Mandela dan politik Malaysia
Ketika Nelson Mandela dipenjarakan selama lebih 20 tahun oleh regim apartheid di Afrika Selatan, dalam satu keadaan beliau pernah dipaksa memikul batu-batu sejauh beberapa kilometer setiap hari selama 7 tahun. Setiap hari beliau dan banduan-banduan lain akan memikul dari satu tempat ke tempat lain dan esoknya pula disuruh memikul batu yang sama dari tempat yang diletak kembali ke tempat asal. Beliau tidak pernah mengeluh sedikitpun mahupan marah kepada pegawai-pegawai penjara tetapi sebaliknya beliau berkata kepada rakan-rakan banduan lain: “Jika kita dibebaskan nanti maka kita akan maafkan mereka”. Inilah kehebatan seorang pemimpin yang tidak menaruh sedikit dendam kepada musuh poltiknya. Tidak salah kalau beliau dikagumi oleh semua pemimpin dunia, timur dan barat dan menjadi idola jutaan manusia.
Namun sebaliknya berlaku di negara kita yang tercinta ini. Sifat “winners take all” ini begitu sebati dalam jiwa pemimpin-pemimpin politik negara. Apabila BN menang maka akan tersingkirlah semua puak PR dari sebarang jawatan dan kedudukan. Yang naik adalah kuncu-kuncu mereka. Begitu juga apabila PR naik maka akan berlaku pula tsunami peralihan pemegang tampuk kuasa. Semua akan diganti dengan pihak PR dan pengikutnya. BN pula akan terpinggir. Keadaan ini berlaku hingga ke mimbar-mimbar masjid. Seolah-olah di sana sudah tidak ada maaf bagimu kerana kamu di pihak lain. Samada yang akan memikul jawatan itu layak atau tidak, ia bukan menjadi kayu ukuran. Yang menjadi ukuran ialah sejauh mana kamu telah menolong parti dalam pilihanraya.
Akhirnya berlakulah kepincangan dalam agensi-agensi kerajaan. Berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan kerugian jutaan ringgit. Jika ditegur maka media menjadi forum untuk mereka berdolak dalih namun mengaku jauh sekali kerana itu akan mencemarkan imej parti. Hampir tidak ada, kecuali seorang dua, pemimpin yang sanggup letak jawatan kerana salah guna kuasa semenjak merdeka. Sedangkan di negara barat dan timur lain, pemimpin meletak jawatan disebabkan kesilapan yang dilakukan adalah perkara biasa. Terakhir ialah apabila Ketua Polis London letak jawatan kerana kes Rupert Murdoch.
Adakah ini budaya yang kita inginkan selama ini? Apakah ini sebab perjuangan kita? Kalau inilah keadaanya maka saya rasa negara kita masih jauh dari kematangan politik yang sebenarnya. Tidak akan banyak manfaatnya kepada rakyat apatah lagi kepada kesatuan Melayu Islam jika sikap ini terus diamalkan.
Melihat komentar-komentar terhadap penulisan saya sendiri yang banyak beremosi lebih dari berilmu membayangkan masa depan negara yang gelap walau sesiapapun yang memerintah. Ini membimbangkan saya. Seolaholah ia berkata “jika saya memerintah nanti, siap kamu”. Adakah ini yang kita definasikan sebagai masyarakat madani? Atau masyarakat bertamadun? Atau masyarakat yang mencintai dan mencari kebenaran?
Ayuh saudara/i semua marilah kita bina budaya politik baru yang mementingkan ilmu dan hujah yang bernas, baru kita akan dapat kebenaran. Ya, adakala ia memang pahit untuk ditelan tetapi itulah mujahadah kita sesama Islam. Mandela telah melakarkan contoh untuk kita renungi.

