|

ISMA ingatkan orang Melayu peka terhadap ancaman masa kini

Kenyataan media ISMA berhubung kenyataan Mat Sabu tentang perjuangan kemerdekaan di Padang Menora, Pulau Pinang

Merujuk kepada isu perjuangan kemerdekaan yang dicetuskan oleh arus media perdana yang memetik kata-kata di dalam ucapan Mohamad Sabu mengenai Mat Indera di Padang Menora  pada 21 Ogos 2011, ISMA ingin menyeru pihak-pihak yang bertelagah untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada usaha mempertahankan negara sekarang daripada ancaman dari dalam dan luar negara.

Umat Islam ingin melihat sikap yang baik daripada kepimpinan umat Melayu Islam dan dalam situasi umat Islam yang lemah dalam segala segi, kepimpinan Islam sepatutnya bersama-sama mencari jalan untuk memperbaiki keadaan serta memperkukuhkan perpaduan, penguasaan ekonomi dan politik umat Islam dan orang Melayu.

Kita seharusnya mengambil pengajaran daripada sejarah supaya kita tidak kembali dijajah atau dikuasai oleh bangsa asing di tanah sendiri bukan bermain politik dengan isu sejarah.

Isu sejarah adalah kenyataan masa lampau dan kita berdoa supaya mereka yang terlibat diberi ganjaran mengikut ijtihad mereka. Semua pihak telah memberi sumbangan untuk mempertahankan negara dan berjuang dengan cara masing-masing ke arah kemerdekaan dan kedaulatan negara.

ISMA mengambil pendekatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pejuang-pejuang Melayu masa lampau dan memohon keampunan atas kesilapan yang berlaku hasil daripada ijtihad masing-masing.

Firman Allah di dalam Surah Al-Hasyr, ayat ke-10:

والذين جاءوا من بعدهم يقولون ربنا اغفرلنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين ءامنوا رينا إنك رءوف رحيم

“Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan rahmatMu”.

Negara kita kini sedang berhadapan dengan isu yang lebih berat yang memerlukan persepakatan seluruh umat Islam, bukan berlarutan dan leka dengan mana-mana isu yang tidak membawa kepada apa-apa faedah.

Tindakan mempolitikkan isu sejarah boleh menyebabkan kita melakukan ketidakadilan kepada mereka yang terdahulu.

Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah, ayat ke-141:

تلك أمة قد خلت لها ما كسبت ولكم ما كسبتم ولا تسئلون عما كانوا يعملون

“Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang telah mereka usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang mereka telah lakukan.”

Dalam pada itu, ISMA menyokong bahawa generasi baru orang Melayu perlu memahami sejarah perjuangan generasi terdahulu dalam mempertahankan akidah dan kedaulatan negara.

Menulis semula sejarah dengan mendedahkan fakta-fakta dan merakamkan bukti-bukti kejelasan risalah perjuangan Islam boleh membantu melahirkan generasi Melayu baru yang mewarisi perjuangan dan kekuatan jati diri dalam berhadapan ancaman masa depan.

Abdullah Zaik Abdul Rahman,
Presiden,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
5 September 2011

6 Komen untuk entri “ISMA ingatkan orang Melayu peka terhadap ancaman masa kini”

  1. indera says:

    Paling tidak, ucapan Mad Sabu membuka minda generasi baru utk menuntutakan fakta sejarah yang sebenar, dan adik Mat Indera tlh mengucapkan ribuan terima kasih pd Mad Sabu kerana membetulkan imej abangnya sepertimana kerajaan Johor sudah memaktubkannya pada 2004 lagi, tetapi tidak diketahui oleh khalayak malah nama Mad Indera pun tidak dikenali oleh rakyat Johor.

    Sebenarnya byk khazanah sejarah perjuangan kemerdekaan Malaysia yang belum benar2 dicatat secara jujur, ikhlas dan telus. Pejuang sebenar ialah sebahagian besarnya adalah para ilmuan agama dan segelintir pejuang nasionalis Melayu.

  2. abg mat says:

    salam.ini bukan soal mempolitikkan isu sejarah negara..ini soal kebenaran yg disembunyikan.
    ‘Dalam pada itu, ISMA menyokong bahawa generasi baru orang Melayu perlu memahami sejarah perjuangan generasi terdahulu dalam mempertahankan akidah dan kedaulatan negara.

