|

ISMA Dungun dekati golongan kurang bernasib baik

DUNGUN, 30 Julai – Di ambang Ramadhan 1432H, ISMA Dungun dengan kerjasama PEMBINA Dungun telah menganjurkan Program Sumbangan Ramadhan kepada anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, OKU dan fakir miskin di sekitar Dungun. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para sukarelawan terutamanya dari golongan beli.a

Maklum balas dari para sukarelawan, mereka amat teruja dan gembira untuk sama-sama menyumbang dalam amal kebajikan ini. Ada antara mereka yang mengharapkan agar lebih banyak lagi program-program berunsur kebajikan dapat dianjurkan ISMA Dungun. Secara keseluruhannya, objektif program ini untuk menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan dan memupuk sikap kesukarelawan di kalangan ahli dan para sukarelawan telah tercapai. 

1 Komen untuk entri “ISMA Dungun dekati golongan kurang bernasib baik”

  1. srs says:

    tahniah isma dungun. teruskan berjasa utk ummah!