ISMA lancar Tabung Bantuan Kemanusiaan Somalia
Sebagai tanda keprihatinan terhadap kesusahan dan penderitaan yang dialami oleh saudara-saudara kita di Somalia yang kini berdepan krisis kemarau yang teruk, Yayasan Ikhlas ISMA telah melancarkan Tabung Bantuan Kemanusiaan Somalia bagi meringankan ujian yang menimpa mereka.
Sehubungan dengan itu, segala sumbangan kewangan daripada para dermawan bolehlah disalurkan ke akaun Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia, 562218201823 (Maybank). Sila maklumkan setiap sumbangan kepada Pengerusi Biro Tugas-Tugas Khas ISMA, Ustaz Wan Hisham Wan Embong di talian 013-3334746 atau email abuzakwan09@gmail.com.
Ayuh, rebutlah peluang ini untuk menghulurkan sumbangan ikhlas anda!



Assalamu’alaikum,
Pengerusi Biro Tugas-Tugas Khas ISMA, Ustaz Wan Hisham Wan Embong ada email tak? Kalau ada email, senang sikit transfer ke maybank, terus letak email masa transfer + tak payah inform guna hp …
Jazakallahu khairan kathira.
[...] Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) [...]
email ust Wan Hisham W Embong : abuzakwan09@gmail.com
semoga bermanfaat meskipun sedikit