|

Liabiliti atau aset?

Saya sebenarnya telah berazam untuk tidak menulis apa-apa semasa Ramadhan ini memandangkan kita semua sibuk dengan ibadah puasa dan ibadah-ibadah lain bagi memenuhi jiwa yang kekeringan dengan dengan nilai-nilai rohani. Takut juga tulisan saya akan mengguriskan hati sesiapa di bulan yang mulia ini.

Namun peristiwa penyiasatan JAIS terhadap aktiviti yang berjalan di sebuah gereja di Damansara yang melibatkan umat Islam mendesak saya untuk mengatakan sesuatu. Apatah lagi apabila membaca respon dari sebahagian kecil pimpinan Melayu Islam yang berlumba-lumba untuk menghentam bangsa sendiri. Saya rasa malu dan rasa terhina menjadi seorang Islam apabila bangsa saya meminta maaf kepada orang bukan Islam yang cuba berdakwah kepada bangsa Melayu akan agama mereka.

Akhbar-akhbar alternatif yang menyokong pihak sana memainkan pula istilah-istilah seolah-olah JAIS dilihat telah “menyerbu” gereja sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya. Saya juga terkilan apabila pemimpin-pemimpin Melayu yang selama ini memperjuangakan Islam menyepi diri. Tidak ada desakan, tidak ada bantahan dan jika ditanya, tidak ada satu pendirian yang jelas dikemukakan. Saya tidak menyalahkan umat Islam di negara ini jika mereka menjadi semakin keliru dengan “stand” pemimpin-pemimpin Islam yang ada.

JAIS dituduh melanggar undang-undang dan menceroboh kebebasan beragama sedangkan perbincangan yang panjang telah berjalan di luar gereja. Mereka tidak masuk kecuali setelah mendapat izin dan tiada penangkapan berlaku. Bukti-bukti yang didapati JAIS menunjukkan adanya elemen dakyah kristianisasi sedang berjalan tetapi ini tidak diceritakan dengan baik.

Saya harus memuji Datuk Dr. Hasan Ali. Walaupun beliau menghadapi pelbagai tekanan tetapi beliau tegas melaksanakan tanggungjawabnya. Saya berdoa moga Allah memberikan kekuatan kepada beliau dan menambahkan keimanannya di bulan yang mulia ini. Malang, orang seperti ini pula dianggap “liability” kepada partinya.

Habis, orang yang seperti mana yang dikatakan aset?

Aminuddin Yahaya,
Timbalan Presiden,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Blog:
Suara Dari Gunung

26 Komen untuk entri “Liabiliti atau aset?”

  1. hikmah says:

    saya setuju.

    kalau di china, kaum minoiriti islam disana ditekan sampai keluar larangan berpuasa (http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/china-larang-uighur-berpuasa/). di malaysia, sesetengah kaum minoritinya tak tahu bersyukur.berani pijak kepala ‘tuan rumah’ mintak macam2 padahal mereka dah cukup senang lenang dah nak amalkan agama dan budaya mereka disini.

    inilah masalahnya bila ‘tuan rumah’ tak bersatu dan sibuk berperang sesama sendiri. akibatnya, periuk nasi kaum minoriti yg sibuk mereka nak jaga atas kepentingan diri masing2.

    takpa tuan amin, kerja dakwah dan satu kan ummah ni tak boleh berhenti di bulan puasa.dibulan puasa ni ibadah wajib (termasuk dakwah) Allah beri ganjaran hingga 70x ganda.ibadah2 sunat yg lain tu Allah beri ganjaran sama mcm pahala ibadah wajib.jadi, yg wajib tu kita mesti buat sehabis baik dulu.

  2. zulkiplee says:

    Bukalah harakahdaily, di mana artikel yang menyokong Dr Hassan Ali yang berjuang mempertahankan Aqidah umat Islam.

  3. alKhoir says:

    jgn cepat dan terburu utk menuduh dgn menulis ” Tidak ada desakan, tidak ada bantahan dan jika ditanya, tidak ada satu pendirian yang jelas dikemukakan”. Dlm kes ini ramai org terhiris spt tuan, namun utk beri stand mestilah dgn maklumat yg tepat dan tidak melatah

  4. Abu Nadawi says:

    Memang orang melayu ramai yang keliru dan goyah untuk membuat komen mengenai kejadian ini. Ini kerana terperangkap dan cuba mempamerkan imej liberal atau sedikit liberal dan menjaga perasaan bukan Islam. Ada sesetengah yang lebih mudah percaya penafian dan kemarahan pemimpin agama Kristian daripada kenyataan telus daripada seorang pemimpin parti Islam adalah amat menyedihkan kita.

  5. hikmah says:

    boleh alkhoir tlg bg info siapa pemimpin islam yg dah bg pandangan pro-islam dlm isu ni selain dr. Hasan ali? Khalid samad kenyataannya sah2 pro pihak 1 lg. Setakat yg sy selak2 harakahdaily hari ni masih belum jumpa 1 pun kenyataan yg tegas.yg ada ialah cubaan utk buat rundingan2..nak runding apa tah xtau la

  6. afizhi says:

    Hikmah; ada kenyataan dari Pemuda PAS

  7. hikmah says:

    alhamdulillah..harapnya ramai yg bg kenyataan tegas.tak perlu nak berdolak dalih demi menjaga hati orang lain.ini isu akidah.ada sesetengah pejuang islam yg terkenal di msia kadang2 mengeluarkan kenyataan yg agak mengecewakan.bila menyalahkan orang seagama, kenyataannya memang tegas menyalahkan itu dan ini.tp bilamana perkara tu melibatkan kaum dan org agama lain, samar2 je bunyinya.

  8. Pak Andak says:

    1. Suka dgn kenyataan yg menyeru agar bhati2 dn tak melatah..BILA MELATAH MAKA TIMBULLAH PROVOKASI TERANCANG DGN BAWA PENYAPU DAN MANGKUK TANDAS ( akhbar hari ini)

    2. ILMU perundangan harus didalami dlm kes Jais ini- pencabulan dlm myebar agama lain pada org islam dan undang2 memasuki premis org lain tanpa dukumen sah.
    3. Kes PERMURTADAN ini, saya imbau kisah lama iaitu pada awal thn 1990an, pernah blaku kemalangan bas rombongan dari Penang keMelaka yg dianjurkan oleh persatuan belia yang terdiri dari semua bangsa. Apa yg mengejutkan ialah beberapa org remaja Melayu wanita dan lelaki yg cedera agak parah, didapati memakai salip, dan apabila disiasat mereka ini sdg mengikuti pengajian ttg Kristian walaupun mengaku masih Islam.
    4.Dan banyak lagi kes2 yg sudah dibongkarkan, sehingga Datuk Harusani, mufti Perak mbuat kenyataan yg mengemparkan bahawa puluhan ribu anak2 muda Melayu sudah terdedah dlm gerakan kristianisasi.Siapa yg mencabar kenyataan beliau ini jika bukan org UMNO!!!
    5. Seperti biasa, org Melayu Islam yg lain hanya MARAH DAN SENSITIF HANGAT2 TAHI AYAM akan isu kronik ini. DAN isu ini terus lenyap, sebaliknya gerakan kristianisasi dgn teknik yg hampir stereotaip ini TERUS BERLAKU. Juga pernah HEBUH kerancakan aktiviti Kristianisai di NSembilan , diMelaka dan beberap tempat lain pd suatu masa dahulu. Juga sepi kemudiannya.
    6. Orang Melayu yg FASIK JUGA senstitif dgn isu murtad ini, apalagi pd para PENDAKWAH.
    7. Dlm kes JAIS – dikategorikan BENAR dlm SALAH, Benar dlm mencegah mungkar TETAPI salah dlm perunndanagn masuk premis org lain tanpa waran yg sah. SALAH JELAS pd gereja ialah mlanggar enekmen melarang mngajar Kristian pd org Islam.

