|

BERSIH yang bersih

Setelah meneliti dan melihat kepada 8 tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH, saya tidak nampak kenapa ia mesti dihalang. Rakyat ada hak untuk bersuara dan ini harus diiktiraf. BN tidak boleh berterusan dalam keadaan “state of denial” dengan sistem pilihanraya yang berlaku sekarang. Umum mengetahui ia bukan satu yang benar-benar bersih dari penipuan. Pengalanan peribadi membuktikan bahawa sistem ini perlu dibaiki dengan segera.

Jika BN menghalang bererti BN masih kekal tidak mahu berubah dan ini mungkin merupakan detik-detik terakhir kehidupan BN. Tidak ada satu sistem yang memperbodohkan rakyatnya akan kekal selama-lamanya. Lambat laun, dengan perkembangan intelektual dan maklumat sesawang yang berleluasa, sistem itu akan runtuh juga. Jika benar-benar BN mengamalkan pilihanraya yang bersih maka perhimpunan ini tidak perlu ditakuti malah digalakkan.

NGO Ketua

Dalam masa yang sama, saya juga menyarankan supaya semua parti politik dari kedua-dua belah pihak tidak campur tangan. Jangan sesekali mempolitikkan isu ini kerana ia akan hanya menggagalkan proses pengislahan. Bagi saya, biar NGO yang mengetuai dan membuat kenyataan. Jangan ada parti yang menambah tokok. Kekecohan yang berlaku sekarang ini adalah disebabkan banyaknya kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh parti-parti politik yang akhirnya menimbulkan persepsi bahawa perhimpunan ini seolah-olah ada bermotif politik. Saya tidak menyalahkan parti pemerintah yang cuba menghalang kerana kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh parti pembangkang sudah terlalu banyak termasukalah untuk menjadikannya seperti Tahrir Square.

Biarkan NGO yang menguruskannya dan menyerahkan memo kepada yang berkuasa secara aman dan tenang. Saya amat yakin jika ini berjaya dijalankan dengan baik TETAPI masih tidak didengari oleh pihak pemerintah, maka PRU13 akan menyaksikan sejarah baru negara akan terbentuk.

“MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT”

Aminuddin Yahaya,
Timbalan Presiden,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Blog:
Suara Dari Gunung

24 Komen untuk entri “BERSIH yang bersih”

  1. Wartawan Ummah says:

    Mengikut hemat peribadi, apa salahnya program BERSIH 2.0 ini dibuat di dalam Stadium Shah Alam sahaja. Lagipun ianya hanyalah untuk mendesak agar 8 tuntutan dipenuhi. Sekiranya dibuat di dalam stadium, lebih mudah piahk penganjur untuk mengawal keadaan dan lebih mudah untuk mereka memberi penjelasan kepada hadirin berbanding turun ke jalanan yang sudah pastinya sukar untuk dikawal serta bakal menimbulkan ketidakselesan kepada banyak pihak. Tapi kenapa tidak di stadium? Kerana ada agenda yang perlu dicapai oleh penganjur kepada dunia. Tuntutan hanyalah sekadar perkara luar.

  2. Hasan says:

    Saya juga pelik bila ISMA mengadakan demonstrasi di depan Kedutaan Turki beberapa bulan lalu kerana menyatakan sokongan kepada Kerajaan Turki mengenai Marvi Marmara.. apa tujuan berdemo depan kedutaan turki yang menyebabkan laluan menjadi sempit?

    Kenapa tak buat kat stadium?

    komen Wartawan Ummah nampak benar jauh dari realiti..

    BERSIH bukan satu rapat umum, ia adalah satu tuntutan dan ia mahu di bawa ke hadapan YDPA.. maka logiknya perhimpunan diadakan di tempt yang kita tujui.. sama seperti demo ISMA depan kedutaan turki utk nyatakan sokongan kepada kerajaan turki

    KENAPA ISMA BERDEMO DEPAN KEDUTAAN TURKI? bukan di STADIUM?

