Hiburan: Tindakan Datuk Seri Azizan betul, tidak perlu runding
BANDAR BARU BANGI, 15 Julai –Tindakan kerajaan Kedah di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengeluarkan arahan bertulis mengarahkan semua pusat hiburan di negeri itu menghentikan operasinya pada Ramadan ini adalah satu tindakan yang betul.
ISMA menyokong penuh tindakan tersebut kerana ia menguatkuasakan undang-undang yang telah sedia ada iaitu Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang perlu dihormati oleh setiap rakyat tanpa mengira kaum.
“Tindakan Datuk Seri Azizan adalah satu tindakan yang betul kerana ia berdasarkan undang-undang. Oleh itu, ISMA menyokong tindakan beliau dan tidak timbul isu ia perlu dirunding semula.”
Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata demikian apabila ditemui wakil Media ISMA di pejabat beliau.
Sebagai menghormati bulan Ramadan yang mulia, pihak pengusaha pusat hiburan perlu mematuhi arahan tersebut walaupun sepatutnya aktiviti maksiat diharamkan bukan sahaja pada bulan Ramadan semata-mata.
“Bulan Ramadan adalah bulan yang mulia bagi umat Islam, maka ia perlu dihormati dengan menghentikan aktiviti hiburan dan maksiat. Ia bukan sahaja patut diharamkan pada bulan ini, malah sepanjang tahun,” katanya.
ISMA juga berpendapat bahawa langkah yang diambil oleh pihak kerajaan negeri amat sesuai dengan imej Malaysia sebagai negara Islam.
Mengulas berkenaan tuntutan pihak DAP yang mahu perkara itu dirunding semula, Abdullah menyatakan bahawa tindakan melaksanakan undang-undang dan menegakkan syiar Islam tidak perlu dirunding sebaliknya harus dihormati oleh semua pihak.
Merujuk kepada kenyataan MCA pula, Abdullah mahu MCA menerima hakikat bahawa Malaysia adalah negara Islam yang merdeka dan memiliki undang-undang sendiri.
“MCA perlu terima hakikat bahawa Malaysia adalah negara Islam yang merdeka dan ada undang-undang sendiri. Jadi, tidak perlu merujuk kepada mana-mana norma asing seperti deklarasi hak asasi manusia atau sebagainya,” jelas beliau.


Terbaik!
UMNO Kedah juga bersetuju dgn tindakan MB Kedah, cuma disusuli dgn sindiran, orang Cina tak lagi undi PAS
saya MERAYU PADA PIMPINAN ISMA AGAR TIDAK LAGI mengulas isu ini SELEPAS MB Kedah bersetuju TIDAK MENGUATKAN KUASAKAN RANCANGAN INI TETAPI MEMBERI AMARAN akan membatalkan lesen penguasa pusat hiburan yang membenarkan org islam masuk sepanjang Ramadhan. Jika mengulas dan membantah pembatalan ini, sya khuatir Isma akan mencipta byk masalah lain.
Menurut sumber yg sya yakini SAHIH–, Dato seri Azizan dan exconya mahu ‘test power’ bila mahu menguat kuasa undang-undang yg pernah dibuat oleh UMNO-BN pd 1997 itu. Mungkin mahu beritahu pd rakyat, BN sudah buat undang2 tapi TAK PERNAH ATAU TAKUT NK LAKSANA. Dato Azizan tahu bahawa, bkn Dap shj akan bantah, MCA -Gerakan dan peniaga2 juga akan bantah spt mana kes ternakan babi sebelum ini. Bila buat pbincangan dgn PAS pusat, hanya SU Dato Azizan yg hadir dan terus setuju untuk batalkan dengan syarat ketat pada pusat hiburan. …..strategi orang politik kdg2 pelik dan org bkn politik jadi pening.
Pasal apa ban tu cuma di bulan ramadhan…hari lain, bulan lain boleh ke? Islam itu syumul jgn disempitkan dek kerana nak undi politik. Hari ni PAS flip flop balik…ban cuma untuk orang Islam…padahal benda ni memang dah ada dlm kanun negeri kedah…
Berikut diambil dari blog pure shitte…
Seksyen 23. Galakan maksiat.
Mana-mana orang yang menganjur, memujuk atau menggalakkan mana-mana orang melakukan apa-apa pekerjaan maksiat adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi empat bulan atau kedua-duanya.
Seksyen 25. Minuman yang memabukkan.
(1) Mana-mana orang yang minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(2) Mana-mana orang yang membuat, menjual, menghadiah, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa arak atau minuman yang memabukkan adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Source here
Scope of Application
Seksyen 3. Pemakaian.
Melainkan diperuntukkan dengan nyata sebaliknya Enakmen ini hendaklah dipakai bagi semua orang yang beragama Islam, yang akil baligh dan berada di dalam Negeri Kedah Darulaman.
Seksyen 29. Bersubahat.
Mana-mana orang yang bersubahat melakukan mana-mana kesalahan yang boleh dihukum di bawah Enakmen ini hendaklah dihukum dengan hukuman yang sama seolah-olah ianya melakukan kesalahan yang demikian.
The above is extracted from the Kanun Jenayah Shariah Negeri Kedah, similar clauses are available in other states.
The above provision applies to ALL Muslims THROUGHOUT THE WHOLE YEAR
Kedah berjaya praktik “amar ma’ruf nahi mungkar” Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 18 Julai: Dewan Ulama PAS Pusat menyifatkan ketegasan kerajaan negeri Kedah menguatkuasakan larangan hiburan berbentuk maksiat kepada orang Islam sepanjang Ramadhan sebagai tepat sebagai tanggungjawab pemerintah.
Ketuanya, Datuk Tuan Guru Harun Taib berkata, ianya bersesuaian dengan tuntutan amar ma’ruf nahi munkar
MCA anggap isu pusat hiburan sandiwara PAS-DAP..Malaysiakini
MCA pula menyifatkan isu penutupan pusat hiburan sepanjang Ramadan di Kedah sebagai sandiwara politik antara PAS dan DAP bagi memenangi hati pengundi Cina di negeri itu.
Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata isu itu sengaja dimainkan bagi membuktikan kepada masyarakat Cina bahawa DAP mempunyai pengaruh terhadap PAS.
“DAP akan mengatakan kepada masyarakat Cina jangan bimbang berhubung isu itu kerana akhirnya mereka (DAP) akan dapat mempengaruhi segala-galanya yang diperjuangkan dan diputuskan oleh PAS,” katanya kepada pemberita, di Melaka hari ini.
ngkar yang dituntut agama dan menjadi antara prinsip asas perjuangan PAS
\
Saya rasa, part “jangan runding” dari presiden ISMA tu kurang sesuai… Bantahan tetap akan ada daripada non muslim. Bila ada bantahan, terbukalah rundingan. Bagi saya, tiada masalah jika kita berunding dengan sebaik2nya, mana tau rundingan yang baik bakal membuka hati dan menyedarkan golongan yang tak faham…
ISMA jangan terlampau tegas, sampaikan tak boleh berunding… Islam bukan agama diktator @ tak bagi ruang utk orang lain dialog…. Kawal semangat anda dengan hikmah….