjadi semakin menakutkan apabila kebanyakan daripada enam juta belia di negara ini termasuk orang Melayu dan beragama Islam kini turut dipengaruhi oleh idea globalisasi serta liberalisasi dipelopori oleh negara Barat.
“Sebenarnya adalah idea ini berasal dari Barat yang kononnya mampu menyelesaikan masalah perbezaan identiti bangsa, keturunan dan agama. Mereka mahu kita keluar dari fitrah manusia atau dengan kata lain tiada lagi status bangsa seperti Melayu, Cina dan India serta agama.
“Penghapusan Bin dan Binti akan menyebabkan semua orang akan menjadi sama, sekali gus mewujudkan persamaan dan kesamarataan.
“Namun, kesannya anak zina atau zuriat dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan mengikut hukum syarak pun boleh didaftarkan secara sah, sekali gus menghancurkan institusi kekeluargaan serta akidah umat Islam di negara ini,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Keluarga Melayu Muslim 2011 anjuran bersama ISMA dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di sini, semalam.
Bagaimanapun, Abdullah menyatakan keyakinannya idea kesamarataan dan persamaan yang cuba diterapkan Barat di kalangan masyarakat Malaysia adalah satu bentuk penjajahan baru, kerana ia adalah satu pembohongan bertujuan menghancurkan identiti rakyat negara ini.
Katanya, dengan leburnya identiti bangsa, keturunan dan agama, rakyat Malaysia termasuk beragama Islam akan hilang semangat, perasaan, jati diri dan berjuang sehingga ke titisan darah terakhir untuk mempertahankan negara daripada dijajah sama ada dari aspek pemikiran, ekonomi atau secara fizikal oleh Barat.
“Umpamanya apabila sistem ekonomi Malaysia sekarang dikuasai tauke besar (syarikat multinasional) dari Barat atau kaum bukan Melayu memegang tampuk pemerintahan Malaysia adakah umat Islam di negara kita berasa sensitif atau tidak kisah?” katanya.
“Justeru, saya beranggapan idea persamaan ini adalah satu bentuk penjajahan bukan kemajuan. Jika Amerika Syarikat atau Barat mahu menegakkan keadilan sudah tentu tiada siapa yang dilanda masalah kelaparan atau kebuluran seperti di Somalia sekarang ini.
“Kenapa sekarang semua harta benda dan kekayaan di dunia termasuk bekalan minyak mentah di negara Arab mahu dibolot dan dibawa pulang sepenuhnya ke Barat sedangkan banyak negara lain masih miskin. Sebenarnya mereka mahu menjaya agenda menjajah dan menguasai negara lain termasuk Malaysia,” katanya.
Sumber: Berita Harian, 24 Oktober 2011



mabruk!!
tp dlm artikel ni nama tuan presiden pun tak ditulis dengan BIN..apa2pun mabruk!
Saya rasa soal bin binti bukan la isu.. DANGKAL bila kata ia satu isu..
bab ISLAM dam IC tu benar.. itu kita bimbang kalau ada usaha gugurkan ISLAM dalm IC..
kita perlu pertahankan..
tapi bab BIN dan BINTI.. DANGKAL sekali kalu ia jadi isu.. sbb ramai bumiputera non muslim di Sarawak dan sabah ada guna BIN dan BINTI dalam IC mereka..
malah cadangan gugurkan Bin dan Binti sbenarnya cadangan orang Islam sendiri (terutama yang kerap keluar negeri), dan cadangan mereka gugurkan pada Passport BUKAN pada IC, sbb ia menjadi discrimination bila ada BIN dan BINTI dlm Passport. terutama di border negara2 maju seperti US dan Europe..
Isu BIN dan BINTI adalah DANGKAL
tp isu Islam dlm IC.. great.. kita WAJIB pertahankan
Insya Allah kita semua memahami bahawa apa yang ditekankan oleh Ustaz Abdullah Zaik adalah pentingnya dikekalkan penggunaan BIN dan BINTI secara rasmi di borang pendaftaran/pengenalan seperti surat beranak dan MyKad bagi memelihara identiti bangsa dan nasab keturunan.
Adapun penggunaan di laporan-laporan atau sebarang penulisan tak formal yang biasa, terpulanglah kepada masing-masing menggunakan ‘nick-name’ atau apa-apa gelaran yang disukainya.
Harap difahami jelas.
Salam . Hassan
Bin dan Binti adalah identiti Islam.. Walaupun seorang wanita berkahwin namanya tetap binti bapanya…cuma anak tak sah taraf sahaja tidak dibinkan kepada bapanya sebab bapanya secara syarie tidak wujud..