  3. Pembela Ummah says:

    Kalau buat kat stadium macamana nak hantar memorandum kepada YDP Agong di istana negara?..tujuan perhimpunan adalah untuk menghantar memorandum kepada YDP Agong di istana negara…Apa pula tujuan patriot dan perkasa berhimpun pada tarikh yang sama?..seperti ada agenda tersembunyi…adakah untuk melakukan provokasi dan huruhara??…untuk makluman semua, ketika bersih 1 dulu diadakan, tidak ada seorang pun yang cedera dan harta benda musnah kerana perhimpunan tersebut…saya melihat UMNO ingin menggunakan kesempatan ini untuk mencetuskan kembali rusuhan 13 mei setelah semua provokasi mereka sebelum ini gagal…

  4. Abu Mukhlis says:

    Ada yang memberitahu, mereka tidak mahu lakukannya di stadium kerana mereka ingin menunjukkan keseriusan mereka kepada pihak terlibat tentang perkara ini. Jika dilakukan distadium maka orang ramai tidak akan nampak perkara ini. Mereka juga berkata,jika turun ke jalanan maka mereka dapat menyampaikan juga kepada pihak2 lain & orang2 awam. Wallahualam. Tetapi bagi saya jika perkara ini tidak digembar gemburkan dengan mengatakan akan terjadi peperangan dan sebagainya dan mendapat kerjasama pihak polis maka tidak ada masalah sebenarnya. Cuma bila dah sampai ketahap ini(tahap dimana banyak parti politik buat kenyataan bukan2 untuk ‘provoke’) ramai yang takut dan fobia dengan apa yang akan terjadi dan tidak mahu perkara yang lepas berulang lagi. Hanya sekadar pendapat.

  5. Mat pelik dengan UMNO dan pihak berkuasa, kenapa nak tangkap2 sangat, rasanya Ambeega pun dah minta laluan yang disyorkan oleh pihak polis. Kalau UMNO tak halang dan biarkan je perhimpunan dan perjalanan menyerah memorandum dijalankan secara aman, keadaan takkan jadi serabut macam sekarang. Sampai nak tangkap orang pakai baju BERSIH, pelik dan ajaib.

    Masalahnya bila UMNO cuba membayangkan depada rakyat yang PR ni ganas dengan menjadi tulang belakang BERSIH. Bila provokasi UMNO bermula, keadaan jadi huru-hara. Contohnya ada pelekat-pelekat kereta yang menggunakan lambang bersih, tetapi slogan2 ganas digunakan. Pembangkang sendiri menafikan yang pelekat tersebut adalah dikeluarkan dari pihak BERSIH.

    Jika UMNO yang membuat provokasi sebegitu, amatlah tidak berfikir jauh UMNO ini, sebab jalan yang lebh baik adalah biarkan sahaja perhimpunan dan penyerahan memorandum dijalankan. Polis hanya berwaspada dan mengawal. Orang awam pun akan hormat UMNO.

    Cuma benarkah Provokasi ini hanya datang dari UMNO? Risau juga ada pihak lain yang mengambil kesempatan untuk membuat provokasi dalam BERSIH nanti. Mushuh2 lain pun sentiasa menunggu peluang, risau usaha kristianisasi dan ekstrimis cina dan India juga ada provokasi2 dan percaturan mereka tersendiri.

  6. Keadaan macam dah tegang, sepatutnya tak setegang ini. Kalau permit dikeluarkan, bagi laluan khas ke Istana Negara, maka Takkan wujud suara-suara ganas, marah dan kebencian rakyat terhadap UMNO & Polis. Masalahnya nasi dah hampir menjadi bubur. Pihak polis dah cakap tidak akan runding untuk membenarkan perhimpunan diadakan.. http://malaysiakini.com/news/168597 ..

