ISMA Kepala Batas berqiamullail bersama masyarakat
KEPALA BATAS – Ahli-ahli ISMA Kepala Batas telah mengadakan program qiamullail bersama masyarakat di Masjid Al-Marbawi di qaryah Merbau Kudung.
Ustaz Mohd Syahir dan Ustaz Mohd Yusof b Abdul Mutalib telah mengimamkan solat malam pada malam tersebut. Selain daripada menunaikan solat sunat tahajjud dan hajat, para jemaah juga telah dihidangkan dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Yusof b Mohamad.
“Solat malam adalah antara satu kewajipan bagi Nabi Muhammad dan sahabat. Amalan sunnah ini diteruskan lagi oleh generasi selepas itu. Kita lihat bagaimana Solahuddin Al-Ayyubi memeriksa khemah tenteranya pada dua pertiga malam bagi memastikan mereka mengerjakan solat malam. Ini adalah faktor utama kemenangan umat Islam dalam peperangan,” antara mutiara kata Ustaz Mohd Yusof di dalam tazkirahnya.
Selepas solat Subuh, para jemaah mendengar kuliah Subuh oleh Ustaz Mohd Fikri. Sebaik tamat kuliah Subuh, Ustaz Mohd Faizal b Abdul Malik memberi ucapan memperkenalkan ISMA Kepala Batas kepada para jemaah.
Sumber: Laman Web ISMA Pulau Pinang