    8. KEBENARAN YAG TIDAK ADA SISTEM akan dikalahkan Oleh BATIL YG TERANCANG.
    9. Walaupun ada dakwaan ada pbincangan seblm masuk premis, tetapi DIEKPLOITASI oleh pihak gereja dgn isu MENCEROBOH pdhal tiada tangkapan dibuat pd 12 org Melayu itu.

    10. HARUS DIINGAT, JAIS adalh dibawah kuasa eksekutif dari SUK. Siapa SUK Selangor? Datuk Khusrin yg dilantik itu selps melangkah 3 ‘kepala’ lain yg lebih layak adalah orang harapan UMNO, dn pernah ditangguh proses angkat sumpah.Belaiu juga ialah bekas Pengarah Jais yg prnh menangkap Dr Asri dahulu

    11. Pd PR Selangor, Jais adalah salah satu organisasi Selangor yg dijadikan WADAH PENTING utk kotak-katikkan kerajaan S’gor…spt kata Datuk Najib” Buat apa saja, asal S’gor dirampas kembali’.Siapa Pengarah Jais sekarang?

    12. Maklumat dari gereja ini sudah lama diketahui, malah sejak zaman BN memerentah lagi, PJaya adalah pusat utama pengkaderan Kristian diSelangor, persoalannyua mengapa SEKARANG DAN KETIKA BPUASA MRKA BERTINDAK?

    13. PR S’gor sudah ada maklumat lengakp organisasi rasmi yg lain yang SEDANG SIAP SEDIA UTK BACKFIRE mereka. Sudah byk isu yg dibangkitkan, tetapi MENJADI ISU YANG TIDAK POPULAR, dan ada isu yg lenyap begitu shj spt isu kepala babi di ShahAlam dahulu. Siapa dalang isu ini, jika bkn UMNO sndri.

    14. Maka JAWAPAN MB dan PAS pusat mahu lapuran lengkap dari Jais, dan tindakn susulan selps aidil fitri adalah tindakan bijak dan tidak terburu2. MEREKA SUDAH KENAL SIAPA DIBELAKANG JAIS.

    15. Pd psikologi politik– bila ada isu besar, kemudian ditimbulkan isu besar yg lain ialah krn mahu menutup isu asal. Skrg isu BESAR ialah RAMAINYA penduduk PR yg dpt IC yg sah dan layak mengundi, maka TIDAK MUSTAHIL isu sensitif murtad ini yg blh di popularkan utk tutup isu IC ini .

    (pd 4 bln lepas, pernah kawan baik saya doktor seorg berketurunan myanmar Islam, mendapat telefon pd jam 10 malam dari pihak JPN berhubung pemohonannya mendpt PR, dia cuma tersenyum namun tidak maklumkan apa yg blaku selps bjumpa dgn JPN- cuma komen, dia blh lama dan terus bmastautin di sini)

    AMBIL IKTIBAR apabila dakwah kristian begitu agresif pd org Islam sdgkan mrka tahu ada akta yg melarang. Duit dn bantuan sosial jd umpan, dan berjalanlah dakwah mrka. Kita org Islam nak buka mulut pd nonMuslim yg jd jiran atau rakan sekerja ttg Islam pun tak berani.

    Sebaliknya KITA HENTAM ORG KAFIR YG ADA SIFAT INSANI dan sentiasa pndg rendah pd mrka. Fikir dakwah pd Melayu, fikir dakwah pd bukan Melayu

    Moga NGO Islam memikirkan satu lujnah khas utk menangani isu permurtadan terarancang ini, paling tidak ada bdan yang sentiasa mendesak UMNO agar menggunakan kuasa mrka dlm isu ini

  9. fadli says:

    setuju dengan Pak Andak, pndgan org lama dan melihat dari pelbagai sudut. saya difahamkan UMNO Selangor ( sepupu saya org kuat UMNO Kapar)sudah mengerakkan jentera utk ‘hentam PR dlm isu ini, dan bila baca analisa dari Pak Andak, mugkin ada benarnya agenda lain yg tersembunyi membesarkan isu paling sensitif pd umat Islam.Saya jangka sehingga berakhir puasa, media massa BN akn memainkan isu ini dan akan mengutuk Kerajaan N S’gor utk raih simpati org Melayu menolak PR yg kononya tidak sensitif dgn isu ini. Surat layang sudah dicetak dan mereka sempat mencetak topeng muka TS Khalid Ibrahim, Hassan Ali dan Khalid Samad.

    Siapa yg mempolitikkan isu ini, jika bukan propadanda UMNO. Sedangkan krn UMNO yg berkuasa tetapi TIDAK PERNAH TEGAS DLM KES MURTAD sejak lama dahulu.

    Marilah NGO dan org Melayu lain mendesak kerajaan TEGAS akan isu nasional ini dan bukan di Selangor sahaja, kerana undang2 sudah termaktub. NGO pula jgn cepat sgt menuduh kerajan S’gor lambat dn sambil lewa, pd hal mereka spt org Islam lain yg sensitif akn isu murtad ini.

    JAIS mungkin silap dari segi teknikal, tetapi jgn dipolitikkan DAN INI ADALAH ISU UMAT ISLAM

  10. Islam For All says:

    Harap kita semua Renungi cerita dibawah pada pandangan saya KITA LEBIH SUKA MENGHUKUM DARI MELAKUKAN AMAL

    Kalau Hasan Ali seorang Hero beliau perlu MENGAMBIL BERAT KEPADA 12 ORANG TERSEBUT YANG TERPAKSA MEREMPAT MENGAHARAP IHSAN GEREJA (rujuk pula pengakuan seorang Ibu Tunggal yang terpaksa harap Ihsan Gereja)

    SAYA NAK TANYA SALAH GEREJA KA , ATAU KITA SEMUA INI TERMASUK SAYA YANG MENULIS MINTA MAAF SAYA KATAKAN KITA PUN KALAU BUAT DAKWAH KADANG PILIH BULU JUGA , CARI YANG CERDIK PANDAI DAH ADA FIKRAH ISLAM TAPI YANG MEREMPAT YANG MELARAT YANG TAK ADA FAHAM AGAMA YANG AMBIL PEDULU GOLONGAN GEREJA
    MUHASABAH LAH DIRI KITA INI

    Kisah Benar Melayu/ Islam Berlindung Di Gereja

    Baru-baru ini Harapan Komuniti – NGO yang menganjurkan majlis makan malam amal yang diserbu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lalu kerana didakwa ada kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam – tampil membuat penjelasan tentang apa yang berlaku pada malam tersebut.