    Bubur? sebab penyokong BERSIH adalah mereka yang muak dengan UMNO, SPR dan POLIS. Apa pun halangan dan kekakangan polis, mereka tetap akan turun, percayalah!. Arus BERSIH sukar nak dihalang. Maka setiap pihak yang merancang untuk melakukan PROVOKASI akan bersiap sedia.

    UMNO & Polis,

    UMNO boleh menggunakan kesempatan ini untuk menangkap seberapa banyak jaguh2 politik pembangkang ke dalam ISA. Mungkin operasi lalang akan berlaku, tetapi atas alasan himpunan BERSIH. Maka PR akan patah sayap bila orang-orang kuat ditahan ISA dan tak boleh bertanding.

    Kristianisasi, Ekstrimis Cina & India,

    Mereka mesti ada perancangan sendiri untuk mengambil kesempatan ini. Kita tidak tahu apa agenda mereka sebenar. Mustahi mereka tiada agenda. Berwaspadalah. Paling mudahnya ialah dangan adanya BERSIH, Melayu bergaduh dengan Melayu. Polis = Majoriti Melayu, PR = Majoriti Melayu. Hanya beberapa kerat orang cina dan India akan turun.

    PR,

    Membuktikan yang UMNO sangat tidak telus dan takut bayang2. Dah terbukti, sebab belum apa-apa UMNO & Polis dah tangkap sana-sini, dah kutuk BERSIH. Walhal tuntutan BERSIH sangat Rasional.

    Antara Jalan Penyelesaian:

    1. ISMA harus bersungguh2 mencari jalan mempertemukan SPR dengan Jawatankuasa Bersih, untuk DIALOG. ISMA harus menggunakan kebijaksanaan dan reputasi yang ada meyakinkan Najib Tun Razak dan Pihak BERSIH akan DIALOG adalah jalan terbaik. Sebelum 9/7/11, dialog seharusnya disokong oleh Najib Tun Razak dan disiarkan secara langsung dalam televisyen. Dialog tu untuk kepentingan MELAYU dan ISLAM juga. Jika Muhidin Yasin nyatakan risau dengan campur tangan asing disebabkan huru-hara BERSIH, maka UMNO patut bersetuju untuk berdialog. Jika Najib Tun Razak bersetuju, SPR setuju, rasanya Ambeega pun akan setuju batalkan perhimpunan, tumpu dialog.

    2. Sama ada dialog berjaya atau tidak dijalankan, pihak polis tidak sepatutnya menghalang, benarkan kesemua pihak (UMNO, PERKASA, BERSIH) untuk adakan perhimpunan, cuma limitkan kawasan masing2. Pihak polis akan ambil tindakan tegas kepada pihak yang melanggar kawasan kumpulan masing-masing. Jika polis mengharamkan perhimpunan, rakyat akan lebih teruja untuk turun padang. Lumrah manusia kan. Lagi dihalang, lagi teringin.

  7. antara dua bersih says:

    Beza antara Bersih 1 & Bersih 2.0 ialah Bersih 2 berlaku selepas tumbangnya regim2 di Tunisia dan Mesir hasil perhimpunan jalanan rakyat. Persoalannya, adakah Bersih 2 akan berjalan spt Bersih 1 atau berubah arah kpd tuntutan yg lbh agresif

  8. mrwhoright says:

    kenapa mesti bersih byk dgn org melayu dan islam… sedangkn org cina dan india hanya pndang dr tepi dgn muka senyum sinis… perlukah kt menyusahkn org rmai dgn mengadakan perhimpunan mcm ni di tempat awam… bersih yg pertama dah ckup buat org lain yg xterlibat jd susah…

  9. abu nada says:

    saya setuju dengan pandangan wartawan ummah.

  10. Iqbal Hakim Abdul Razak says:

    Dalam akhbar Sinar Harian ada laporan mengatakan Ambiga tolak pelawaan SPR untuk berbincang.

