Pendirian tegas bukti ISMA bawa agenda tersendiri
PETALING JAYA, 16 Julai – ISMA mengambil pendirian tegas dalam satu-satu perkara bagi menunjukkan kepada masyarakat bahawa ISMA adalah satu organisasi yang membawa agenda tersendiri.
“Bukan matlamat kita untuk mendapat restu mana-mana pihak tetapi hanya redha Allah yang kita cari.”
Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata demikian di hadapan hampir 150 orang perwakilan yang menghadiri Mesyuarat Perwakilan Khas ISMA 2011 di Universiti Malaya hari ini.
Menurut beliau, isu Bersih yang berlaku baru-baru ini memperlihatkan bagaimana ISMA berjaya mengeluarkan satu kenyataan yang pertengahan dan menyeluruh, untuk menunjukkan bahawa ISMA tidak memihak kepada mana-mana pihak.
“Walaupun terdapat segelintir pihak yang kurang bersetuju namun terbukti lebih ramai lagi yang menyokong pendirian ini.”
Ustaz Abdullah Zaik mengemukakan harapan agar dalam tempoh 2-3 tahun akan datang, ISMA dapat berkembang sebagai suatu kekuatan atau harapan baru untuk umat dengan membawa agenda perubahan berteraskan Islam.



Semoga tidak terlalu berlainan, sehingga ditolak oleh majoriti, sptmana puak khawarij yg mahu bersendiri. JIka mengatakan dlm isu Bersih, Isma tidak berpihak kemana2 pihak-ini kenyataan yg silap bila di dlm akhbar Sinar, sangat jelas sekali Isma menentangnya ( mgkin pendapat peribadi Ketua Wanita). Saya sngat setuju dari komentar lain yg meminta Isma tumpukan pada dakwah dan bukan isu berbau politik. Semua org boleh bercakap, cuma biarlah bila sudah mantap berorganisasi.
Tahniah….ISMA tidak perlu melangkah mengikut pukulan gendang yang dipalu oleh parti2 politik. Dengan manhaj tarbiyyah yang mantap…ISMA sebenarnya sudah menjadi sebuah organisasi yang bukan hanya mantap bahkan sudah sedia matang….sebab ISMA sentiasa didasari oleh qaedah-qaedah syara` yang jelas dalam membuat apa-apa pandangan dan keputusan
Isma sudah pun mengikut gendang yang dipalu oleh parti politik, buktinya bila mendakwa DAP menguasai PR dan berleluasanya liberalisma dlm PR, ini paluan gendang siapa? sesiapa sahaja pun boleh memalu gendang, tetapi adakah bunyinya sekadar membinggitkan atau bunyinya ada irama? Paling ditakuti bila gendang yang binggitkan telinga itu dikatakan berirama!! Belajar dulu ilmu gendang sebelum memalu. ( gendang itu ialah ilmu politik)
JefriMelaka juga memalu gendang dengan mendakwa DAP tidak menguasai PR dan liberalisma tidak berleluasa dlm PR….ini bingit ke berirama?