    Pengarah eksekutif NGO itu – yang membantu golongan miskin dan ‘melarat’ dan penghidap HIV dan AIDS – Raymond Koh berkata majlis kesyukuran/makan malam amal itu dihadiri penderma, rakan-rakan serta penerima bantuan Harapan Komuniti” sebelum ia diserbu 30 pegawai penguatkuasa JAIS dan polis.

    Katanya, Harapan Komuniti adalah sebuah pertubuhan bukan keuntungan, yang berkhidmat untuk membawa kasih sayang, harapan, keamanan dan maruah kepada golongan yang memerlukan, orang miskin, kanak-kanak, wanita dan penghidup HIV dan AIDS.

    Sementara peguam mereka pula, Annou Xavier berkata Malaysia sepatutnya bernasib baik kerana mempunyai pertubuhan seperti Harapan Komuniti yang memberi “harapan” kepada golongan yang memerlukan, orang miskin dan golongan terpinggir.

    Bagaimanapun, katanya, pada “malam yang malang itu”, JAIS sebaliknya menyerbu majlis amal kesyukuran tersebut, atas andaian bahawa berlaku kes penukaran agama.

    Sejujurnya saya tidak mahu prejudis atau berprasangka kepada mana-mana pihak, apatah lagi sekiranya mereka mendakwa mereka melakukan kerja amal dan sebagainya.

    Cuma saya teringat pada satu peristiwa yang berlaku kira-kira dua tahun lepas di sebuah gereja yang terletak di atas bukit di Batu Arang, Rawang, Selangor.

    Ada pihak yang mendakwa ia bukanlah gereja daripada erti kata yang sebenarnya, tetapi sudah bertukar menjadi Rumah Perlindungan HIV yang dikendalikan sekumpulan mubaligh Kristian.

    Gereja ini juga dikenali sebagai White House (walaupun bentuknya jauh berbeza dari kediaman Presiden Amerika yang terletak di Washinton itu)

    Ia ada salib yang besar, setiap pintu bilik digantung gambar Jesus Christ, ada kata-kata yang dipetik dari buku Bible dan terdapat sebuah dewan syarahan besar yang penuh dengan lambang agama berkenaan.

    Mereka mendakwa mereka membantu para pesakit HIV/AIDS yang terbiar di jalanan, tanpa ada niat yang ‘terselindung’

    Ya, saya kagum dengan usaha itu.

    Cuma yang agak ‘menggerunkan’, hampir sebahagian daripada mereka yang berlindung di dalam premis itu adalah orang Melayu, orang Islam!

    Selama ini saya hanya mendengar ramai anak Melayu yang berlindung di dalam gereja, majoritinya mereka yang daif dan berpenyakit.

    Katanya ini kerana masyarakat Melayu atau Islam sendiri memandang keji terhadap golongan ini hingga mereka tidak tahu ke mana hendak mengadu.

    Akhirnya mubaligh Kristian membawa mereka ke rumah perlindungan atau gereja seperti di White House ini.

    Walaupun pihak gereja ada menyediakan bilik kecil yang mereka dakwa surau untuk membolehkan penghuni Islam beribadat, namun realitinya kehidupan penghuni Islam di situ tidak ada banyak bezanya dengan penghuni bukan Islam.

    Mereka tinggal di dalam bangunan yang dipenuhi mubaligh Kristian, mereka berkumpul di dewan ‘syarahan’ Kristian, dan bilik tidur mereka juga dihiasi dengan gambar Jesus seperti mana yang saya katakan tadi.

    Saya rasa penganut agama Kristian juga akan merasa tidak selesa sekiranya perkara itu terjadi kepada penganut mereka….apa perasaan mereka agaknya jika saudara seagama mereka tinggal di bangunan yang dipenuhi Ustaz, berkumpul di dewan solat dan tidur di bilik yang dipenuhi ayat suci Al-Quran yang bergantungan.

    Alhamdulilah, dengan inisiatif seorang guru agama terkenal, Ustaz Muhammad Amin, pada 13 Julai 2009, saya dan rakan-rakan serta sekumpulan NGO yang diketuai oleh Muhammad sendiri bertolak ke gereja berkenaan dengan berbekalkan satu misi- mengeluarkan semua pesakit Melayu dan Islam dari gereja itu.

    Setibanya kami di sana, kami disambut oleh Razak, antara penghuni Melayu yang telah lama tinggal di situ

    Masuk saja ke dalam gereja tersebut, bau kuat ubat terus menusuk hidung, ia seolah-olah sebuah ‘mini hospital’

    Di belakangnya telah menunggu tidak kurang daripada 20 orang anak-anak Melayu, kesemuanya pembawa virus HIV

    Melihat saja kelibat mereka, saya hampir menitiskan airmata, kesemua mereka yang berkain pelikat menyambut kami dengan wajah yang sedih dan sayu

    Ada yang bertongkat, ada yang berkerusi roda, ada yang sedang demam dan ada yang baru keluar dari wad

    Hampir sejam kami mendengar keluhan hati mereka, mendengar kisah bagaimana mereka dihina, disisih, didiskriminasi dan berbagai lagi oleh masyarakat sekeliling

    Pun begitu, mereka bersyukur kerana sekurang-kurangnya gereja tersebut sudi ‘mengutip’ mereka daripada terus menjadi sampah dalam masyarakat

    Selepas itu, kami berkesempatan bertemu dengan salah seorang paderi di situ, beliau ternyata cukup profesional dan melayan kami dengan tanpa rasa curiga

    Untuk pengetahuan anda, saya sebagai orang Islam sebenarnya sangat malu ketika berada di gereja berkenaan

    Bayangkan, walaupun saudara-saudara kita itu bukan dari agama mereka, tetapi saudara-saudara kita itu dilayan bak menatang minyak yang penuh

    Saudara-saudara kita itu dimandikan, diberi ubat, diberi makan sehingga ke peringkat dipakaikan lampin oleh petugas di gereja tersebut

    Saya tertanya pada diri sendiri, kenapakah kita tidak boleh jadi seperti mereka sedangkan agama kita juga adalah yang terbaik, kita ada al-Quran sebagai panduan, semuanya cukup lengkap tetapi sayang ia tidak diterjemahkan dengan baik oleh para pengikutnya

    Selepas kira-kira sejam di gereja tersebut, kami berjaya membawa keluar seorang demi seorang anak Melayu daripada gereja berkenaan, Alhamdulillah, paderi tersebut melepaskannya dengan rela hati.

    Saya berharap dalam membantu golongan yang memerlukan, sama ada kerana penyakit, kedaifan dan kemiskinan, kita sebagai umat Islam kena betul-betul membantu dalam erti kata yang sebenarnya.

    Agensi-agensi yang diberi amanah harus melaksanakan amanah mereka dengan bersungguh-sungguh.

    Adalah mudah untuk mencari kesalahan tetapi itu tidak akan menyelesaikan masalah, tindakan yang pro-aktif perlu disemai dalam setiap sanubari agar golongan sebegini dapat dibantu dalam menjalani kehidupan yang singkat ini

    Yang paling penting, sekiranya kita tidak mahu iman dan akidah saudara kita dipesongkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, kita sendiri terlebih dahulu kena memnghulurkan tangan dan menarik mereka keluar dari segala kesulitan ini.

