|

ISMA Seremban hadiahkan 2 kerusi roda kepada Hospital Tuanku Jaafar

Dr. Zainon menyampaikan sumbangan kepada wakil HTJ

SEREMBAN, 20 Ogos Sebagai sebahagian daripada inisiatif Program Semaian Kasih sempena bulan Ramadhan tahun ini, ISMA Seremban telah menyampaikan sumbangan dua buah kerusi roda kepada Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban.

Sumbangan ini telah diserahkan oleh Ketua Wanita ISMA Seremban, Dr. Zainon Yahya kepada wakil HTJ dalam satu majlis ringkas yang telah berlangsung di hospital ini.

Para ahli dan sukarelawan ISMA yang hadir turut mengambil peluang untuk menyampaikan sumbangan Aidilfitri dan beramah mesra dengan pesakit-pesakit di beberapa wad terpilih.

Sumber: Laman Web ISMA Negeri Sembilan