|

Laluan Khair ke Oxford (Bhg. 1)

Alunan takbir Syawal 1432 Hijrah memberi pelbagai makna bagi anak muda yang sedang menuntut di Universiti Oxford ini. Khair Razlan Othman, 30, anak jati Felda Tunggal, Kota Tinggi Johor ini melalui pelbagai pengalaman pahit manis di sana. Apatah lagi suasana di London yang mendapat perhatian dunia beberapa minggu lalu. “Alhamdulillah, Syawal tahun ini disambut serentak dengan ulang tahun kelahiran isteri, ulang tahun perkahwinan yang kelima dan juga ulang tahun kemerdekaan tanah air tercinta.” Khair mendirikan rumah tangga dengan ‘anak merdeka’ Tengku Zunida Tengku Yahya Shah, 30 pada 31 Ogos 2006. Ikuti cerita menarik beliau di bumi London kepada wartawan Utusan Malaysia, Zunaidah Zainon.

Sumber: Utusan Malaysia, 27 Ogos 2011