    Saya masih ingat kata-kata Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Dr. Ab. Aziz Mohd. Zin

    Katanya memang ada kebenaran mengenai dakwaan pendekatan dakwah Islam lemah dari segi psikologi berbanding gerakan mubaligh Kristian.

    Kata Dr. Abd. Aziz, Ini kerana ramai pendakwah kita melihat kerja dakwah ialah menyebar agama kepada golongan sasar tanpa melihat keperluan dan keadaan diri mereka.

    Ini menyebabkan kalau keadaan itu sesuai dengan seseorang, ia akan diterima. Jika tidak, usaha itu akan gagal.

    Menurut beliau, pihak kristian misalnya melihat kepada aspek keperluan.

    Contohnya, gerakan kepada masyarakat orang Asli.

    Mereka akan duduk bersama golongan sasar bertahun-tahun lamanya bagi mengkaji cara hidup golongan ini.

    Mereka juga mempunyai satu pasukan lain untuk berdakwah kepada kumpulan sasar berdasarkan maklumat-maklumat kajian tadi.

    Pendekatan begini jarang dicontohi oleh pendakwah Islam.

    Selain itu, menurut Dr. Ab. Aziz, gerakan kristian mempunyai strategi suka mengambil peluang.

    Ia menyebabkan kumpulan sasar akhirnya termakan akibat ‘paksaan secara halus’.

    Mereka memberi perhatian kepada kebajikan dan menghulur bantuan kepada sesiapa yang memerlukan.

    Akhirnya, kumpulan sasar terpaksa terima. Jika tidak, masalah tidak selesai.

    Kesimpulannya jika kita tidak bertindak cepat dalam menangani permasalahan ini, jangan terkejut jika lebih ramai umat Islam di muka bumi ini akan menghuni pusat perlindungan seperti di White House…atau gereja…atau apa saja nama dan gelaran yang kita beri padanya!

    Inilah cerita saya. Bukan kisah dongeng. Bukan dusta semata. Wallahualam- Oleh SYAHRIL A. KADIR (Mynewshub.my)

  11. hikmah says:

    kenapalah orang islam kita ni lebih percaya dengan orang kafir berbanding dengan orang islam sendiri…pak andak, islam for all sama je. gaya komen seolah2 nak menyalahkan tindakan jais walhal dah terang2 jais bukan main serbu je tapi ‘mintak izin’ dulu utk masuk dan periksa. pastu dr hasan ali juga nak disalahkan. umno tu dah mmg org politik yg agendanya bukan utk tegakkan islam, so tak hairanlah kat situ isu ni nak dipolitikkannya. saya ibaratkan gini:

    mana orang yg kita rasa lebih kuat nak tegur?

    1. lelaki yg pakai kopiah yg sedang berdua2an dlm semak dgn perempuan bukan mahram atau

    2. lelaki melayu yg kita nampak pakai anting2 kat telinga buat menda yg sama?

    saya rasa rata-rata dari kita mesti rasa lebih berapi tengok lelaki yg pakai kopiah tu dan lebih rasa nak tegur dia. kenapa?

    1. sebab kita rasa dia lebih beriman sket dan ilmunya ttg islam lebih byk berbanding lelaki yg satu lagi

    2. sebab kita rasa dia akan bawa fitnah yg lebih besar pada islam sbb dia buat maksiat tapi lupa nak tanggal kopiah dulu kat kepala tu.

    seperti ustaz annuar dah komen, bila PAS sepakat dgn DAP yg bawa agenda Liberal, Najib makin berani canang agenda 1 malaysianya sbb merasakan bahawa pesaing terdekatnya buat menda yg seakan2 nampak sama. cuba kalau PAS tidak bersama DAP dan terus terang bawa agenda negara islamnya, sudah tentu UMNO akan bersaing buat menda yg sama. ya walaupun nampak cam x ikhlas sbb buat hanya kerana nak raih undi, tapi rakyat dapat rasa juga tempiasnya.

    rata2 masyarakat yg saya gaul di sekeliling dah taktau nak pangkah sape skrg ni sbb tak nampak beza sangat dah apa yg ni dabawa oleh PAS dan UMNO.nampak macam sama sbb dua2 sepakat dgn orang kafir..cuba fikir2kan

  12. hikmah says:

    untuk islam for all, cuba baca kenyataan di bawah:

    ISU PUJUKAN GEREJA: Jawapan MAINS terhadap Nur yang menerima bantuan dari Gereja.

    KENYATAAN AKHBAR
    Oleh:
    Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan ( MAINS )

    Laporan dirujuk:
    Laporan Muka Hadapan Berita Minggu ( m/s 6 )
    Bertarikh 7 Ogos 2011 ( Ahad )
    dan
    Laporan Harian Metro ( m/s 14 )
    Bertarih 7 Ogos 2011 ( Ahad )

    1. Pihak MAINS merakam rasa kesal dan amat dukacita diatas penyiaran berita yang tidak tepat, mengelirukan dan menemubual prasangka negatif masyarakat terhadap institusi pengurusan zakat di N.Sembilan dan di Malaysia amnya.

    2. Setelah siasatan dijalankan, pihak MAINS mendapati status Puan Nur sebagai ibu tunggal adalah tidak benar. Beliau mempunyai 4 orang anak dan suami yang bekerja tetap dengan gaji berjumlah RM 1,300 sebulan.

    3. Beliau dan suami pernah dibantu beberapa kali oleh Baitulmal N.Sembilan sejak 2006 sehingga kini. Tidak kurang dari 10,960.00 pelbagai jenis bantuan dalam bentuk tunai dan barangan makanan di salurkan.

    4. Beliau juga mendapat bantuan kanak-kanak (bulanan) sebanyak RM400.00 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat N.Sembilan sejak Januari 2011 dan suanminya turut bertanggungjawab menguruskan keprluan dan persekolahan anak-anak mereka.

    5. Pihak pengurusan MAINS sejak dari awal 2011 telah menasihatkan beliau agar tidak menerima bantuan gereja dan beliau insaf serta berjanji tidak akan menerima bantuan dari pihak berkenaan lagi.

    6. Siasatan juga mendapati selama ini bantuan berkenaan di beri atas dasar persahabatan beliau dengan rakan lama persekolahan yang bertugas di gereja berkenaan. Tiada bahan bacaan atau barang berkaitan agama Kristian yang di bekalkan kepada beliau atau suaminya untuk menukar agama atau murtad.

    7. MAINS juga mendapati Baitulmal N.Sembilan telah melayan semua permohonan dan menyalurkan bantuan kepada beliau secara profesional dan tidak timbul isu mencemuh, menghalau atau memarahi beliau secara keterlaluan. Baitulmal N.Sembilan melaksanakan inisiatif Indeks Kepuasan Pelanggan dan semua kaunter Baitulmal dirakam oleh kamera litar tertutup bagi memastikan tiada pelanggan yang tidak di layan dengan sewajarnya.