Aminuddin Yahaya,
Timbalan Presiden,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Blog: Suara Dari Gunung


Menarik komentar En Amin , saya kadang-kadang kurang faham dengan pemikiran En Amin , apa yang kita berikan komen bukanlah sesuatu yang datang dari nafsu kami yang mungkin nampaknya amat bertentangan dengan penulisan En Amin sendiri , kami pun kebanyakkan nya ingin kan KEBENARAN dan bukan siapa yang menjadi JUARA . Berbalik kepada penulisan En Amin , dan secara tidak langsung En Amin telah meletakkan orang yang berbeza pandangan dalam penulisan En Amin adalah orang yang berEmosi dan kurang berhujah dengan ILMU. Apakah hanya mengambil senario Mandela dan kemudian mengambil sedikit senario yang kadang-kadang hanya menciplak dari pemberitaan yang dibawa dalam Surat Khabar harian di Malaysia adakah ini dikatakan adil dan berilmu. Isu sebelum ini berkaitan dengan BERSIH dimana diketuai oleh seorang wanita Hindu iaitu Puan Ambiga dan hujah En Amin kurang setuju tetapi saya forward ucapan dari Tuan Guru Haji Hadi Awang dengan dalil dari Hadis adakah ini berbentuk Emosi
Saya berharap En Amin jangan mudah membuat satu kesimpulan mudah marilah ke medan sebenar , RasulAllah turun ke medan tanpa meninggalkan tarbiyah, sepatutnya orang seperti En Amin mengetuai BERSIH supaya kita perlu menonjolkan NGO Islam dapt memimpin MASSA atau dikatakan politik masyarakat madani
BN sudah pun membenarkan kata2, ” Aku memerentah, habislah kamu wahai pembangkang ?. Saya bukan org PR, tetapi sudah melihat apa yg berlaku di S’gor, PPinang ,Kedah dan Kelantan. TIDAK pula berlaku, “habislah kamu wahai BN?
MB Selangor pernah berkata, ” jika kerajaan PR mahu membongkar semua kesalahan ketika BN memerentah, maka kita lupa utk berbakti pd rakyat”. Kes Khir Toyo yg membayar tunai utk renovasi rumah yg mencecah RM 6 juta, bukan kes yg dibongkar, tetapi kes terbongkar sendri…Banyak lagi kes lain yg boleh dibongkar, selain fail yg lenyap begitu shj semana BN memerintah. Bukan mahu memuji tanpa bukti, tetapi mereka yg memerentah S’gor, Kedah dan PPinang itu TIDAK BEREMOSI, bukannya tiada langsung, tetapi tidak ketara ‘membalas dendam’.
Saya mohon maaf kerana merasakan tulisan tuan yg mungkin kearah beremosi, kerana membuat andaian TANPA BUKTI JELAS sebelum PR memerintah Malaysia. Melihat momentum yg telah berlaku pd negeri yg diperintah PR diatas, saya yakin balas dendam ini boleh dibendung jika PR lbh berkuasa.
Sebagai contoh, LIM Guan Eng hanya menggunakan data komputer utk sebarang tender di PP, dan bila UMNO buat bising tentang tender, bila disemak, rupanya kontrakter Melayu yg dpt banyak, tetapi bukan kontraktor UMNO yg dpt- krn ada kontarktor Melayu yg tidak berparti lebih layak. Sedangkan utk meminjam pinjaman TEKUN sahaja, anda akan ditanya ahli UMNO cawangan mana?
Saya adalah ahli NGO Islam sekadar mengajak utk berhati2 membuat persepsi dan andaian. Cuba buat KAJIAN MENDALAM akan gaya pemerintahan PR yg ada di Kelantan, S’gor, Kedah dan PP? Jika terbukti mereka ini dua kali lima dgn BN, maka andaian ini ada benarnya.
Kuncu-kuncu atau kroni? Bila mahu diadakan pemilihan AJK Surau Masjid secara terbuka ( ala pilihan raya), yg bising ialah orang yang tak datang masjid/surau. Begitu juga bila mahu lantik JKKK secara undian terbuka, siapa yg bising? AJK Masjid dan JKKK ada instituisi penting, dan lihatlah berapa byk AJK utama masjid org yg tak dtg surau dan org politik.
orang politik dan orang dakwah ini ada persamaan:-
Dua-dua suka cakap banyak, komen banyak. Orang poiltik tak jaga rakyat, orang dakwah tak tarbiyah masyarakat. Orang politik pilih bulu , orang dakwah pilih orang cerdik.
Orang politik tunjuk taring, orang dakwah tak ada taring. Di Malaysia, jika org politik mahu berdakwah, mesejnya akan ‘kebawah’ ( dianggap ada mesej politik), manakala jika orang dakwah mahu ulas politik, dikatakan ‘cakap boleh, tapi tak boleh bikin’.
Maka eloklah org dakwah tumpukan pada berdakwah pd masyarakat, sentuh isu politik bila sudah jadi pakar dan bila kaki sudah sebelah dlm dunia politik, jika tidak akan jadi bahan sinisan sahaja.
