Aman Palestin taja sahur & buka puasa di Masjid Al-Aqsa
BANGI, 23 Ogos – Aman Palestin Berhad telah melaksanakan projek sahur dan berbuka puasa di Masjid Al-Aqsa untuk 2 hari, iaitu pada 18 dan 20 Ogos lepas.
Menurut Pengerusi Eksekutif Aman Palestin, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, sebanyak USD 30,000 telah diperuntukkan untuk tujuan itu di mana dianggarkan seramai 1,500 rakyat Palestin mendapat faedah daripadanya.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah memberi sumbangan melalui Aman Palestin khususnya dalam bulan Ramadhan kali ini.
Tajaan sahur dan berbuka puasa di Masjid Al-Aqsa tersebut merupakan salah satu projek Ramadhan di bumi Palestin yang dilaksanakan oleh Aman Palestin pada tahun ini.
Untuk melihat lebih banyak foto, layari laman Facebook Aman Palestin (Palestine Office) di sini.