    8. Pihak MAINS berharap isu ini tidak dipanjangkan dan dipolemikkan sehingga menimbulkan ketegangan agama di kalangan masyarakat N.Sembilan dan Malaysia amnya.

    Sekian.

    Kamal Amran b. Kamarudin
    Setiausaha, Majlis Agama Islam N.Sembilan
    9 Ogos 2011 / 9 Ramadhan 1432

  13. akmalia says:

    Ambil iktibar daripada peristiwa ini, ketepikan segala perselisihan. Luruskan niat teguran sesama kita untuk memperbaiki kelemahan bukan untuk berbalah sesama sendiri Baca artikel ini supaya kita prihatin kepada masalah yg dihadapi oleh masyarakat sekeliling kita tanpa buang masa menegakkan pendapat masing2 sahaja!
    Sila baca—> http://mynewshub.my/bm/2011/08/11/melayu-berlindung-di-gereja-bukan-kisah-dongeng/

  14. hikmah says:

    contoh terdekat ialah apa yg berlaku antara kedua2 parti punya ketua pemuda. masing2 nak tunjuk hero siapa yg lebih kuat perjuangkan isu murtad ni.bukankah ini persaingan yg baik? walaupun hakikatnya kita tahu siapa yg ikhlas siapa yg tidak.tapi lebih baik macam ni dari tunjuk hero siapa paling jaga hati orang kafir.

    of course saya sokong apa yg ust nasruddin buat. macam ni lah yg kita mahukan.

  15. alKalam says:

    kisah dari Islam for all adalah kisah benar dan saya pernah mendengarnya…

  16. hikmah says:

    sy berterima kasih kpd mereka yg mengingatkan kita org islam perlu bekerja kuat utk dakwah masyarakat.sy nampak itulah yg isma buat.mcm islam for all buat dgn ngo yg selamatkan org melayu pd tahun 2009 tadi.tahniah..org politik skrg mmg kita xnampak boleh buat mcm tu walaupun ada kuasa.isu akidah ni sebahagian dari mereka ambil kesempatan demi nak menang pilihan raya..tahniah kpd org spt islam for all dgn usahanya bersama ngo tadi

  17. Islam For All says:

    Assalamualaikum

    Minta maaf pada hikmah yang prejudis pada orang politik, orang politik mana 2 ?, jangan kata kita ni JUARA`membela agama, kita adalah sebahagian dari batu-bata yang hanya sedikit sumbangan pada Islam ini. Mari kita lihat kepentingan orang Politik, Ada seorang bekas pimpinan UMNO berkata kalau tidak tekanan dari PAS dalam Parlimen maka UMNO tidak akan lihat isu-isu Islam ini
    Sekali lagi sifat ORANG MUDA jangan ingat kita dah buat Usaha Dakwah ini sekali lagi BACA APA YANG SAYA TULIS

    Saya bukan nak menyalahkan JAIS, saya menyalahkan SEMUA ORANG ISLAM KITA termasuk saya yang sedang menulis ini, tanya pada diri kita BETULKAH KITA TELAH LAKSANAKAN KEWAJIPAN KITA kepada MASYARAKAT

  18. kalamHitam says:

    setuju dgn Pak Andak..tindakan Jais spt BENAR DLM SALAH.

    Jadi salah apabila tidak bawa dokument utk masuk premis orang…Mmg benar dibuat rundingan, tetapi Jais tetap masuk sekejap dan masuk semula selps acara habis, dn tak kecuh….tetapi yg buat kecuh pd media ialah org gereja…..biasalah org dh tersepit….

    suka dgn saranan komentar, NGO Islam kena ‘lead’ isu murtad ini, dan jgn biarkan NGO yg ada bau politik kedepan dlm isu ini, spt yg tkini ditubuhkan anti Gerakan murtad, yg diterajui olh NGO yg pro UMNO

  19. syifa' says:

    kata hikmah- “rata2 masyarakat yg saya gaul di sekeliling dah taktau nak pangkah sape skrg ni sbb tak nampak beza sangat dah apa yg ni dabawa oleh PAS dan UMNO.nampak macam sama sbb dua2 sepakat dgn orang kafir..cuba fikir2kan”……ini pndgan peribadi, dn persepsi itu pula sejauh mana pergaulan anda serta apakah benar2 ikhlas beri pndgan dri kajian yg teliti

    …..dilain pihak pula UMNO rasa semakin gusar akn pengundi atas pagar yg tidak cenderung pd mrka….pilihan raya olok2 UMNO juga tlh mbygkan ketakutan mrka itu berasas.

    …..hujah dn fakta mesti diberi apabila menuduh DAP yg bawa agenda liberal yg sudah berjaya mpengaruhi Pas dn PKR. Juga sila beri hujah maksud liberal yg DAP bawa. Jika sekadar bcakap, samalah seperti UMNO membuat tuduhan yg sama demi meraih undi tanpa bukti yg jelas.

    Pres Isma sudah myebut Melayu bpecah dari segi politik pd 3 kumpulan besar..UMNO, Pas, PKR…TETAPI SEDARKAH atau TERFIKIR bahawa akan memecahkan lagi Melayu yg sudah agak cenderung pd PR tetapi dikelirukan olh propaganda menolak PR kerana tahaluf mrka dgn DAP.

    saya juga org tak berparti dan dok atas pagar sambil memrhati sekeliling.

  20. hikmah says:

    sy bergaul dgn org yg berlainan latar belakang.agenda liberal DAP rasanya xperlu sy ulas kat sini.dah byk yg menulis.mungkin boleh buat kajian sendiri dan itu akan lebih meyakinkan.tolong jgn tutup mata hati kita memandang kebenaran hanya kerana kita taat kpd sesuatu parti.ustaz annuar sendiri dah sertakan dalil dan syarak dlm thread lain.isma tiada kepentingan politik, tiada ahlinya yg akan ke parlimen.jadi penulisan2 org2 isma hanyalah utk sampaikan kebenaran dan memahamkan masyarakat apa yg sepatutnya mengikut syarak.

    Jgn risau, sy akan undi org pas tapi tidak org dap.depa kafir harbi yg patut diperangi.dr ridhuan tee yg sebangsa dan pernah seagama dgn kebanyakan depa pun mengakuinya.cuba bykkan membaca tulisan2 dari ngo dan peribadi2 yg tiada kepentingan politik.

  21. akmalia says:

    nampaknya hikmah tidak berbicara dengan penuh berhikmah. Macamana Islam nak menjadi rahmat kepada semua jika kita label semua orang non muslim ‘kafir harbi yang patut diperangi’. Ramai orang cina yang menjadi ahli DAP yang telah terpikat dengan nilai2 Islam apabila berlaku pendedahan dari ahli PAS melalui pakatan rakyat ini dan telah berjaya menjinakkan hati mereka pada kecantikan nilai2 Islam yang cuba ditonjolkan. Sejak bila pula Islam ini agama eksklusif untuk orang melayu di Malaysia…Contohi rasulullah dalam berdakwah dan pengurusan daulah islamiyah.

  22. Albab says:

    KEPADA MEREKA YANG ANTI MURTAD..MINTA BACA PETIKAN CERAMAH ZULKIFLI NORDIN INI.