Salam. Sdr Amin, bila ada yang komen penulisan kita, kenalah kita muhasabah diri dan lihat dimana silap kita. Jangan sesekali bersikap “aku betul, kamu semua salah”. Kita ini semuanay manusia dan berbuat kesilapan dan dosa. Percayalah, cara terbaik untuk membaiki diri adalah dengan mendengar komen dari orang lain, terutama “musuh” kita kerana mereka akan nampak yg buruk sahaja…
Saya pun ada beri komen positif dan juga negatif kepada penulisan sdr. Kalau benda yg ditulis baik menurut pandangan pembaca, maka dia tulislah komen yg baik. Sebaliknya jika penulisan sdr dianggap tidak tepat, maka diberilah komen “negative”. Itulah asam garamnya. Kena terima dan buat penilaian. Jika baik, ambil, jika buruk, buang.
Berbalik kpd posting sdr mengenai “winners take all”, bila bercakap soal demokrasi, itulah akibatnya… one man one vote. Vote dari alim ulama sama nilai dengan vote mereka yg kuffar. No difference. Democrasy is not all Islamic. Jangan terkeliru. Saya pernah bercakap dgn anak muda yg sokong PAS dan dari cara dia bercakap, kita dapat simpulkan kefahaman dia bahawa demokrasi adalah 100% islamik! Dan sistem negara sekarang ialah cara “whoever passes the post first” dia menang dan form government. Takkanlah kita expect BN nak ambil orang PR duduk dlm government dia. Tak masuk akal sbb mereka berbeda 180 darjah. Bayangkan bila ISMA (satu masa nanti, insyaAllah) form parti politik dan katakan menang pilihanraya, mahukah ISMA berkongsi kerajaan dengan orang yang bukan sahaja tidak mendokong fikrah malah menentang hebat Islam? Sudah pasti tidak, bukan?.
menarik tulisan ibnu hamzah, k mar dn sdr yunus…tulisan org matang yg x beremosi. saya yg mungkin beremosi bila mengatakan sdr amin yg beremosi bila terima komentar. sebelum ini. Tuan adalah timb presiden, maka berhati-hatilah membuat andaian sesuatu yang belum terjadi. Tuan mungkin spt saya yang tidak sokong BN dan menolak gaya pimpinan PR. Tetapi ‘minda negatif’ yg keterlaluan perlu dibuang jauh-jauh, kerana tiada yang perfek, namun tetap ada yang lebih berat timbangan kebaikkanya.
Cuba imbau kembali ijtihad Khalifah Othman yang lebih mempercayai saudara terdekat menjadi pemimpin yang membantunya, ini lumrah manusia yang mentadbir secara efisien. Tidak salah mementingkan orang kepercayaan, kerana yang salah ialah menindas pihak ‘lawan’ dan lebih salah meletakkan sesuatu bukan pada orang yang layak seperti mana yg BN buat selama ini!. Ada bukti jelaskah PR sudah menindas org BN di semua negeri yg mrka kuasai?
amin bukan orang politik
tetapi baguslah teguran itu
supaya sesiapa yang menang
akan memaafkan penentangnya..
semoga ISMA tidak diharamkan
jika orang yang rasa dirinya dikritik
memerintah nanti…
Adapun amalan Uthman itu membenarkan teori Ibn Khaldun.. bahawa asobiyyah itu adalah syaukah yang menjamin kekuatan daulah Islam..
Jika Melayu yang majoriti bersepakat dalam isu-isu yang wajib disepakati maka akan terbentuklah asobiyyah dan syaukah yang boleh mempertahankan Islam..Sebab asobiyyah yang haram ialah membatu saudara melakukan kezaliman atau tidak menghalangnya melakukan kezaliman..kadang-kadang untuk membantu seseorang dan menghalang kejahatannya kita kena merapatinya dan menasihatinya dengan hikmah..
Sedikit petikan dari artikel ‘Besih Untuk Siapa’
“…Semua ini dihujah atas dasar rasuah yang ada dan juga pelbagai kelemahan dalam pemerintah. Walaupun tidak ada nas yang sahih mengatakan umat Islam boleh bertahalluf dengan puak kafir bagi menjatuhkan umat Islam yang lain, tetapi semua ini sudah dikaburi oleh bayangan kerakusan mendapat kekuasaan yang menggila. Siapa ketuanya? Apa agendanya? Siapa yang membiayainya? Apa implikasinya kepada Islam? Semua ini sudah tidak menjadi perhitungan umat Islam. Yang penting kerajaan mesti disungkurkan ke bumi.”