    Ini satu perkara yang mendukacitakan. Setelah terbuka pintu untuk perbincangan hasil daripada tekanan-demi tekanan, akhirnya? Betul2 mendukacitakan keputusan tersebut

  11. Hj Zainuddin says:

    KENYATAAN RASMI ISMA:

    “ISMA akan menyokong semua kebaikkan selagi tidak ada unsur politik…” [http://suaradarigunung.wordpress.com/2011/06/28/bersih-yang-bersih/#comments].

    Nampak jelas ISMA tidak mahu menyatakan “pendirian” dalam stand tuntutan keadilan melalui sistem pilihanraya yg dibawa oleh BERSIH, yg dipelopori oleh 83 NGO Islam & bukan Islam dan juga badan plitik.

    Apa salahnya ada penglibatan parti politik, yg sememangnya sangat ‘arif di dalam segala penipuan dalam sistem pilihanraya di Malaysia?

    Saya berpandangan pandangan tersebut amat tersasar jauh daripada apa yg diajar ajaran Islam. Dan sungguh saya terkilan dgn mana-mana pertubuhan Islam mengambil pendirian tersebut.

    Pendirian tidak mahu terlibat “hanya disebabkan” ada unsur politk sangat bertentangan dengan tindakan ISMA selama ini yg bersama parti yg memerintah atau NGO dari parti yg memerintah di dalam pelbagai isu melibatkan kebaikan ummat Islam.

    Byk contoh perkara tersebut.

    Cuma secara tiba-tiba mengambil pendirian sekarang as “apolitical”; rasanya ia jauh tidak sama dengan perlaksanaan yg dilakukan oleh ISMA.

    Malu ISLAM jika inilah pendirian yg mahu ditunjukkan kepada masyarakat dan mereka yg bukan ISLAM oleh seorang ISLAM.

    Wallahu’alam.

  12. ahmad says:

    salam syeikh HJ ZAINUDDIN

    mcm mana anda bole kata pandangan ISMA tu jauh tersasar drpd ajaran Islam? bole dtg kan dalil aqli dan naqli?

    adakah BERSIH akan memastikan Islam itu dijulang? bahkan tidak. jd apa kaitannya?
    BERSIH hanya tuntutan kebebasan rakyat terhadap sistem pilihanraya. dan tuntutan itu tiada masalah langsung bg ISMA, bahkan ISMA menyokong hak kebebasan dalam bersuara. mungkin atas sbb tertentu ISMA tidak menyatakan sama ada sokong @ tidak. ISMA berijtihad, sama ada salah @ betul, wallahu a’lam.

    dan setahu saya banyak gerakan Islam di seluruh dunia tidak meyakini dgn cara demonstrasi utk menukar kerajaan . ISMA tiada masalah dengan cara berdemo ( cth demo palestin dan sbgnya), cuma bila melibatkan hubungan sesama muslim. BUKANKAH lebih baik kita mencari titik penyelesaian yg baik???

    dan benar di negara arab, mesir, yaman , jordan, syria dan sbgnya ikhwan muslimin turun bersama masyarakat utk menyatakan sokongan. dan rejim pemerintah itu semuanya di kalangan org islam. cumanya beza BERSIH dan demo di tanah arab bukan hanya, atas persamaan demo sahaja. BERSIH 2.0 perlu diteliti drpd pelbagai sudut dan kesannya.

    sememangnya mendidik generasi baru utk lebih mendekati Islam dan memahami tuntutan syahadah adalah lebih baik. :)

  13. Bijan says:

    Arab sepakat Islam berdaulat.

  14. Cik Kiah says:

    Tn Haji Aminuddin,

    Peribadinya saya bersetuju kalau dikatakan secara umum, “demonstrasi itu dibolehkan dalam Islam”.

