MB Kedah tak perlu layan bantahan DAP – Dr. Zulkifli
Kerajaan Negeri Kedah dalam mesyuarat exco baru-baru ini telah mengambil keputusan mengarahkan penutupan premis-premis hiburan di negeri Kedah pada Ramadhan yang bakal menjelang. Keputusan yang diambil adalah berdasarkan Enakmen Hiburan Negeri Kedah 1997, tetapi tidak dilaksanakan sebelumnya kerana kekurangan penguatkuasaan.
Akan tetapi keputusan tersebut mendapat bantahan dari Parti Tindakan Demokratik (DAP), salah satu parti dalam Pakatan Rakyat. ADUN DAP dari Kota Darul Aman, En. Lee Guan Aik menyatakan kekesalan beliau di atas keputusan yang disifatnya terburu-buru dan merosakkan mata pencarian masyarakat bukan Islam di Kedah. Beliau juga mendakwa keputusan tersebut dibuat tanpa merujuk kepada rakan pakatan yang lain seperti DAP.
ISMA Alor Setar menyokong penuh keputusan Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Y.B. Menteri Besar, Dato’ Seri Azizan Abdul Razak berkaitan penutupan premis-premis hiburan di Kedah pada Ramadhan yang akan datang. Kami menyeru agar Y.B. Menteri Besar tetap bertegas dengan yang keputusan yang diambil serta tidak melayan bantahan DAP yang tidak menghormati sensitiviti masyarakat Islam yang merupakan majoriti penduduk negeri Kedah. DAP tidak perlu mempersoalkan perniagaan masyarakat bukan Islam kerana keputusan yang diambil tidak melibatkan premis restoran Cina dan restoran makanan segera yang melibatkan pelanggan antarabangsa. Tambahan pula persembahan kebudayaan dan keagamaan masih boleh dilakukan tanpa mengganggu masyarakat setempat.
ISMA Alor Setar juga mengambil kesempatan menyeru masyarakat Islam Kedah agar menyambut baik ketegasan Kerajaan Negeri dalam menjaga kemuliaan bulan Ramadhan. Diharap keputusan tersebut dapat menjadi pemangkin bagi masyarakat Islam Kedah dari menjauhi tempat-tempat hiburan yang melalaikan dan lebih menumpukan masa mendapatkan ganjaran besar kemuliaan Ramadhan.
Dr Zulkifli Yusof
Yang di-Pertua
ISMA Alor Setar
15 Julai 2011
Sumber: Laman Web ISMA Kedah


Ya Allah jadikan Ramadhan kali ini yang terbaik untuk umat Islam di Malaysia amnya dan Kedah khusunya. marhaban Ya Ramadhan…Ayuh Ikhwah di Kedah..isikan Ramadhan dengan segala bentu program dakwah yang mengesani masyarakat di lokaliti kamu..
mengapa dikaitkan dgn desakan oleh DAP sahaja? Malah Gerakan sudah keluar kenyataan akan saman kerajaan Kedah. MCA dan MIC juga sudah membuat bantahan rasmi. Begitu juga beberapa persatuan perniagaan Cina dan Persatuan Keturunan Cina. Apakah kerana DAP bersama PAS dn PKR, maka dituding pd DAP. Akhbar utusan juga lebih menuding DAP dlm isu ini.
pd hemat saya mereka bukan anti-Islam secara melulu, tetapi arahan itu menentang budaya hiburan, budaya seronok dan atas dasar perniagaan. Bermula dgn MENGHUKUM ORG ISLAM YANG kunjungi pusat hiburan pd bln ramadhan ini adalah lebih baik.
Jom kita mulakan dgn puasa sebyk2nya pd syaaban ini, inilah tanda SEBENAR org yg RINDU PD RAMADHAN, BKN SEKADAR DI MULUT SHJ
Kerajaan Kedah pimpinan PAS telaah tunduk dan melayan tuntutan DAP?
Terkini Kerajaan Kedah telah menggugurkan rancangannya untuk menguatkuasakan enakmen negeri 1997 yang memerlukan bar, disko dan kelab karaoke ditutup pada bulan Ramadan yang akan datang, kata seorang pegawai kerajaan negeri kepada AFP hari ini.
