Idea luar gugat Islam
SHAH ALAM – Pemimpin politik di negara ini seharusnya mencari idea dan memilih sistem politik yang tepat, bersesuaian dengan populasi rakyat bukan menceduk sistem barat seperti liberalisme demokrasi.
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, sikap suka membawa masuk idea luar dalam negara menyebabkan Islam semakin lemah dan kian dimanipulasi musuh.
Menurutnya, sistem liberalisme demokrasi yang memperjuangkan hak sama rata menyebabkan keistimewaan dan hak Islam sebagai agama rasmi tercabar.
“Keadaan politik di Malaysia menyebabkan berlakunya percanggahan pendapat dan berlaku kekeliruan bertindak sama ada memihak perjuang Islam atau rakan sekutu.
“Permasalahan dalaman perlu diselesaikan terlebih dahulu bukan mempolitikkan agama untuk kepentingan peribadi sehingga memecah belahkan bangsa,” katanya, semalam.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan cabaran mendaulatkan Islam dari perspektif pertubuhan bukan kerajaan pada ‘Seminar Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Negara’ (Semaian) di Masjid Negeri di sini semalam.
Seminar sempena sambutan Nuzul Quran itu dianjurkan bersama Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) dan Dewan Amal Islami (Damai) di Masjid Negeri, semalam.
Hadir sama ke seminar itu ialah Pengerusi Pembela, Yusri Mohamad dan Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abd Wahid.
Abdullah Zaik berkata, sistem liberalisasi yang mengurangkan peranan kerajaan dan membiarkan masyarakat mengurus sendiri pemerintahan menjadi kegemaran pihak yang berhasrat menghapuskan Islam.
“Tidak kesemua pemikiran liberalisme ditolak tetapi falsafah dan agenda yang terdapat dalam sistem itu merosakkan agama sehingga menganggap Islam sama taraf dengan agama lain.
“Lebih memburukkan keadaan apabila individu yang memperjuangkan agama di anggap sebagai pengganas dan ekstremis,” katanya.
Beliau berkata, sewajarnya undang-undang Islam berada paling tinggi dalam perlembagaan dan sekiranya tidak dapat dilakukan cukuplah jika kuasa yang ada dipertahan agar tidak terus lemah di mata musuh.
Sumber: Sinar Harian Edisi Selangor, 18 Ogos 2011


Idealogi dari luar adalah cerita lama, orang luar ( British dan Jepun) lama menjajah kita, sehingga minda orang dalam sudah sama seperti orang luar. Malah idea dari luar itu sebenarnya juga dibawa oleh orang dalam. Demokrasi Liberal juga bukan perkara baru, ianya wujud sebelum dan selepas Malaysia merdeka.
Oleh kerana idea liberal, PM Pertama Malaysia membenarkan kerakyatan semua bangsa selain Melayu sebagai rakyat Malaysia. BN sudah lama berliberal ketika bersama parti kompenan. 1 Malaysia adalah idea liberal. Dalam UMNO idea liberal sudah lama wujud. PKR juga ada unsur liberal. Manakala Pas dituduh amalkan liberal bila bgabung dgn DAP. Saya yakin maksud ‘ idea dari luar’ ini merujuk kepada tindakan Pas bersama DAP. Persoalannya sejauh mana kita faham akan demokrasi liberal itu? Jika semua parti politik dlm Malaysia mempunyai idea liberal ini, maka kita dimana, kerana politik punya kuasa besar mcorak rakyatnya.
Liberal di atas tidaklah ditujukan secara direct kepada PAS-PKR.
Ia dilontar secara umum supaya masyarakat berfikir akan kesan buruk jika arus luar ini tidak disekat.
Sudah pasti jawapan kepada penyelesaian umat pada hari ini adalah dengan kembali kepada pengamalan Islam 100%. Inilah akidah kita.
Laksanakan Islam sepenuhnya, bukan juzuk-juzuk, kerana selain Islam itu adalah kafir.
Maka, dengan idea yang dilontarkan oleh ISMA janganlah dianggap sebagai panahan yang menikam bahkan sebagai peringatan kepada umat seluruhnya.
saya rasa telahan ‘mualim’ itu adalah kesinambungan dari penulisan beberapa tulisan pimpinan Isma yang makin cenderung menulis dan mengulas isu politik tanahair….syabas pada Isma kerana semakin melangkah dan ambil tahu tentang politik.
Saya sangat setuju dengan cadangan dari beberapa komentar, iatu pada KETIKA INI AGAR Isma berehat dahulu dari memberi nasihat pada Pas supaya mereka membubarkan gabungan dengan DAP.
Saya ingin membuat cadangan agar Isma mulakan semula secara TERSUSUN lagi MANTAP selepas PRU ke!3 nanti. Pas sdg sibuk dengan persiapan PRU, maka nasihat itu sudah barang tentu sukar untuk dipertimbangkan. Jika dapat buat kajian terhadap PKR, itu lebih baik.
Saya juga mencadangkan agar ISMA dapat menyediakan kertas kerja yang mantap utk mengenepikan DAP sebagai rakan gabungan Pas. Buat kajian yang mendalam tentang DAP dahulu dan DAP sekarang. Dan juga saya cadangkan Isma membuat kajian tentang UMNO secara mendalam, UMNO dulu dan UMNO sekarang, dan bentangkan mengapa Pas mesti bergabung dengan UMNO.
Saya juga berharap kajian terperinci itu boleh disiarkan dlm website ini. Moga kajian yang terperinci itu nanti akan memudahkan perbincangan, kerana saya yakin Pas juga sudah ada kajian tentang DAP…..Moga Isma berjaya dlm misi menyatukan umat Melayu ini