    Walaubagaimanapun, untuk menghalalkan Bersih 2.0, sudah pasti intipati yang lain wajib dilihat juga termasuk aspek alibi, relevan dan logis tuntutan, jawatankuasa, pro dan kontra serta dan hal-hal yang bersangkutan.

    Pertama kita lihat dari sudut tuntutan.

    Tuntutan berkenaan apa? Pilihanraya.
    Siapa mengurus pilihanraya? SPR.
    Maka tuntutan ini umumnya kepada siapa dan untuk siapa? SPR yang mengurus pilihanraya.

    Baik. Kita rujuk beberapa senarai tuntutan (8 kesemuanya); kita mulakan dengan tuntutan ‘hentikan politik kotor’, ‘memperkasakan institusi awam’, ‘menamatkan korupsi’ dan ‘akses media yang adil’.

    Saudara yang saya hormati, antara 4 tuntutan tadi, yang mana agaknya yang SPR ‘ada’ kuasa dan di bawah jurisdiksi SPR. Jujurnya, satupun TIADA. Jadi apa kaitannya 4 tuntutan ini dengan SPR? Lucu bukan.

    ‘Hentikan politik kotor’ saya kira ini berlaku di kedua-dua belah pihak. Seorang Altantuya dan seorang China Doll. Cuma bezanya ada yang ada video, DNA dan ada yang tak ada apa-apa bukti kecuali cerita. Jadi kalau memo hendak dihantar, ia sepatutnya kepada kedua-dua BN dan PR.

    ‘Menamatkan korupsi’. Korupsi berlaku di peringkat pentadbiran kerajaan dan swasta. Pecah amanah dan sebagainya. Jadi apa kena mengena SPR? Apa kaitan dengan pilihanraya? Dan menguruskan hal berkaitan korupsi ialah SPRM.

    ‘Memperkasakan institusi awam’? Ini adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan dan tiada mengena dengan pilihanraya adil. Hal-hal sebegini sudah pasti boleh dibawa ke parlimen bukan yang dipenuhi sekitar 45% ahli pembangkang?

    ‘Akses media yang adil’. Tuntuan ini ada sedikit relevan. Namunpun demikian, ini bukanlah hak serta jurisdiksi kepada SPR. Ini hal Kementerian Penerangan. Malahan, dengan akses media cetak yang pelbagai (Harakah, Sin Chew, Suara Keadilan), media cyber dan elektronik, laman sosial dan sebagainya, tuntutan ini ternampak tidak sekukuh mana.

    Lain-lain tuntutan adalah ‘tempoh minima 21 hari berkempen’. Apa relevannya? Bukankah kedua-dua BN dan PR berkempen di media cetak dan media cyber sepanjang tahun dan 24 jam sehari? Dalam mana ruang politik kita masih anak-anak (berasaskan kaum dan sentimen ajak benci-membenci), adakah kita berminat memanjangkan tempoh kempen dalam keadaan mungkinnya berlaku pergaduhan itu ada?

    ‘Penggunaan dakwat kekal’. Cuba kita semak dan teliti, contoh negara yang menggunakannya. Di mana? India. Mengapa agaknya perlu sistem dakwat kekal ini disana? Jawapannya mudah, India walaupun kini antara kuasa ekonomi Asia, harus diingat sistem pendaftaran warganya masih tidak lengkap. Jangan kita tertipu dengan kuasa ekonominya kerana di India, sistem kasta memastikan yang kaya terlalu kaya dan yang miskin, kad pengenalan pun tak ada! Jadi itulah gunanya dakwat kekal… kerana itu tanda pengenalan mereka sudah mengundi bagi yang tak ada tanda pengenalan. Di negara yang moden seperti Malaysia ini, yang dah ada kad pengenalan nak buat apa pakai dakwat kekal?? Setuju tak kalau saya katakan dakwat kekal ini SANGAT-SANGAT BOLEH diciplak? Kad pengenalan lagi susah nak tipu!

