|

Bersih 2.0: Elak kekerasan dan provokasi

Menjelang perhimpunan Bersih 2.0 yang dirancang esok, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) meminta agar pihak-pihak yang terlibat mengelak daripada melakukan sebarang tindakan yang berunsur kekerasan dan provokatif.

Pihak berkuasa terutamanya seboleh mungkin perlu mengelak daripada mengambil tindakan keras terhadap para peserta perhimpunan dalam usaha untuk mengawal keadaan. Tindakan sedemikian dikhuatiri akan memburukkan keadaan, malah memungkinkan perhimpunan aman yang dirancang berubah kepada konfrontasi fizikal antara kedua-dua pihak.

Pada masa yang sama, ISMA berharap agar penganjur perhimpunan, baik daripada Bersih atau pihak-pihak lain yang turut sama merancang, dapat memastikan perhimpunan mereka berlangsung dalam suasana yang aman dan terkawal. Para peserta juga diminta supaya menjauhkan diri daripada sebarang tindakan berunsur provokatif yang boleh mengeruhkan keadaan.

Akhir sekali, ISMA mengingatkan pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air keruh supaya tidak mengambil kesempatan daripada perhimpunan ini untuk kepentingan sendiri, dengan merancang sebarang tindakan yang boleh mencetuskan keadaan yang tidak diingini.

4 Komen untuk entri “Bersih 2.0: Elak kekerasan dan provokasi”

  1. sahabat islam says:

    kes mcm ni isma nk berkecuali, tp program isma selalu betul jumpa org2 kerajaan, timbalan menteri la, ketua menteri la, org JAKIM la… apa ni isma… jgn pulak org kata tak jantan, yang benar adalah benar, pada ini nampak dah isma tu mcm mana

  2. Abu Fahmi says:

    Sahabat Islam,

    Apa yang tak kenanya ISMA jemput orang2 kerajaan. IMHO, nanti kalau muncul “kerajaan baru” pun ISMA akan jemput jugak orang2 kerajaan. ISMA ni NGO bukan parti politik jadi pada pendapat ana dengan kerajaan ISMA tak buat musuh malah buat kawan dan anggap mereka mad’u lagi…Enta rasa berdosa ke panggil orang kerajaan/Menteri/Timb. Menteri/JAKIM etc. ? Enta nak ISMA panggil sapa? AI, TGHA. TGNA, MS? Sabarlah, banyakkan kerja kurangkan komplen.

    “Dirikan Islam di dalam dada-dada kamu, niscaya ianya akan terdiri di bumi kamu” – Hasan Hudhaibi

  3. hikmah says:

    relax2, orang isma bukan takat jumpa orang kerajaan je orang2 yg mengidam2kan utk naik jadi kerajaan pun ada..

  4. ahmad says:

    kes apa nya syeikh
    apa yg benarnya???

    ISMA tak pernah menyokong pun apa2 kezaliman, maksiat. ISMA mengambil pendirian tersebut berdasarkan :
    http://www.ismaweb.net/v4/2011/07/penjelasan-pendirian-isma-terhadap-isu-bersih/

    kemudian kaitan kerajaan tu. ISMA adalah ngo non partisan dan tidak terlibat dgn politik kepartian. ISMA tampil menghulur tangan utk meredakan pertembungan yg teruk dan boleh mendatangkan mudarat utk kemaslahatan Islam itu sendiri.

    “berusahalah menutup keaiban ahli maksiat. Kerana tersebarnya cerita maksiat mereka adalah suatu yang mengaibkan nama umat islam. Perkara yang paling penting ialah segala kecacatan wajib ditutup” pesan ibnu hubairah, perdana menteri kerajaan Abbasiyah kepada golongan penyeru kebaikan

    ISMA nampak mcm mana? :)
    hanya dgn BERSIH shj dpt menentukan sesebuah organisasi tu mcm mana…hmmm
    habis projek2 Islam kalu mcm tu. projek islam itu seni dan agung. membina generasi harapan