Perlukah sejarah ditulis semula?
Seruan supaya fakta sejarah ditulis semula kini hangat diperkatakan kerana ada sesetengah dakwaan bahawa apa yang terkandung di dalam buku-buku sejarah kini dilihat tidak tepat. Baik kaum India mahupun kaum Cina merasakan bahawa mereka juga sebahagian dari golongan yang memperjuangkan kemerdekaan dan harus diberi pengiktirafan sewajarnya.
Kini orang Melayu pula menuntut supaya sejarah ini dikaji semula kerana dikatakan apa yang ada sekarang lebih memihak kepada pihak pemerintah. Pemerintah pula menegaskan bahawa apa yang ditulis itu telah dikaji dengan teliti dan ada sanadnya yang sah. Semua ini memeningkan kepala rakyat, yang mana satu betul?
Pagi tadi semasa saya bersarapan bersama beberapa orang kawan, kami juga menjadi keliru pihak mana satu yang perlu disokong? Tulis semula atau kekalkan yang ada?
Bagi saya, apa yang lebih utama ditekankan ialah perlunya ada perubahan pendekatan politik oleh pemimpin negara. Apa yang kita lihat sekarang ini ialah elemen prasangka antara pimpinan negara terlalu besar sehingga dilihat seolah-olah tidak ada titik pertemuan. Ada masa saya lihat pihak barat lebih matang berpolitik dari negara kita. Mereka tidak berbeza jika sekiranya dilihat ia untuk kepentingan bersama. Tetapi sebaliknya di negara kita, apa saja yang dibuat oleh mana-mana pihak akan sentiasa disangkal. Tindakan ini telah mengesani hati dan pemikiran rakyat sehingga mereka turut serta membesarkan elemen prasangka ini.
Saya tak dapat menahan rasa sedih dan kecewa apabila peristiwa kematian Noramfaizul dikatakan ada elemen politik oleh seorang pemimpin bukan Melayu dalam parti DAP. Apabila saya membaca respon dari pembaca yang menyokong pandangan pemimpin politik bukan Melayu itu terhadap penulisan berita peristiwa itu dalam portal alternatif, saya tidak dapat membayangkan apa akan jadi pada nasib umat Islam di negara ini.
Jadi bagi saya, selagi perubahan pemikiran politik ini tidak selesai maka amat sukar untuk kita mencapai satu kajian sejarah yang positif. Buatlah macam mana sekalipun, ia pasti akan mengundang kritikan dari pihak yang merasakan bahawa ia tidak mendapat apa-apa manfaat. Yang akan menjadi mangsa ialah rakyat jelata. Fikir-fikirkanlah!!!

Aminuddin Yahaya,
Timbalan Presiden,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Blog: Suara Dari Gunung


Kita perlu keluar daripada kerangka pemikiran politik yang sempit.
Selagi kestabilan politik belum tercapai, buatlah apa-apa keputusan, ia tetap akan dipolitikkan.
Wartawan Bernama itu ikhlas dlm tugasan, apa yg dimaksudkan ‘ada unsur politik’ ialah keikhlasan UMNO yg membawa 15 org wakil media demi propaganda dan promosi dlm berperikemanusiaan! Dan dikatakan pada kenderaan dan di Kem mereka berkibar bendera UMNO dan Malaysia. Tahukan Tuan, bahawa ada wakil Mercy dlm misi kemanusiaannya pernah menutup bendera M’sia di Vest mereka krn mirip bendera USA ( waspada pd mrka anti-USA). ( Pengaman Somalia mmg anti USA, mungkin ditembak krn berkibarnya bendera M’sia yg disangka bendera USA- wallah hu ‘aklam)
Sejarah ditulis olh ikut acuan yg pemerentah, ini sudah menjadi adat, terutama sejarah yg mnunjukkan kehebatan mrka. Sudah jd mitos sejak dahulu bahawa M’sia merdeka melalui pejuang UMNO, manakala pejuang agama pula sekadar disebut sambil lalu sahaja, malah disebut sebagai pejuang golongan KIRI!!.
Sejarah tetap sejarah….sedikit nukilan sajak buat renung-renungan
http://sampanusang.blogspot.com/2011/09/sejarah-tetap-sejarah.html
Lebih dari 30 thn dulu guru yg mengajar kami subjek sejarah semasa di sekolah menengah rendah dgn senyum sinis menyatakan banyak fakta sejarah yg dia ajar sebenarnya tidak begitu tepat kerana byk bergantung kpd perspective penulis sejarah itu sendiri. Tapi dia ckp, terpaksa ajar juga sebab ikut silibus. Pada masa itu kami budak2 sekolah menengah terpingga-pingga, terfikir kalau tak betul kenapa nak ajar juga. Kenyataan tu masih terngiang-ngiang sampai kini.
Kalau sama-sama dapat duduk semeja utk mencari ketepatan dan kebenaran fakta alangkah baiknya…sama2 mengambil iktibar …..