    ‘Tuntuan pilihanraya yang saksama perjalanan’ dan ‘perubahan pada sistem undi pos’. Ini ada sedikit relevan. Pun masih boleh dipertikai dan lebih bersifat pertuduhan (ada nak disertakan bukti ke?). Cuba kita lihat berapa jumlah negeri yang dipegang oleh pembangkang? Kelantan dipegang sejak bila? Harus kita ingat dan mesti kita jangan lupa undi pos cuma 1% SAHAJA dari 99% pengundi. Relevan sangatkah tuntutan yang ini sampai perlu berarak? Cuba kita fikirkan sekejap. Kalau betul hendak ditipu sistem pilihanraya dinegara ini secara 99% kurang-kurangnya (termasuk undi pos) macamana Kelantan boleh sentiasa pada pembangkang dan 5 negeri boleh ditawan? Benarkah pilihanraya di Malaysia ini sangat-sangat tidak adil? Logik?

    Maka dari huraian saya tadi berkaitan alibi, relevan dan logis tuntutan ternampak hampir 70% tuntutan samada tidak begitu relevan, goyah dan boleh dipertikaikan. Adakah kita merasa 30% itu cukup banyak untuk berdemonstrasi dan berarak di jalan?

    Masih merasa 30% itu sebab relevan untuk berarak? Mari kita lihat berkaitan jawatankuasa pula. Saya separuh bersetuju kalau di katakan dalam tuntutan yang sepatutnya bersifat neutral, ia mesti diketuai oleh NGO. Tetapi saya mahu menambah, bahawa NGO-NGO ini juga mesti bersifat non-partisan, berkredibiliti baik dan hingga ke peringkat jawatankuasa pun TIDAK BOLEH ada orang berkait politik.

    Tetapi siapa ada dalam jawatankuasa Bersih 2.0? Ahli Jawatankuasa Bersih tokoh-tokoh politik pembangkang iaitu Mohamad Sabu, sebagai Timbalan Bersih yang juga Timbalan Presiden PAS; Tian Chua, AJK Publisiti Bersih yang juga Naib Presiden PKR; Dr Hatta Ramli, AJK Mobilisasi Bersih yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat; Syed Shahril Mohamud, Ketua Cabang PKR Kelana Jaya; Teresa Kok, Pengerusi DAP Selangor dan Badrul Hisham Shaharin, aktivis PKR.

    Jadi ini sebenarnya apa? Aktiviti politik jalanan dan bukan aktiviti non-political, setuju? Datuk Ambiga pengerusi Bersih sepatutnya MENOLAK SEKERAS-KERAS nya penglibatan politician tetapi tidak berbuat demikian? Mengapa?

    Bab kredibiliti jawatankuasa saya fikir sudah tercalar. Itu belum mengambilkira kredibiliti pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga dikatakan ada kaitan dengan kes murtad dan Lina Joy yang pernah menggemparkan negara dan begitu juga IFC. Soal benar atau tidak ia mungkin boleh didebatkan. Tetapi seandainya dalam keadaan tidak pasti, apa perlu orang Islam berarak bersama dengan insan yang mungkin dihati ada tujuan tidak elok?

    Dari segi pro, memanglah rakyat boleh menyuarakan rasa tidak puas hati (tetapi itupun saya saya sudah rungkai, tidaklah relevan mana). Tetapi kalaulah berlaku pertembungan antara Bersih dan Patriot, dan ia sudah hampir pasti mungkin menimbulkan huru-hara dan pergaduhan, adakah Himpunan Bersih 2.0 masih perlu diadakan?

    Banyak lagi saluran lain yang boleh disuarakan hal-hal berkait tidak puas hati. Bukan tiada langsung pun, malahan banyak juga.

    Saya fikir penilaian-penilaian ini sudah membuktikan betapa kalaupun betul rakyat ada hak untuk bersuara dan ini harus diiktiraf, buat ketika ini ternyata langsung tidak perlu ianya dilakukan melalui Bersih.