Saya rasa En. Amin juga dilihat penuh emosi dalam artikel ini…
En. Amin, jangan emosi, lihatlah tuntutan BERSIH 2.0 yang 8 itu… bandingkannya dengan peristiwa hilfu al-fudhul di zaman Rasulullah….
Bak kata Dr Asri, “ada pihak yang tidak dapat membezakan antara mengiktiraf hak dan menyokong sesuatu perkataan atau perbuatan. Mengiktiraf bukan bererti menyetujui apa yang dilakukan”
Paku dulang, paku serpih….
Assalamualaikum
En Amin mari kita lihat siapa yang profesional atau tidak , ingat tak lagi isu banjir di Kedah, memang kalau menonton di kaca TV atau surat khabar seperti MB tak turun padang, saya sendiri pun termakan hasutan ini, tapi apabila saya tanya ipar saya yang berada di Kedah mereka menafikan perkara ini.
Cuba bayangkan dalam mesyuarat isu banjir MB kedah dengan rendah hati , meminta wakil UMNO iaitu YB Bashah untuk menjaga kawasan Kota Setar dan bandar Alor Setar dan MB iaitu Ustaz`Azizan meminta semua parti politik buang baju politik dan lebihkan menjaga kebajikan penduduk setempat
Tapi apa yang dibuat oleh Bashah ini, direntangnya bendera UMNO di Stadium Tertutup di Suka Menanti tempat mangsa banjir ditempatkan dan pada masa tersebut Sultan Kedah datang untuk melihat maka juak-juak UMNO dalam Surat Khabar heboh kononnya MB Kedah tak turun padang , lihat siapa yang tidak profesional pada ketika ini,
Itu sebab MB Kedah naik angin kepada pemberita RTM dan dimasuknya dalam Berita TV sikap MB dengan pemberita kalau saya tidak melihat dalam BLOG maka saya pun akan katakan MB Kedah seorang yang panas baran, bayangkan seorang MB keluar dalam keadaan gelap dan balik dalam keadaan gelap dikatakan berpeluk tubuh tidak melakukan apa-apa kalau saya lah dah lama pemberita tersebut akan saya penampar
Sekali lagi saya nak tanya En Amin bolehkah kita ingin Bersatu atas nama Melayu golongan macam ini bagi saya orang Melayu bukan berpecah tapi InsyAllah orang Melayu sekarang bersatu di atas Islam dengan PAS tak tahu pula lah kalau En Amin tak menginktirafnya
emo..emo..susah betul nak cari tukang komen yang cakap, “saya setuju dgn pandangan tuan amin bahawa kita kena bersikap pemaaf antara satu sama lain”..kebanyakan komen semua berbentuk defensive.
kalau baca komen utk artikel ni di blog asal suaradarigunung.wordpress.com memang sangat menarik.komen2 macam tu lah berbunyi ‘berilmu’ dan tidak defensive..
Assalamualikum
En hikmah kami yang komen disini bukan sebab saja-saja nak komen, kalau nak buat satu penulisan ilmaih apatah lagi seorang besar dalam sebuah NGO Islam perlulah tulisan itu berfakta , jangan hanya membuat sesuatu andaian sahaja , memang penulisan seorang pemimpin mesti ada kredibiliti kalau hanya ambil contoh dari sumber yang tidak pasti sahih adakah ini dikatakan penulisan ilmiah, itu sebabnya kami ini akan cuba menegur perkara-perkara yang kami rasakan itu bukan satu hujah , dan kami disini pun tidak pula katakan apa yang ditulis itu salah belaka tapi kami berharap penulisan itu perlu ada hujah yang betul dan bermaruah
maaf en islam utk semua, sy pun tiada hujah jelas utk mengatakan penulisan2 en. Amin tidak berdasarkan hujah dan tidak bermaruah.jadinya sy cuma setuju pd penganjuran kebaikan yg ditulis penulis dan tak condemn fakta2 lain yg sy juga tiada bukti utk tunjukkan sama ada ia benar atau tidak.apapun sy yakin en. Amin hatta siapa shj tidak kisah ditegur asalkan dgn hujah yg baik juga.maaf andai ada salah silap kata.selamat menyambut ramadan
Assalamu’alaikum wr w.
Ramadhan Kareem & Ramadhan al-mubarak.
