|

Pewujudan studio rakaman batu loncatan sebarluas agenda ISMA

BANGI, 14 Ogos – Biro Media & Penerangan ISMA kini dalam perancangan mewujudkan sebuah studio rakaman bagi memperkasakan gerak kerjanya untuk menyebarluaskan agenda ISMA kepada masyarakat.

Menurut Dr. Kamil Azmi Tohiran selaku Pengerusi  Biro Media & Penerangan ISMA, kewujudan studio rakaman ini diharap dapat menghasilkan lebih banyak produk yang menonjolkan tokoh dan agenda ISMA yang boleh disiarkan oleh badan penyiaran arus perdana.

“Pertembungan pelbagai aliran pemikiran dewasa ini memerlukan fikrah Islam dan agenda ISMA didengari oleh masyarakat. Ini hanya boleh dicapai jika tokoh-tokoh ISMA dapat menembusi badan-badan penyiaran arus perdana selain memperkasakan laman sesawang ISMA dan WebTV ISMA.”

Biro Media & Penerangan ISMA ketika ini sedang mengumpulkan dana bagi menampung kos pelaburan awal studio rakaman tersebut yang dianggarkan menelan belanja sebanyak RM120,000.

“Usaha ini merupakan pelaburan strategik penting bagi masa depan dakwah ISMA dan pelaburan ini adalah jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan hasil yang dijangkakan,” ujar Dr. Kamil.

Beliau menyifatkan pelaburan ini sesuatu yang berbaloi untuk diusahakan memandangkan potensi penggunaan internet bagi penyebaran dakwah yang cukup besar. Menurut statistik International Telecommunication Union (ITU), pengguna internet di Malaysia adalah lebih kurang 64%.

Dr. Kamil turut mengulas tentang usaha-usaha yang telah dilaksanakan Media ISMA setakat ini, antaranya membangunkan laman WebTV ISMA dan menjalankan ‘lintas langsung’ ke seluruh dunia melalui diskusi intelektual yang dianjurkan secara berkala.

“Kita juga sedang dalam proses perbincangan untuk mengadakan kerjasama pintar dengan sebuah syarikat penyiaran swasta yang telah menyatakan minat untuk bekerjasama dengan ISMA bagi menghasilkan rakaman yang berkualiti,” tambah beliau.

1 Komen untuk entri “Pewujudan studio rakaman batu loncatan sebarluas agenda ISMA”

  1. syakir najib says:

    Alhamdulillah semoga dgan kemajuan arus media ISMA dn seluruh media islam memberi sdkit sebanyak sumbangan kpda kebangkitan ummat serta menongkah arus jahiliah ..Ameen