  15. surur says:

    Yang nak pergi tu maka didoakan selamat pergi n balik.Betulkan niat agar jadi ibadat.Yg tak pergi tu buatlah kerja lain dan doakan kesejahteraan sahabat2 kita.

  16. ensem says:

    Salam,

    Cik Kiah boleh bagi sumber AJK bersih 2.0 yg Cik kiah tulis tu?

    Thanks.

  17. yang insaf says:

    Setuju dgn kenyataan timb presiden. Biar ngo yg nmpk lebih berperanan agar ianya lebih nampk ianya adalah suara rakyat.

  18. Anonymous says:

    Terbukti Bersih di dalangi pembangkang. Lagi mau pusing? Jom kita tengok gambar ni :-

    http://media1-cdn.malaysiakini.com/381/076ecf657d49de069722f6824ae45336.jpg

  19. pencinta kedamaian says:

    Tidak salah untuk menuntut perubahan terutamanya ke arah yg lebih BERSIH. Tapi biarlah beradab dan kena caranya. Bukan dgn cara memprotes macam ni. Bayangkan, selama ni M’sia terkenal sbg negara yg aman dan keadaan inilah yg membuatkan pelancong datang ke M’sia dan pelabur melabur di sini. Tapi dgn kejadian baru2 ini, hanya org bodoh saja yg sanggup melabur di negara yg kucar kacir dan hanya org bodoh saja yg sanggup melancong ke negara yg tengah bergolak. Kita tidak lagi indah di mata dunia…..

    Saya setuju dgn kenyataan Mat Pulau Mutiara :
    Kristianisasi, Ekstrimis Cina & India,
    Mereka mesti ada perancangan sendiri untuk mengambil kesempatan ini. Kita tidak tahu apa agenda mereka sebenar. Mustahi mereka tiada agenda. Berwaspadalah. Paling mudahnya ialah dangan adanya BERSIH, Melayu bergaduh dengan Melayu. Polis = Majoriti Melayu, PR = Majoriti Melayu. Hanya beberapa kerat orang cina dan India akan turun.

    Yang ruginya Melayu. Cuba tengok bagaimana DAP & MCA bergabung. Walaupun tidak nampak gabungan mereka tapi itulah sebenarnya yg berlaku sbb itu kita jarang dengar MCA & DAP berperang, tidak seperti PKR, PAS & BN….sedarlah, mereka bertindak di dalam diam dgn mempergunakan MELAYU……

    Lagipun Ambiga telah diberi peluang untuk mengadap Agong. Kenapa tidak diserahkan tuntutan itu sewaktu perjumpaan tersebut. Itu lebih elok kerana peluang telah dibuka dengan luas untuk berbincang. Tidak perlu untuk berarak……gunakan medium perbincangan kerana itu lebih bertamadun. Saya tidak menyokong mana2 parti tapi kejadian 9 Julai benar2 menyusahkan banyak pihak. Dan yg penting memalukan negara di mata org luar….

    Kalau betul2 rakyat mahukan perubahan, buktikan dalam PRU nanti. Itu namanya demokrasi. Sekiranya kerajaan yg ada sekarang benar2 KOTOR, maka rakyat perlu memangkah parti lain selain drpd BN di dalam pilihanraya akan datang. Jgn takut dgn MAINAN WAYANG KERAJAAN yg kononnya akan memanupulasi keputusan pilhanraya sbb jika benar ianya berlaku, Selangor, Perak, Kedah & Pulau Pinang tidak akan jatuh ke tangan pembangkang pada pilihanraya yg lalu. Lebih baik kerajaan kekalkan negeri2 ini di bawah pentadbiran BN terutamanya Selangor & Pulau Pinang yg menjana ekonomi negara…..