Negeri itu memutuskan Mei lalu untuk menguatkuasakan penutupan semua pusat hiburan pada bulan suci Islam itu, seperti yang ditetapkan dalam undang-undang negeri yang diluluskan oleh pentadbiran BN sebelumnya.
Bagaimanapun, rancangan itu mendapat bantahan pengendali tempat
hiburan, serta lain-lain parti komponen Pakatan Rakyat yang bimbang larangan menyeluruh itu akan menjejaskan sokongan pengundi bukan Islam.
Yang paling vokal mengkritiknya ialah pengerusi DAP, Karpal Singh, yang semalam mendesak supaya larangan itu dibatalkan.
Pengendali pusat hiburan juga memberi amaran bahawa larangan tersebut boleh menyebabkan lebih 6,000 pekerja.
Itulah akibatnya bila Jamaah Islam nak raikan kumpulang di dalam pakatan politik. Terbukti Jamaah islam bukannya dominan di dalam pakatan tahalluf politik!
saya MERAYU PADA PIMPINAN ISMA AGAR TIDAK LAGI mengulas isu ini SELEPAS MB Kedah bersetuju TIDAK MENGUATKAN KUASAKAN RANCANGAN INI TETAPI MEMBERI AMARAN akan membatalkan lesen penguasa pusat hiburan yang membenarkan org islam masuk sepanjang Ramadhan. Jika mengulas dan membantah pembatalan ini, sya khuatir Isma akan mencipta byk masalah lain. Moga jadilah pejuang Islam yg unggul pd dgn melihat masa yg sesuai
albab…..dh nk Ramadhan ni, mari kita fokus pd yg lbh penting dn lebih baik dari menghentam org lain dan umpama salakan anjing ke bukit….kita ni mcm nak tahu semua benda dan dakwa tahu byk benda. Mari sama2 rendahkan diri dan bercakap/tulis bila perlu, byk ckp makin byk salahnya…
Kedah berjaya praktik “amar ma’ruf nahi mungkar” Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 18 Julai: Dewan Ulama PAS Pusat menyifatkan ketegasan kerajaan negeri Kedah menguatkuasakan larangan hiburan berbentuk maksiat kepada orang Islam sepanjang Ramadhan sebagai tepat sebagai tanggungjawab pemerintah.
Ketuanya, Datuk Tuan Guru Harun Taib berkata, ianya bersesuaian dengan tuntutan amar ma’ruf nahi munkar
MCA anggap isu pusat hiburan sandiwara PAS-DAP..Malaysiakini
MCA pula menyifatkan isu penutupan pusat hiburan sepanjang Ramadan di Kedah sebagai sandiwara politik antara PAS dan DAP bagi memenangi hati pengundi Cina di negeri itu.
Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata isu itu sengaja dimainkan bagi membuktikan kepada masyarakat Cina bahawa DAP mempunyai pengaruh terhadap PAS.
“DAP akan mengatakan kepada masyarakat Cina jangan bimbang berhubung isu itu kerana akhirnya mereka (DAP) akan dapat mempengaruhi segala-galanya yang diperjuangkan dan diputuskan oleh PAS,” katanya kepada pemberita, di Melaka hari ini
Baik DAP, MCA, MIC, persatuan perniagaan Cina dan Persatuan Keturunan Cina (yang tak mahu/alergi Islam) bersatu suara dalam isu ini. Orang cina/ orang bukan Islam bersatu dalam mengangkat pegangan mereka. Tetapi kenapa orang Islam sendiri buruk sangka bila ISMA tujukan kepada DAP sahaja. Dah yang jadi rakan kepada PAS dalam PR kan DAP, bukan MCA dan MIC.. (Tiada keperluan pun refer kat MCA dll) Tentu lah ISMA mengingatkan PAS tentang isu ini. Pada pandangan saya, ISMA dan PAS umpama rakan dalam perjuangan Islam di Malaysia ini… Tak salah kalau teguran yang bersifat rasmi begini, lebih mencerminkan keikhlasan pihak-pihak dalam memberi menerima teguran, serta mempamerkan kematangan dalam berpolitik.
AMAT SETUJU DENGAN PANDANGAN DAN KETERBUKAAN FIKIR. CONTOH ORANG YANG ADA FIKRAH ISLAM TULIM TIDAK TAASUB DAN CEPAT MENGELABAH BILA ADA BERITA DAN PANDANGAN LAIN DARI PEGANGAN SENDIRI.