    Ceramah Zul Kulim di perkarangan Masjid Shah Alam: 12 Ogos 2011

    ———————————————————————————————-
    Assalammu’alaikum para jemaah sekelian.
    Kita berkumpul hari ini bukan untuk kepentingan diri kita, bukan untuk
    kepentingan mana-mana pihak, tetapi demi agama kita, demi aqidah kita.
    Saya terkejut bila hari ini, pagi tadi, membaca mengenai rintihan
    Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Tantawi. Merintih bukan kerana
    beliau terpaksa berdepan dengan musuh-musuh Islam dikalangan al
    kafirun.
    Merintih kerana dia terpaksa berdepan dengan pimpinan dia sendiri,
    ahli dia sendiri yang menentang dia untuk mempertahankan akidah umat
    Islam.
    Apa nak jadi dengan umat Islam hari ini, kalau mereka yang mengaku
    hendak memperjuangkan Islam pun, akhirnya menjadi pengkhianat kepada
    agama sendiri.
    Inilah harga yang terpaksa kita bayar untuk mempertahankan akidah kita.
    Ada segelintir di kalangan orang Melayu yang sudah pekak, bisu dan
    buta mengatakan bahawa tidak ada bukti pihak gereja Kristian cuba
    memurtadkan orang Melayu.
    Saya terlibat secara aktif dengan kes-kes murtad berbelas tahun dah.
    Tuan-tuan masih ingat kes murtad Aisyah Bukhari, dimana penglibatan
    gereja, penglibatan mubaligh Kristian jelas dalam memurtadkan orang
    Melayu di negara ini sudah berlangsung begitu lama.
    Kes pertama memurtadkan orang Melayu melibatkan gereja berlaku pada
    tahun 1987, bilamana seorang paderi berbangsa yang pertama dinegara
    ini dilantik, iaitu disebuah gereja di Petaling Jaya.
    Nama Melayu paderi itu ialah Jamaluddin Osman.
    Beliau telah dikristiankan, bermula dengan apa yang berlaku seperti di
    gereja Damansara Utama; memberi bantuan kepada beliau, menolong
    beliau, mendidik beliau akhirnya Jamaluddin Osman menjadi paderi
    Melayu pertama ditabalkan di gereja Petaling Jaya dengan nama Father
    Joshua Jamaluddin.
    Sampai hari ini, beliau masih ada, dan kita tidak boleh bertindak
    terhadapnya. Kita lihat bagaimana pihak polis cuba mengambil tindakan
    dengan menahan beliau di bawah ISA, tapi kita lihat bagaimana pihak
    gereja dengan beberapa NGO termasuk Majlis Peguam yang hari ini di
    dokong oleh segelintir pimpinan PAS membantah dan mencabar kes
    berkenaan di mahkamah.
    Hari ini, Father Joshua Jamaluddin, muka macam kita, warna kulit macam
    kita, mungkin bersongkok,berbaju Melayu, tapi kerjanya dok
    mengkristiankan anak-anak Melayu.
    Pada tahun 1997, Nor Aisyah Bukhari sendiri dikristiankan dan
    bersembunyi disebuah gereja di Jalan Panchor Jaya, Rasah, Negeri
    Sembilan. Saya sendiri terlibat secara langsung dengan kes itu.
    Keluarga Aishah mendapat maklumat bahawa dia bersembunyi di gereja
    itu, lalu mereka pergi hendak menyelamatkannya. Sekali lagi kita
    melihat para kafirun dan NGO-NGO kafir bersatu dan menghalang keluarga
    dari mengambil Nor Aisyah Bukhari. Namun berkat usaha yang bersungguh,
    keluarga Aishah berjaya mendapatkan Aishah semula, tetapi hanya
    sementara sahaja.
    Pada bulan Ramadan 1997, pada hari pertama umat Islam berpuasa, sedang
    ayah Nor Aisyah, Haji Bukhari mengimamkan solat terawih di Masjid
    Taman Rimba Terjun, sekumpulan Kristian melancarkan operasi menculik
    Nor Aisyah dari rumah dia.
    Mereka berjaya membawa Aishah lari ke Singapura sehelai sepinggang,
    menyeberang tanpa passport, kemudiannya terus terbang ke Australia,
    sehingga ke hari ini Aishah tetap murtad dan berada di Australia.
    Pada tahun 1998, secara terbuka dan dengan penuh biadap kerana tidak
    ada tindakan dari kita, semakin lama semakin melampau, makin kurang
    ajar pihak kristian ini. Gereja Church of our Lady Fatima di
    Brickfield secara terang-terang memurtadkan seorang gadis Melayu
    bernama Azlina Jalani, yang akhirnya meletus menjadi kes Lina Joy.
    Gereja itu masih ada di situ, orang-orang yang terlibat
    mengkristiankan Lina Joy masih ada di situ. Lina Joy masih ada dengan
    kita di Subang Jaya. Mereka dengan penuh berani mengeluarkan sijil
    baptism Azlina, dan kita tidak mampu bertindak apa-apa!
    Melihat kedayusan dan kebaculan orang Melayu, mereka makin melampau.
    Apa yang berlaku di Damansara Utama Methodist Church sebenarnya adalah
    hanya tip of the iceberg, kita dah ada bukti jelas bahawa memang ada
    cubaan mendakyah orang Melayu.
    Aktiviti ini sudah berlangsung lama, namun kerana ada salah seorang
    dari mereka, di buka pintu hati oleh Allah memberikan maklumat
    terhadap kegiatan-kegiatan yang berlaku, maka pihak JAIS berjaya
    mengambil tindakan menyiasat dan mengenal pasti agenda dakyah kristian
    itu.
    Pihak JAIS sudah ada bukti-buktinya, dan insyallah pihak JAIS akan
    mengeluarkan laporan lengkap tentang dakyah yang dibuat.
    Baru-baru ini, beberapa orang umat Islam yang sensitif telah pergi ke
    beberapa kawasan tumpuan awam saperti KLCC dan terjumpa
    risalah-risalah Kristian, berbundle-bundle, ditinggalkan di tempat
    strategik, supaya mudah orang ambil.
    Saya pernah tanya anak-anak kecil apa risalah ini, mereka jawab dengan
    peniuh kepastian ianya komik kartun,. Ianya sebenarnya ialah Al-Kitab
    yang dikomikkan, penuh dengan penyalahgunaan kalimah ALLAH, dalam tu
    ada 72 perkataan Allah yang disalahgunakan.
    Ianya penuh dakyah yang cuba memesongkan aqidah anak-anak Melayu,
    kerana komik itu berbahasa Melayu!
    Digunakan bahasa, lakaran dan gambar yang anak-anak Melayu Muslim akan
    tertarik. Mereka makin biadap, makin kurang ajar,
    Kita tidak ada masalah dengan orang Kristian tapi kita ada masalah
    dengan mereka yang cuba menentang kita, mencabar agama dan aqidah
    Islam.
    Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan agama negara ini adalah
    agama Islam. Malahan diletakkan Islam sampai ke peringkat tidak boleh
    disentuh. Begitu istimewa dan tinggi agama Islam diletakkan di dalam
    Perlembagaan, sehinggakan kalau darurat diisytiharkan, Parlimen
    digantung dan undang-undang lain dimansuhkan, tetapi jelas disebut
    agama Islam tidak boleh disentuh!
    Para jemaah sekelian, isu ini bukan isu politik, ia bukan isu
    kepartian, ia tidak ada kena mengena dengan UMNO atau PAS, tetapi ia
    ada kena mengena dengan kita orang Islam. Ini isu umat Islam, tak kira
    apa fahaman atau parti politik yang dianutinya.
    Ini isu kita! Isu umat! Yakinlah, jika kita umat Islam tidak berbuat
    apa-apa hari ini, lima tahun ke depan, 10 tahun ke depan, kita semua
    akan membayar dengan harga yang mahal terhadap serangan aqidah dan
    cubaan memurtadkan umat Islam ini. Jangan terkejut kalau ahli
    keluarga, anak isteri saudara yang terbabit kelak!
    Ayah Aishah, Haji Bukhari; ayah Azlina, Haji Jailani; ayah Jamaludin,
    Haji Osman, tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka satu hari
    nanti anak mereka akan murtad.
    Tetapi hakikatnya anak-anak mereka telah murtad, keluar daripada agama
    Islam, dan memeluk Kristian. Ini adalah kerja terkutuk gerakan
    missionary Kristian la’natullah yang makin melampau akibat kedayusan
    dan kelesuan kita sendiri.
    Ayah Aishah membayar harga yang mahal! Ayah Azlina membayar harga yang
    mahal! Ayah Jamaluddin membayar dengan harga yang mahal! Apakah
    saudara semua bersedia untuk membayar dengan harga yang sama!!!
    Saudara para jemaah sekelian.
    Kaum kafir ini sedang mengambil kesempatan atas perpecahan umat Islam
    dalam negara hari ini. Pernah satu pepatah kafir menyebut, “pecahkan
    mereka, dan kamu akan berkuasa dan menguasai!”.
    Saudara para jemaah, kaum kafir ini tidak memahami bahasa diplomasi,
    mereka tidak mengerti bahasa tolak ansur. Mereka perlu diajar dengan
    bahasa yang mereka faham, bahasa yang mereka takut lagi kecut: bahasa
    jihad fi-sabilillah! Marilah kita bangkit berjihad. Mari kita jadikan
    diri kita tentera ALLAH. Dan kita mulakan dengan bersatu padu di atas
    tali ALLAH.
    Sebab itu saudara-saudara, ambillah keberkatan bulan Ramadhan ini.
    Bulan Ramadan ini, bulan berlakunya Badar, bulan di mana umat Islam
    dulu sanggup berperang untuk mempertahankan aqidah. Marilah kita
    bersama-sama ketepikan sentimen politik, assobiyah kepartian. Marilah
    kita bersatu berjuang mempertahankan aqidah Islam.
    Kita bangsa dan umat yang punya satu Tuhan, satu Nabi, satu Kitab,
    satu Qiblat; mengapa kita tidak boleh jadi satu bersatu dan berpadu
    menjadi Satu Umat.
    ALLAH hu akbar! ALLAH hu akbar! ALLAH hu akbar!
    Wallahua’lam & Wassalam.
    # Ucapan YB Zulkifli Noordin, di Masjid Sultan Salhuddin Abdul Aziz
    Shah, Shah Alam, 12 Ogos 2011