    Tidak dapat dinafikan yg kita perlukan ketelusan di dalam sistem pemerintahan negara. BERSIHlah mereka yg KOTOR, kerana ianya penting untuk rakyat tetapi gunakanlah pendekata yg lebih bertamadun…

  20. Jika UMNO & Polis Memberi Permit, Laluan untuk BERSIH:

    1) Tiada kesesakan lalu lintas MELAMPAU, sebabnya:

    -khaskan satu dua laluan untuk peserta perhimpunan bersih
    -tetapkan laluan alternatif untuk mereka yang tidak menyertai BERSIH
    -maka pertembungan pihak yang nak ke perhimpunan dan & ke tampat lain akan berkurang
    -canangkan di siaran TV mengenai laluan-laluan khas peserta BERSIH & Laluan alternatif bagi pihak lain iaitu orang awam

    2) Tiada Kerugian mendadak bagi peniaga, dan mungkin untung berlipat kali ganda, sebab:

    -Masing-masing dah tahu laluan masing-masing
    -Yang nak berhimpun ikut laluan A yg dah ditetapkan oleh polis, yang nak ke tempat lain ikut laluan B, maka peniaga boleh buka gerai dan kedai berdasarkan laluan yang ditetapkan.
    -Bukan selalu orang ramai turun ke KL macam tu, peniaga akan untung besar jika peserta diurus dengan baik oleh polis dan kerajaan.

    Rungutan kerugian oleh peniaga dan kesesakan oleh orang ramai berpunca dari pengharaman perhimpunan BERSIH. Bila dah haramkan, mula lah tangkap-menangkap.

    Bila dah haramkan perhimpunan, mula timbulkan kemarahan.

    Bila dah haramkan, pihak berkuasa hilang punca macam mana nak halang peserta, buntu macam mana nak bnuktikan polis mampu mengawal perhimpunan…tup,tup,tup… habis semua simpang masuk ke KL ditutup.

    Bila dah tutup jalan dan simpang…maka:

    - Berlaku kesesakan, orang yang tak nak ke perhimpunan pun terpaksa kena tahan
    - Orang yang nak pi beli barang kat kedai pun tak boleh masuk bandar sebab tak ada jalan alternatif
    - Bandar jadi lengang, peniaga rugi..

    Tapi… orang selalu komen : “Ini angkara BERSIH”, “Ini angkara BERSIH”.. benarkah angkara perhimpunan? atau kelemahan pengurusan dan kurang bijak oleh pihak tertentu?

    Pihak berwajib yang rakyat hormati… mari kita memperbaiki keputusan tindakan yang bakal diambil jika perkara berulang pada masa hadapan..bila tengok peserta bersih..tak ada pun yang bawa kayu atau parang ke perhimpunan..Kalau bersorak tu, biasalah.

  21. mohd yasin says:

    assalamualaikum..
    setelah membaca pandangan saudara timbalan presiden berkaitan BERSIH, saudara timbalan presiden perlu belajar tentang ilmu politik dan kebebasan bersuara. Pandangan saudara condong kepada pembangkang, maka dengan itu hujah saudara ditulis sebegitu. Dangkal dan tidak bersifat ilmiah.

  22. tinta merah says:

    sdr Mohd Yassin, hairankah anda jika majoriti ahli dan pimpinan NGO yang cenderung pd pembangkang dan tidak pd BN? Yang pelik ialah JIKA MEREKA CENDERUNG pd BN spt sekelumit pimpinan Isma. Moga Hj Amin punya paksi yang kuat, tuan adalah profesional, jgn sama idea dgn pimpinan yang buat analisa politik melalui buku dan pemerhatian. ( cenderung bkn bermakna sokong, tetapi tak kisah sapa jadi PM)……ada yg balik dari Mesir, dan ramai yang tiada pengalaman kerja dalam kelompok msyarakat besar…..dulu mereka nak berNGO pun malu-malu. Baru beberapa tahun berNGO, mula tunjuk banyak tahu dlm politik!!!