Elok kita mendapatkan pemahaman dan pencerahaan dari sumber-sumber yang jelas dalam isu-isu yang kita perbincangkan. Umat Islam menerima pendidikan dari berbagai latarbelakan sama ada pendidkan sekular atau islamic-based curriculum. Inilah kejayaan besar penjajah kuffar yang mana apabila mereka menjajah sesebuah negara Islam di antara kerosakkan besar yang dilakukan ialah dengan menggantikan Pendidikan Islam kepada Pendidikan sekular. Pendidikan sekular inilah yang menjadi tunjang kepada pendidkan majoriti umat Islam sekarang. Walau pun adanya kelas-kelas KAFA dan fardhu ain tetapi masih belum mampu melahirkan anak-anak muslim yang mempunyai kefahaman yang jelas tentang Islam dan berakhlak mulia. Sistem sekular melahirkan umat Islam yang tidak dapat memahami Islam dengan sebaiknya yang memenuhi syarat-syarat seorang Muslim melainkan mereka yang diberikan hidayah dan perlindungan oleh Allah..
Apabila seseorang melibatkan diri dengan usaha-usaha pengislahan sudah pasti akan berlaku perbezaan/dikotomi pandangan, fikiran serta tindakan dan ianya banyak dipengaruhi oleh latarbelakang pendidikan formal dan pendidkan Islam yang diterima oleh mereka.
Antara topik yang menjadi perbincangan hangat di antara umat Islam ialah berkisar persoalan Fiqh Siasah.
Ahli siasah ialah orang yang memelihara urusan umat, memahaminya dengan kefahaman yang mendalam dan menyelesaikannya dengan pemikiran dan pandangan yang betul. Seorang Ahli Siasah Islam ialah serang Islam yang komited dengan Islam yang menyelesaikan Urusan Umat Islam dari sudut pandangan Islam dan hukum syarak. Inilah yang membezakan di antara seorang yang mempunyai pemahaman Islam atau sebaliknya yang akan mempengaruhi pemikiran, pandangan dan tindakkan.
Fiqh Siasah ialah kefahaman mendalam terhadap urusan umat dalam dan luaran, mentadbirnya, menjaganya menurut panduan Hukum Syarak dan memandunya.
Umat Islam tidak didedahkan dengan jelas pemahaman akan perlunya kita kembali kepada Siasah Syarak dan jalan-jalan yang perlu yang perlu dilalui. Umat islam sedang bergelumang hidup di dalam Siasah Bukan Syarak yang merupakan ciptaan manusia semata-mata.
Siasah Bukan Syarak sedang memimpin manusia menurut kehendak pandangan manusia yang diterjemahkan di dalam perlembagaan-perlembagaan ciptaan yang menggantikan Syariat Islam. Siasah ini jelas menolak Siasah Syarak.
Siasah syarak bertujuan memimpin manusia menurut kehendak pandangan Syarak dan Khilafah bertindak memelihara agama serta menguruskan dunia dengannya.
Umat Islam telah diberikan Siasah Syarak daripada Pencipta Yang Maha Agung Allah SWT.
Kepada Allah SWT kita semua memohon pertolongan.
“Pergilah,Kamu semua bebas” itulah sifat seorg pemimpin Agong.Rasul s a w. selepas pembukaan makkah.memaafkan musuh2nya.Tidak mungkin sifat ini wujud pd seseorang sekiranya tiada usaha tarbiyyah.Bukan senang membentuk pribadi muslim mukmin sejati kerna akan bertembung dgn kepentingan diri, kaum krabat dan group.Pengalaman saya bercakap /berbincang/baca komen dgn sahabat n rakan taulan membenarkan tulisan Akhi Amin. Maksud saya Akhi Amin mahukan komen yg ilmiah/berdalil bukan menolak komen2 itu.Walaupun tulisan Akhi Amin selalunya nampak kelainan dan agak kontroversi tapi ia telah membawa satu idea baru dalam arus dakwah di M’sia.
Dalam satu bangsa beragama Islam, ada yang kuat, lemah, pandai,bodoh, kaya. miskin, beriman, munafik, dan sebagainya.
Siapa kita ialah siapa kawan kita? Ini adalah asas memilih kawan. Berpakat itu bermakna memilih kawan. Orang soleh berkawan dengan orang tidak soleh, maka akan terpalit juga ketidak solehan kawannya itu…… ( tukang besi atau penjual minyak wangi)
contoh mudah, orang ‘mesjid’ atau orang ‘surau’ akan memilih kawan orang mesjid./surau juga. Perokok lebih selesa berkawan dengan perokok yang lain. Orang yg banyak cakap tidak selesa berkawan dengan orang pendiam. Orang yang suka berbohong tidak disenangi oleh mereka yang jujur.
