ISMA mempertegas agenda yang tersendiri
BANDAR BARU BANGI, 12 Julai – Pendirian ISMA dalam isu Bersih adalah satu penegasan terhadap keunikan agenda ISMA. Dengan itu, ISMA telah berjaya mengemukakan pendirian tersendiri yang bebas daripada pengaruh mana-mana pihak.
Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata demikian semasa ditemuramah oleh wakil Media ISMA di pejabat beliau.
“Bagi ISMA, kita telah berjaya mengemukakan pendirian yang bebas daripada pengaruh mana-mana pihak. Ini membuktikan bahawa ISMA mempunyai agenda yang tersendiri,” kata beliau.
Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa ISMA menyendiri daripada badan-badan lain sebaliknya ISMA tetap terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak dan menyatakan sokongan berdasarkan kesesuaian dengan matlamat dan dasar perjuangan ISMA.
“ISMA masih bersama dengan semua pihak dan menyokong apa-apa yang selari dengan matlamat dan dasar perjuangan ISMA,” kata beliau lagi.
Beliau juga menyatakan bahawa ISMA tegas apabila berhadapan dengan pengaruh barat dan serangan pemikiran yang bermotifkan peleburan identiti dan jati diri negara dan umat khususnya bangsa Melayu.
Menurut beliau, agenda pembaratan ini bertentangan langsung dengan agenda ISMA yang mementingkan pembinaan semula keperibadian dan jati diri ummah yang berteraskan Islam.
Beliau berkata, ISMA konsisten menyeru umat untuk kembali kepada Islam dan menganggap hanya Islam sebagai penyelesaian.
Beliau juga tidak bersetuju jika ada pihak yang cuba mengimport ‘revolusi’ dari luar.
“Dalam rangka ini, ISMA berpendapat tidak perlu untuk kita mengimport revolusi dari luar. ISMA mengulangi keyakinannya bahawa perubahan perlu dibuat melalui dinamika sistem politik dalam negara kerana realiti negara kita sangat berbeza berbanding negara-negara lain,” ujar beliau.
Dalam masa yang sama, ISMA menyeru pihak pemerintah agar tidak memandang rendah terhadap perkembangan yang berlaku.
“Kerajaan perlu mengkaji pengalaman luar negara dan perlu memahami apa yang sebenarnya sedang berlaku supaya dapat mengambil sikap yang betul dan mengambil pendekatan dengan cara yang munasabah dan menguntungkan masyarakat dan negara,” jelas beliau.
Di samping itu, ISMA memberi amaran terhadap sebarang kesan buruk yang bakal dialami negara jika semua pihak terus mengeruhkan keadaan.
“ISMA memberi amaran terhadap sebarang kesan buruk yang bakal dialami negara jika semua pihak terus mengeruhkan keadaan,” tambah beliau.


ISMA cakna untung rugi umat Islam di Malaysia… Tahniah..
saya yakin & percaya bhw ISMA terlibat dgn politik cuma berselindung disebalik neutral
Yaqinansodhika…
satu je sbbnya
“ISMA konsisten menyeru umat untuk kembali kepada Islam dan menganggap hanya Islam sebagai penyelesaian.” ust abdullah zaik
“pensyariatan islam di sesebuah negara adalah tanggung-jawab setiap individu muslim” syeik abd sattar. mantan timbalan syeikh azhar. bekas anggota maktab irsyad ikhwan
itulah cita2 kita seluruh umat Islam, dan bukan hanya ISMA shj
apa2 yg selain drpd itu boleh dibincangkan dan diperdebatkan.
Alhamdulillah.. Kalo ikut nafsu badan kan binasa..
Cakna mengenai ekonomi semasa orang Melayu
http://chedet.cc/blog/?p=547
Alhamdulillah, ISMA kembali mengutamakan agenda kembali kepada Islam dan slogan Islam sebagai penyeselaian. Tidak perlu lagi dilaung2kn agenda perkauman. Tahniah!!~ i like…Mabrouk!!~
“Melayu sepakat ISLAM BERDAULAT”
salam..maaf.sekadar bertanya,apa yg ustaz maksudkn dgn agenda pembaratan dlm isu Bersih?
Yg penting…DEsTinaSi sebenarnya… kehadiran BERsiH hanya sebahagian daripada proses. adakah ia penghalang?.. satu ujian?.atau. satu cabaran?… yg penting ke mana hala tuju kita yg sebenarnya… AkhiRat & Allah s.w.t.. Buat apa yg kita mampu… baik dgn perbuatan , perkataan, tulisan ataupun doa… Insya Allah… Moga ISLAM yg syumul kembali bersinar dlm dunia Globalisasi ini…Amin.