Merdeka sebenar apabila berkuasa penuh laksanakan syariat
BANGI, 31 Ogos – Erti kemerdekaan yang sebenar ialah apabila kita berkuasa penuh di kawasan sempadan kita serta dapat melaksanakan syariat dan sistem mengikut perundangan kita.
Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata demikian sempena ulangtahun Hari Kemerdekaan Malaysia ke-54 hari ini.
“Pada zaman globalisasi ini usaha mempertahankan kemerdekaan bukan semata-mata menjaga keamanan sempadan tetapi lebih penting lagi mempertahankan kedaulatan nilai dan kemerdekaannya.”
Tambah beliau, kemerdekaan yang sebenar juga ialah apabila tiada orang yang berani mencabar maruah dan hak kita.
Ustaz Abdullah Zaik menyeru rakyat Malaysia terutamanya umat Islam supaya meneruskan perjuangan kemerdekaan dalam berdepan dengan nilai-nilai global yang liberal dan atheis.
Beliau turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-54 kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya di kalangan warga ISMA.



Nilai barat, liberal masih bertapak di Msia walaupun merdeka dari British. Malah pengaruh Yahudi tidak dapat dinafikan sehingga kerajaan BN terus menutup isu penglibatan APCO dan penasihat Yahudi dlm pemerektahan BN. Akhbar perdana dilarang utk mengulas isu APCO dan 1 Malaysia. Seperti biasa, kaedah ini tlh berjaya melekakan rakyat. Sistem ekonomi kapitalis sudah lama menjajah ekonomi M’sia, sehingga jurang manusia terkaya dan manusia yang setakat kaya shj juga di negara ini jauh berbeza,apalagi dengan golongan pertengahan.
Malah sistem pendidikan sejarah Msia juga masih mengikut telunjuk penjajah dimana rujukan utama ialah dari sejarawan British. Tidak menghairan, yang menjadi pemerentah akan membuat sejarah utk memihak kepada mereka dan yang menentang mereka dianggap pengkhianat negara.
Lebih malang lg ada pendakwah Melayu Islam yang belajar sejarah negara dari buku sejarah di sekolah tanpa membuat rujukan lbh luas.
Walaupun cara ucapan Mat Sabu tidak diperincikan , sehingga terdedah kepada serangan media BN ( isu Mat Indera di Bt Kepung), namun mencetus senario baru agar generasi baru sedar utk mengkaji sejarah sebenar iaitu siapa sebenarnya pejuang kemerdekaan M’sia.
Ketahuilah bahawa ramai para ulamak adalah pejuang kemerdekaan tetapi mereka di cop pengkhianat oleh British termasuklah Ust Tok Janggut ( generasi muda tidak tahu bahawa Tok Janggut adalah seorang guru agama) dan ramai lagi.
Darah dan jiwa ulamak terdahulu di negara kita yg sepatutnya di idolakan oleh pendakwah sekarang, dahulu mereka mahu bebas dari cengkaman kafir British, dan kita generasi baru mahu meletakan syariat Allah sebagai pencapaian kemerdekaan sebenar.
Mad Indera juga adalah guru agama yang mendapat tauliah oleh sultan Johor. Beliau dihukum mati pada usia 30an. Mat Kilau juga pernah belajar pondok dan boleh disimpulkan para pejuang ini kebanyakkan mempunyai jiwa agama yg kental dan bukan dikalangan mereka yg sekadar bersemangat Nasionalis semata2. Malah Ustazah Shamsiah Fakeh juga seorg guru agama yang tersasar dan termakan pujuk oleh komunis utk menentang British. ( nota :-apabila UMNO melatah dlm kes Mad Indera, kini fakta sebenar membantai mereka semula, kerana pada 2004, kerajaan Johor tlh mengiktiraf Mad Indera sebagai pejuang sptmana yg Md Sabu sebut, ini tercatat dlm sebuah biografi” Pengukir Nama Johor”.
Maka jangan biarkan Melayu yang sekadar berjiwa KeMelayuan utk berjuang utk bangsa kita tetapi Melayu yang ada jiwa agama.
Kerajaan Johor memberikan kebebasan utk penulis2 buku “Pengukir Nama Johor” utk menyampaikan pandangan masing2.. malah ada bab dlm buku itu juga menulis Mat Indera terlibat dgn komunis dan kejam terhadap bangsa nya sendiri (sesama Islam).
Gerakan bersenjata pada asalnya disokong oleh orang ramai, tetapi, apabila ia menjadi terlalu aggresif dan kejam terhadap penduduk awam yg tidak menyokongnya.. ia telah lari dr niat asalnya iaitu memerdekakan negara dan melindungi rakyatnya dr penjajah. Maka sbb itu gerakan politik telah digunakan untuk menggantikan gerakan mengangkat senjata ini. Dan ia mendapat sokongan ramai, jika tidak pasti ia tidak akan berjaya.
Lgpun, Islam pastinya menggalakkan kita untuk memilih jalan yg lebih elok dr membunuh sesama manusia.
Wallahualam
Dlm nama2 ulama yg disebut di atas.. kecuali Mat Indera.. semuanya dicatatkan sebagai pejuang kemerdekaan di dalam mana2 catitan sejarah Malaysia walaupun British menganggap mereka itu pemberontak.
Mengapa Mat Indera tidak? Haruslah kita sama2 muhasabah diri dan kaji lebih lanjut dan tidak hanya mengikut andaian dan kata2 orang sahaja. Kita tidak mahu orang menglabelkan kita kemudian hari seperti peribahasa “tangkap muat” sahaja..
Wallahualam