  23. hikmah says:

    saya tak kata semua non-muslim kafir harbi.sy kata dap yg kafir harbi.sy tak juga kata semua ahli2nya kafir harbi tp mmg yg diperjuangkan oleh badan dap tu perjuangan kafir harbi.kalau nak tunjuk qudwah pd non muslim jgn sampai lupa tunjukkan qudwah yg baik sesama muslim juga ;)

  24. Khalid says:

    kalau anda kenal siapa Zulfifli Nordin, anda tak akan tergamak forward ucapannya disini!

  25. ensem says:

    kepada akmalia.

    Minta sertakan bukti DAP telah terpikat dengan nilai2 Islam.
    Rasanya kalau ada seorang pon yang masuk Islam dari DAP akan diheboh2kan tp tiada.
    Kerana dalam hal ni, politik lebih memainkan peranan so tak pelik kalau Karpal kata
    boleh dibincangkan hanya utk kesatbilan politik.

    Bukankah kita telah melihat politik harini mmg camtu hatta mana pihak sekalipon. Politik
    putar belit. Ima UMNO atau yang lain.

    Jadi saya berharap umat ini meletakkan neraca timbangan dengan neraca akidah Islam. Bukan hanya human right atau kebebasan bersuara. Memang ada dalam Islam tapi Islam tak terima bulat2.

    Wallahua’lam.

  26. Albab says:

    GERAKAN KERISTIAN BERJAYA MEMPENGARUHI ANAK-ANAK MELAYU KITA!

    Kisahnya datang daripada seorang cikgu sekolah rendah, berbangsa India (Cikgu S) yang amat prihatin kepada anak-anak muridnya. Satu petang beliau mencari nombor saya dan menghubungi saya di pejabat.
    Cikgu S berkata kepada saya: “Saya terkejut apabila mendapati beberapa anak murid saya berbangsa Melayu dan beragama Islam murid Tahun 1 dan 6 boleh menyanyi dengan semangat lagu memuji kebesaran Nabi Isa.

    “‘Mereka menyanyikan lagu Yes, I know Jesus loves me dengan begitu bersemangat lagi. Mereka juga menyanyikan lagi Hari Ini Ku Rasa Bahagia yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib. Saya terkejut bagaimana murid-murid ini boleh menyanyikan lagu-lagu itu?

    “Malah mereka juga boleh bercerita kisah-kisah Nabi Isa dengan lancar sekali serta mengenai kisah Nabi Isa disalib.”

    Itulah antara pendahuluannya kepada saya. Anak-anak murid cikgu ini adalah anak-anak Melayu miskin yang tinggal di kawasan setinggan di Jalan Klang Lama dalam kawasan Parlimen Seputeh.

    Setiap hari Ahad, anak-anak miskin Melayu beragama Islam ini akan ke kelas tuisyen yang diberikan percuma oleh sekumpulan pemuda-pemudi bukan berbangsa Melayu di kawasan itu. Pemuda-pemudi itu dikatakan pendakwah Kristian yang menjalankan kelas-kelas percuma untuk kanak-kanak itu.

    Asal matlamatnya ialah untuk mengajar bahasa Inggeris. Maka, ibu bapa yang melepaskan anak-akan mereka itu yakin itulah yang diajar oleh pemuda-pemudi itu.

    Namun, akhirnya secara kebetulan cikgu sekolah bernama Cikgu S itu dapat mengesan bahawa anak-anak muridnya sudah hafal dengan lagu-lagu berunsur Kristian yang memuji kebesaran Jesus Christ (Nabi Isa). Memanglah lagu-lagu itu dilagukan dalam bahasa Inggeris.

    Bagi ibu bapa miskin yang tidak faham dengan bahasa orang putih itu, mereka tidak akan sedar bahawa lagu-lagu yang dinyanyikan oleh anak-anak kecil mereka itu ialah lagu keagamaan yang berlawanan dengan agama asal mereka.