    Menulis semula sejarah dengan mendedahkan fakta-fakta dan merakamkan bukti-bukti kejelasan risalah perjuangan Islam boleh membantu melahirkan generasi Melayu baru yang mewarisi perjuangan dan kekuatan jati diri dalam berhadapan ancaman masa depan.’
    ust sendiri menyatakan perlu pada fakta2 risalah perjuangan islam.ulama tanah melayu terdahulu berkorban nyawa mempertahankan akidah umat islam dari penjajah..perlu diingat sejarah kemerdekaan msia berkait rapat dgn ideologi,kesongsangan pemikiran rakyat msia masa ini.budaya barat meresap di jiwa anak2 muda ISLAM di msia..apakah isu2 ini tidak berkaitan dgn sejarah penjajahan british di msia?suruhanjaya reid yg x berlandaskan syarak dijadikan panduan negara..isu murtad..isu rasuah,zina,bunuh n sebgainya..semuanya kerana x mengikut hukum Allah..so,sejarah sebenar negara perlu diketahui rakyat dlm membentuk jati diri n memerdekakan malaysia daripada minda penjajah seterusnya menegakkan hukum Allah di bumi Malaysia..wallahualam..

  3. Irbidi says:

    Mat Indera adalah pejuang melayu, beliau seorang guru agama..smga perjuangannya menjadi pembakar semangat anak-anak muda melayu. sejarah perlu ditulis dari dimensi baru dengan menghargai tokoh-tokoh dari kalangan ulamak. Mereka adalah pejuang sejati yang tidak dicatat dalam buku sejarah masa kini.

  4. Mat Pulau Mutiara @ مدڤولاوموتيار says:

    Ayuh membaca tulisan di atas dengan hati terbuka. Jangan melatah. ‘MEMPOLITIKKAN ISU SEJARAH’ boleh merujuk kepada UMNO dan PAS. Ust.Lah rujuk kepada kedua-dua pihak. Kita lihat bagaimana UMNO sendiri MEMPOLITIKKAN kenyataan Mat Sabu. Habis dicari balu dan keturunan mereka yang terlibat dengan Bukit Kepong semata-mata nak burukkan Mat Sabu dan PAS. Bacalah kenyataan dengan hati yang terbuka. Setiap hari dimomokkan dalam media hentaman dan kutukan terhadap Mat Sabu. Habis masa terbuang macam tu sahaja orang-orang Melayu kita ni.

    Istilah ‘MEMPOLITIKKAN’ bukan sahaja merujuk kepada Mat Sabu, tetapi UMNO juga terlebih-lebih ‘MEMPOLITIKKAN’ isu ini. Namun kelihatan seolah-olah senjata makan tuan. Dah terbukti Mat Indera adalah guru agama, disanjungi rakyat Johor sebagai tokoh dan media kerajaan sendiri dah dedahkan balu askar yang terkorban di Bukit Kepong rak dapat pencen sampai sekarang.

    Mat Sabu juga perlu berhat-hati mengeluarkan kenyataan. Anda adalah Timbalan Presiden. Tidak dinafikan fakta Mat Indera yang dibawa adalah benar, namun lihatlah sejarah dalam pelbagai dimensi. Askar-askar Melayu yang menyertai British juga ada sebab munasabab sendiri mengapa mereka bertindak demikian. Mat Sabu langsung tidak memuji atau bersimpati dengan keikhlasan askar Melayu Bukit Kepong (dalam ceramah tersebut). Hormatilah juga mereka. Mereka ada sebab dan pandangan sendiri untuk mempertahankan negara dengan menyertai askar dibawah British. Perkampungan di Bukit Kepong juga majoriti orang Melayu Islam, wajarkah kita salahkan mereka mempertahankan kampung halaman mereka ketika ketika itu?

    Maka, berhati-hatilah dalam mengulas isu sejarah. Sejarah bukannya 1+1=2. Perlu dilihat dalam pelbagai dimensi. Wallahua’lam.

  5. indera says:

    Hairan juga sdr Mat Pualu Mutiaara yg merupakan ahli Isma yg hentam UMNO, bukankah pimpinan Isma mengajak supaya perbetulkan UMNO demi kesepakatan Melayu. Jika hentam dan tuduh UMNO yg berlebih2an dlm isu ini bermakna membuatkan UMNO tak selesa dgn Isma dan lebih sukar utk ajak mereka bersepakat demi Islam.

  6. darman says:

    mat indera telah di tangkap dengan kebijaksanaan dan keberanian penduduk kampung di sri medan, batu pahat. Jikapun mat indera belajar agama, mengapa dia tergamak menganut perjuangan kominis yg tidak percayakan Allah SWT dan membunuh orang awam yg tidak berdosa? Mengapa begitu ramai yg belajar agama tetapi tidak menjadi seperti mat indera? Mengapa mat indera terlibat menyerang balai polis bukit kepong hingga terbunuhnya begitu ramai orang yg sebangsa dan seagama (?) dgn mat indera? Jika mat indera adalah pejuang, siapa pulak petualang???