Masyarakat bukan Islam yang memasukkan A/P atau A/L adalah terjemahan kepada bin dan binti.. ini menunjukkan ia merupakan budaya Islam yang diterima oleh kasyarakat timur.
Maka ia patut menjadi isu..
Wallahua’lam.
kalau dari sudut lain,isu bin n binti selalu jadi masalah kpd golongan yg keliru dgn jantina diri.maknyah melayu akan segan kalau nak tulis nama sebenar dia ada ‘bin’.maka eloklah dikekalkan ada bin n binti dlm mykad tu.senang nak tgk jantina sekali.maklumlah kalau muka dlm gambar mykad tu mungkin boleh dimodify.
Jadi ini bukan isu dangkal.fikir jauh sket lg..
” Bagaimanapun, Abdullah menyatakan keyakinannya idea kesamarataan dan persamaan yang cuba diterapkan Barat di kalangan masyarakat Malaysia adalah satu bentuk penjajahan baru, kerana ia adalah satu pembohongan bertujuan menghancurkan identiti rakyat negara ini.”
Sebenarnya pergerakan Barat masih dibayangi oleh aktiviti yang berlaku di negara-negara arab, mereka tidak dapat lari dari pengaruh ajaran ilahi yang dipikul oleh para nabi-nabi alaihimussalam.Pendapat saya, akhirnya ia bergantung kepada apa yang berjaya diamalkan di negara-negara arab ( termasuk ngo nya dan gerakan islam). Itu sahaja laluannya, jika islam di negara-negara arab tidak mampu ditonjolkan mengikut standard atau citarasa dunia, maka selagi itulah cabaran-cabaran seperti yang Ustaz Abdullah nyatakan itu akan berlaku. Logiknya kerana umat Islam tidak mampu mempersembahkan mekanisma yang tinggi mengatasi keinginan yang difikir oleh masyarakat dunia. Lantas dunia akan menganggap mereka mampu menawarkan sesuatu yang lebih menarik perhatian dan keinginan dunia berbanding apa yang komuniti islam tawarkan.
saya rasa masalah pemikiran umat Islam Malaysia ni adalah,”PERKARA KECIK JE PUN,APA KECOH-KECOH?”…
jika atas hak asasi manusia,boleh untuk membuang BIN dan BINTI dalam IC,
agak-agak,atas sebab apa yang akan dikemukakan untuk membuang status agama dalam IC?
yes,hak asasi manusia
Salam.
Cik Linitisplastica, iniliah bukti yang ISMA katakan sebagai Kecelaruan Identiti yang melada Umat Islam di Malaysia. Tersebarnya fahaman liberalisme dikalangan umat Melayu. Fighting for human rights! Inilah slogan yang diwar-warkan oleh barat berpunca dari zaman gelap Eropah dahulu. Masyarakat di Eropah dikongkong oleh Pihak Gereja dalam semua sudut. Penguasaan Pihak Gereja yang melampau menyebabkan terbantut perkembangan sains, teknologi dll. Kesannya, bermula dari situ, masyarakat Eropah melihat perlunya keluar dari kongkongan gereja dengan cara mempromosikan idea2 humanisme seperti sekularisme & liberalisme iaitu pengasingan agama dengan kehidupan & fight for human rights. Dalam Islam, kita boleh fight for human rights, tetapi ada batas-batasnya dan bukannya sesuatu yang mutlak sebab kita ada asas syariat yang wajib kita patuhi selaku hamba Allah di muka bumi.
Isu bin & binti di dalam IC/Passport merupakan isu yang besar sekalipun tidak terbatal syahadah kalaupun tiada bin & binti di dalam IC/Passport. Ianya penting kerana Islam merupakan agama yang unik & mempunyai identiti tersendiri. Secara umumnya, ia dapat membezakan Islam & bukan Islam, jantina lelaki & perempuan & nasab keturunan.
Isu yang biasa timbul di dalam membezakan diantara Islam & bukan Islam adalah bila mana seseorang itu sudah mati. Adakah jenzahnya akan diselesaikan dengan cara Islam/kafir, lelaki/perempuan. Dalam solat jenazah pun, kedudukan lelaki dengan perempuan pun berbeza. Nak menikah pun, dilarang menikah yang sesama jantina. Kedudukan lelaki & perempuan tidak sama. Kedudukan dalam saf solat juga tidak sama. Lebih diparahkan lagi bila mana berlaku kecelaruan gender. Nak duduk saf mana?Aurat macam mana?
Pendek kata, ia adalah isu besar yang patut kita pertahankan. Salam.