    Cikgu S yang mengajar anak-anak murid di sebuah sekolah kebangsaan di Jalan Kuchai Lama itu tersedar bahawa ada anak muridnya yang boleh menyanyikan lagu Inggeris tersebut.

    “Saya terkejut kerana murid itu boleh menyanyikan lagu Nabi Isa. Saya mengajukan kepada pihak sekolah mengenai penemuan itu dan kepada cikgu-cikgu agama sekolah.

    “Saya juga mengambil inisiatif menghubungi pejabat agama Islam untuk memaklumkan mengenai perkara ini. Bagi saya ia adalah serius.”

    Cikgu S turut merungut kerana pihak pejabat agama Islam tidak respons cepat kepada aduannya itu. Beliau seterusnya menghubungi ke pejabat-pejabat lain, termasuklah kepada pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Mungkin Cikgu S tidak dilayan kerana mereka mahu cepat ke Bazar Ramadan!

    Saya bertanya kepada Cikgu S mengapa cikgu begitu mengambil berat mengenai hal ini, sedangkan beliau bukan orang Islam dan berbangsa Melayu?

    “Saya bangkitkan ini atas kesedaran bahawa apa yang dilakukan kepada anak-anak murid saya itu adalah satu kesalahan moral dan ia adalah tidak patut dan tidak adil berlaku kepada mereka.

    “Sebagai seorang guru, anak-anak murid saya yang masih mentah ini tidak patut diterapkan dengan unsur-unsur Kristianiti oleh sesiapa pun. Biar orang sedar murid-murid saya menjadi mangsa ini…”

    “Saya sedar mengenai perkara ini pada hari Jumaat dua minggu lalu dan dilihat tiada tindakan yang dibuat, walaupun aduan telah dibuat kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Pelajaran Negeri.”

    Malah Cikgu S juga turut menelefon sahabat baiknya, Ridhuan Tee Abdullah mengenai perkara ini.
    Ridhuan Tee di dalam blognya, http://ridhuantee.blogspot.com menulis: ‘‘Saya mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh murid tersebut dengan teliti melalui telefon bimbit guru tersebut yang diserahkan kepadanya. Ternyata, anak kecil yang masih mentah dan tidak berdosa ini telah dicorakkan oleh guru Kristian tersebut melalui kelas tuisyen.

    “Tindakan guru tuisyen benar-benar keterlaluan dan amat kurang ajar. Saya amat mengharapkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas sebelum nasi menjadi bubur. Cukuplah dengan beberapa orang yang telah dimurtadkan secara berani seperti Aishah Bukhari, Azlina Jailani dan sebagainya.”

    Namun semasa kolum ini ditulis, saya difahamkan pihak sekolah telah menghantar satu laporan lengkap kepada Jabatan Pelajaran untuk tindakan susulan.

    Menurut Cikgu S, hasil siasatannya dengan murid-murid itu, dia diberitahu cara pengajaran yang dilakukan oleh pemuda-pemudi itu cukup menarik malah kanak-kanak itu turut dibawa membeli-belah, berkhemah dan berjalan-jalan.

    Bagi saya apa yang berlaku di kelas tuisyen di sebuah rumah itu merupakan satu gerakan halus. Ia bukan dilakukan secara suka-suka. Begitu juga yang berlaku di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya minggu lalu. Ia bukan berlaku secara kebetulan, tapi dirancang dengan begitu tersusun.

    Matlamatnya ialah untuk menembusi akidah orang Melayu beragama Islam yang selama ini sukar ditembusi. Itulah sebabnya apabila orang Melayu Islam berpecah, maka unsur-unsur ini akan masuk sedikit demi sedikit ke dalam sistem umat Islam.

    Persoalannya di mana NGO-NGO Islam kita yang kononnya kuat dan Islamik itu? Malangnya mereka ini lebih kuat berpolitik daripada menjalankan kerja-kerja dakwah yang sebenar.

    Tahukah anda bahawa gerakan Kristian ini bukan sahaja bergerak secara agresif di negara ini, tapi juga melangkaui sempadan. Gerakan mereka ini tidak kelihatan dengan imej-imej pakaian ala berkopiah putih, tabligh atau purdah, tapi cukup halus.

    Mereka juga membuka kelas-kelas bahasa Inggeris dan muzik di beberapa negara lain, termasuk di Vietnam, Kemboja, Indonesia. Namun ia bukan kelas bahasa Inggeris atau muzik yang biasa, niatnya ialah untuk menerapkan agama mereka.

    Siapa sebenarnya yang salah dalam hal ini? Mana perginya Persatuan Mahasiswa Islam dan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) yang garang itu. Tapi mereka hanya garang kepada pemerintah kerajaan, yang bagi mereka itu tidak kena, ini tidak kena. Mengapa tidak dilakukan kerja-kerja sosial seperti yang dilakukan oleh gerakan Kristian itu?

    Jika dulu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat aktif, tapi kini ia nampaknya longlai.
    Pas, kini bukan Pas dulu lagi. Perjuangannya kini sudah jauh melencong, sehingga sanggup menggadaikan perjuangan demi hal-hal politik yang keterlaluan. Pas kini sanggup menghalalkan cara untuk mencapai matlamatnya.

    Saya pernah syorkan UMNO menubuhkan sayap ulamanya supaya satu rangka kerja sosial dakwah dapat dijalankan dengan lebih tersusun.

    Jika Pas sudah gagal, maka UMNO sebagai parti Islam Melayu ulung harus mengambil tugas itu. Tidak dinafikan usaha UMNO melalui kerajaan telah banyak menyebarkan syiar Islam di negara ini, tapi usaha kerja-kerja sukarela harus diperkuatkan supaya gerakan halus tersebut dapat ditangani.

    Semasa saya menaip tulisan ini, saya menerima teks SMS daripada Cikgu S. Mesej beliau cukup menyentuh perasaan. Saya berharap dalam bulan Ramadan Al-Mubarak ini ia dapat membuka mata kita semua Melayu Islam: SMSnya berbunyi:

    ‘‘Terima kasih kerana mengambil serius tentang isu ini. Tahniah saya ucapkan. Saya sebagai Guru dan Anak Malaysia, sangat berharap agar tindakan tegas diambil demi menyelamatkan anak-anak kita yang diibaratkan sebagai ‘KAIN PUTIH’.

    “Dengan bukti KUKUH ini, saya berharapan tinggi agar pendedahan ini akan dapat juga membuka mata umat Islam yang berpecah-belah kerana gilakan kuasa politik dengan terlepas pandang anasir di luar sana yang ‘SEDANG’ mengambil kesempatan ini terhadap anak-anak kita yang tidak berdosa.

    “Dengan bukti kukuh ini juga biar dunia tahu tentang kesucian agama ISLAM, agama rasmi negara kita yang kita cintai. Semoga saudara diberkati. Salam 1Malaysia. Cikgu S.”

    Benarlah sabda Rasulullah SAW dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Setiap anak dilahirkan bagai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkan sama ada menjadi seorang Yahudi, Nasrani atau Majusi.”

    Namun dalam hal ini adakah salah ibu bapa yang miskin dan daif itu, atau salah kita semua…?