Utama » August, 2011 Entri dipos pada “August, 2011”

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1432H

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1432H

Presiden ISMA dan seluruh Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat seluruh rakyat Malaysia samada yang berada di dalam negara atau di perantauan. Mudah-mudahan sambutan Hari Raya pada tahun ini benar-benar bermakna kepada kita semua, terutamanya bagi mereka yang dapat menyempurnakan ibadah puasa dengan jayanya.

August 31 2011 | Dipos di dalam Berita Utama | Baca Selanjutnya »

Perutusan Presiden ISMA Sempena Aidilfitri 1432H

Perutusan Presiden ISMA Sempena Aidilfitri 1432H

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd.
Alunan takbir dan tahmid mengenangkan kita kepada sejarah keagungan dan kemegahan Islam, apabila umat Islam berkuasa dan berjaya menundukkan tentera ahzab, satu titik permulaan kepada siri pembukaan Islam sehingga Islam berjaya mengusai dua pertiga dunia.
Allah Maha Besar, tiada yang boleh mengalahkanNya, Dia yang telah memenangkan tentera [...]

August 29 2011 | Dipos di dalam Berita Utama | Baca Selanjutnya »

Iftar SPKGD perkukuh hubungan pimpinan-pimpinan anggota sekretariat

Iftar SPKGD perkukuh hubungan pimpinan-pimpinan anggota sekretariat

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Satu majlis berbuka puasa yang menghimpunkan pimpinan-pimpinan anggota Sekretariat Persefahaman dan Kerjasama Gerakan Dakwah (SPKGD) telah berlangsung di Dewan Tun Hamdan Sheikh Tahir, Menara Wisma Sejarah hari ini.
Menurut Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, majlis ini diadakan bagi merapatkan lagi hubungan antara pimpinan anggota-anggota sekretariat dan [...]

August 29 2011 | Dipos di dalam Aktiviti, Berita Utama | Baca Selanjutnya »

Aman Palestin taja sahur & buka puasa di Masjid Al-Aqsa

Aman Palestin taja sahur & buka puasa di Masjid Al-Aqsa

BANGI, 23 Ogos – Aman Palestin Berhad telah melaksanakan projek sahur dan berbuka puasa di Masjid Al-Aqsa untuk 2 hari, iaitu pada 18 dan 20 Ogos lepas.
Menurut Pengerusi Eksekutif Aman Palestin, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, sebanyak USD 30,000 telah diperuntukkan untuk tujuan itu di mana dianggarkan seramai 1,500 rakyat [...]

August 29 2011 | Dipos di dalam Palestin | Baca Selanjutnya »

Dua individu terima sumbangan Semaian Kasih ISMA Seremban

Dua individu terima sumbangan Semaian Kasih ISMA Seremban

Dr. Anayasmin menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.
SEREMBAN 2, 15 Ogos – Program Semaian Kasih anjuran ISMA Seremban pada tahun ini diteruskan lagi dengan penyerahan sumbangan kepada dua individu yang tinggal di kawasan Seremban 2.
Penerima pertama, Puan Umi Kalsom yang merupakan seorang ibu tunggal manakala penerima kedua ialah adik [...]

August 28 2011 | Dipos di dalam Aktiviti | Baca Selanjutnya »

Peranan humanisme & bahayanya kepada jatidiri ummah (Bhg. 1)

Peranan humanisme & bahayanya kepada jatidiri ummah (Bhg. 1)

PENDAHULUAN
Apakah yang menyebabkan umat Islam semakin jauh daripada agama? Adakah wujud agenda tersembunyi yang sedang cuba menjauhkan umat Islam daripada al-Quran dan agamanya? Ataupun kelalaian umat berlaku tanpa sengaja dan secara semulajadi tanpa ada sebab dan musabab? Siapakah yang untung apabila umat Islam berada dalam kucar kacir, tiada agenda hidup, mengharapkan bantuan dan belas ehsan [...]

August 28 2011 | Dipos di dalam Kolumnis | Baca Selanjutnya »

Generasi pertama AIM berangkat ke Mesir

Generasi pertama AIM berangkat ke Mesir

SEPANG, 20 Ogos – Seramai 8 belia dan 4 beliawanis yang majoritinya terdiri daripada generasi pertama Akademi Ikatan Muslimin (AIM) selamat bertolak ke Mesir pada pukul 3.15 pagi tadi bagi menyambung pembelajaran mereka di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pemergian mereka diraikan dengan kehadiran lebih 40 pelajar generasi kedua AIM 2011 bersama tenaga-tenaga pengajar [...]

August 24 2011 | Dipos di dalam Komuniti | Baca Selanjutnya »

Perutusan Presiden ISMA Sempena Nuzul Quran 1432H

Perutusan Presiden ISMA Sempena Nuzul Quran 1432H

Bismillahi walhamdulillah. Wassolatu wassalam ‘ala Rasulillah s.a.w., waba’du.
Muslimin dan muslimat yang berbahagia,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Segala puji dipanjatkan kepada Allah SWT kerana telah memberi kita peluang sekali lagi untuk berada di bulan Ramadan yang mulia. Setinggi-tinggi kesyukuran juga dilafazkan kerana kita sudah memasuki satu pertiga Ramadan yang terakhir yang dijanjikan padanya pembebasan dari azab api neraka.
Pada 17 [...]

August 23 2011 | Dipos di dalam Berita Utama | Baca Selanjutnya »

Erti Ramadhan untuk pejuang

Erti Ramadhan untuk pejuang

Rata-rata umat Islam di Malaysia, guru-guru yang memberi tazkirah mengajak umat Islam menghidupkan amal ibadah di bulan Ramadhan untuk mengejar pahala yang berlipat ganda yang dijanjikan Allah SWT.
Bagi seorang mujahid Ramadhan adalah kurniaan Rahmat Allah yang terlalu bernilai harganya kerana kejayaan dan kemenangan dunia hanya diberikan Allah kepada golongan muttaqin. Kemenangan [...]

August 23 2011 | Dipos di dalam Kolumnis | Baca Selanjutnya »

Isu JAIS untuk alih fokus dari dakyah Kristianisasi

Isu JAIS untuk alih fokus dari dakyah Kristianisasi

BANGI, 22 Ogos – Isu-isu yang melibatkan badan berkuasa Islam seperti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sememangnya menjadi tumpuan musuh-musuh Islam yang mahu merosakkan imej institusi Islam ini melalui peranan media massa.
“Oleh itu, sebarang perbincangan berlebihan mengenai imej JAIS dan badan seumpamanya, walaupun secara positif dengan cadangan-cadangan membina, sebenarnya selari dengan hasrat musuh Islam [...]

August 22 2011 | Dipos di dalam Berita Utama, Tempatan | Baca Selanjutnya »