ISMA Seremban hulur bantuan kepada keluarga memerlukan
Ketua Wanita ISMA Seremban, Dr. Zainon Yahya menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.
SEREMBAN, 13 Ogos – ISMA Seremban meneruskan lagi usaha membantu masyarakat di bulan Ramadhan kali ini dengan penyerahan sumbangan Program Semaian Kasih kepada keluarga-keluarga yang memerlukan di sekitar daerah Seremban.
Untuk penyerahan sumbangan fasa pertama, ahli-ahli ISMA yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan telah menziarahi kira-kira 10 buah keluarga fakir miskin di kawasan Panchor, Paroi dan Senawang.
Program Semaian Kasih ini merupakan acara tahunan ISMA Seremban di bulan Ramadhan bagi menggalakkan masyarakat bersedekah dan saling membantu. Sumbangan yang diterima daripada orang ramai disalurkan terus kepada golongan yang memerlukan.
Selain golongan fakir miskin, Program Semaian Kasih kali ini menyasarkan bantuan kepada pesakit di wad kanak-kanak Hospital Tuanku Jaafar serta sumbangan kerusi roda kepada penerima yang memerlukan.
Sumber: Laman Web ISMA Negeri Sembilan