SIAPA MELAYU YANG MAHU ISMA SEPAKATI INI? Melayu yang pembohong, munafik, perasuah, salah guna kuasa, pengkroni, pemboros dan lain-lain sifat buruk?
Atau Isma mahu menyeru dua golongan Melayu ini berpakat dan berpadu demi politik Melayu dan Islam ? Jangan butakan mata, pekakkan telinga akan falsafah dan amalan perjuangan Melayu yang meminggirkan Islam yg syumul. Memang ada segelintir org PAS mahu berpadu dgn UMNO, malah UMNO sgt beriya2 bersatu, tetapi dlm masa memujuk2 ini, UMNO mengutuk PAS seteruk2nya. Ajakan yg tidak ikhlas dan terdesak selepas mereka tahu org Melayu atas pagar semakin meluat dgn mereka.
Sebenarnya 1 Malaysia bukan sahaja ternyata bersifat sosialis malah lebih memudaratkan Islam!! Orang bukan Islam akan memberi alasan gagasan 1 Malaysia dlm adat dan urusan agama mereka, malah BN tersepit atas tuntutan bukan2 rakan baik mereka MCA dn MIC demi mahu mempertahankan dinasti BN
Carilah Melayu utk disepakati yang mementingkan iman, kejujuran dan mahu meletakkan Islam sebagai syariat.
Jika beranggapan dakwah tetap berjalan ketika BN memerentah, ini adalah pandangan pendakwah yang buta ‘mata dakwahnya’. Walaupun tiada kekerasan yang nyata terhadap pendakwah, tetapi celikkan minda utk lihat siapakah mengelirukan Islam yg sebenar kpd org Melayu dan siapakah yang merosakkan orang Melayu, jika tidak atas dasar pemerintahan. Pendakwah berpenat-penatan kepada maaruf, yang mungkar pula terang-terangan disuburkan.
semoga Ramadhan ini mentautkan hati-hati yang cintakan agamaMu, ya Allah. Dan semoga memporak peranda hati-hati yang sentiasa menjaja fitnah, dan secara terang-terangan atau secara diam memusuhi agamaMu, kerana jika mereka bersatu, maka akan memporak perandakan umat ini.
ameen..
pak utih, adalah lebih baik bersepakat dgn bangsa yg “beragama Islam, yang kuat, lemah, pandai,bodoh, kaya, miskin, beriman, dan sebagainya” tu daripada bersepakat dengan org bukan islam yg terang2 memusuhi islam..
kalau dia orang islam yg bodoh, kita yg orang islam yg pandai ni ajarkan..kalau dia munafik, err kita takde kuasa pun nak label sapa munafik kat sini..rasulullah dulu pun tahu siapa yg munafik tu tapi baginda diam je tak heboh2 kan siapa ahli munafik tu..siapalah pula kita ni nak label2 kan orang munafik…buat apa sepakat dengan musuh islam yg in the end bila kita nak laksanakan syariat islam, dia halang balik.lepas tu keluar pulak dalil2 yg memenangkan apa yg mereka buat tu semata2 nak beralah..
bila bangsa seagama buat salah, kita kutuk, bila bangsa agama lain buat salah (tapi sebab ada kerjasama politik), kita boleh siap buat dalil bagi hujah sokong pula tindakan mereka…nak tegakkan agama apa kalau macam ni keadaannya…??
seperti pesanan dr ridhuan tee, jangan pula bila PR memerintah, sistem yg dah dilaksanakan BN juga yg dijalankannya dek kerana tak dapat nak buat sistem islam sbb ada ‘ahli sepakat’ yg menentang…kita taknak pemerintahan tu tukar orang je tapi nak tukar sistem.oleh itu saya yakin, saranan2 yg dilakukan oleh NGO2 dan orang2 yg takde kepentingan politik ni ada baiknya orang2 yg ada kepentingan politik ambil kira sebagai teguran yg membina.
salam..
setuju dengan Pak Utih ( cuma saya tertanya-tanya, apakah Pak Utih, Pak Andak dan rakan2 senior yg menulis di sini adakah ahli Isma atau bekas Isma atau penyokong isma atau berada dlm NGO lain, kerana cara menulis spt sangat kenal denga Isma dan NGO yg lain….) Mabruk, teruskan usaha antum semua