|

Notis Mesyuarat Agung Tahunan KOPRESS Kali Ke-2

Rujukan kami: 2011/05/01

Tarikh: 25 Mei 2011 / 21 Jamadil Akhir 1432H

Semua anggota Koperasi Profesional Ikatan Muslimin Malaysia Berhad (KOPRESS),

Assalamualaikum wrbt.

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPRESS KALI KE-2

Merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-2 KOPRESS akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat, seperti berikut:

Tarikh: 25 Jun 2011 (Sabtu)

Masa: 10.00 pagi

Tempat:
Dewan Seminar, Ibu Pejabat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
No. 27-1-1, Jalan Medan PB 1A, Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Seperti yang termaktub di dalam Undang-Undang Kecil KOPRESS, Peraturan 33, berikut adalah agenda Mesyuarat Agung Tahunan KOPRESS kali ke-2:-

a) melantik Pengerusi dan Pencatat Minit Mesyuarat Agung Tahunan;

b) mengesahkan minit Mesyuarat Agung kali Pertama;

c) menimbang laporan-laporan Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman;

d) menimbang dan meluluskan akaun-akaun teraudit Koperasi bersama laporan juruaudit Koperasi ini;

e) memilih anggota-anggota Lembaga Bagi Tahun 2011/2012;

f) menimbang dan meluluskan belanjawan tahunan bagi tahun kewangan 2011;

g) meluluskan tiada elaun-elaun kepada anggota-anggota Lembaga dan tiada saraan bagi anggota-anggota Lembaga yang dilantik;

h) meluluskan pelantikan suatu panel yang terdiri daripada tidak kurang daripada dua (2) firma juruaudit luar untuk dipilih salah satu daripadanya bagi mengaudit akaun-akaun Koperasi dan memberi kuasa kepada     Lembaga untuk meluluskan bayaran yuran audit kepada juruaudit luar yang dilantik;

i) menetapkan had maksimum keterhutangan Koperasi ini;

j) melantik suatu jawatankuasa yang terdiri daripada enam (6) orang anggota dan empat (4) orang anggota Lembaga untuk menentusahkan draf minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-2;

k) menimbang dan meluluskan pembahagian keuntungan;

l) mendengar, menimbang atau memutuskan apa-apa usul atau urusan lain Koperasi;

m) menimbang dan meluluskan apa-apa cadangan pindaan kepada Undang-undang Kecil Koperasi, jika ada;

n) mendengar dan memutuskan apa-apa aduan;

o) meluluskan apa-apa perbelanjaan kepada Jawatankuasa Audit Dalaman; dan

p) menimbang dan meluluskan apa-apa laporan yang hendak dikemukakan menurut kehendak Akta dan Peraturan, jika ada.

Tuan/Puan dijemput hadir di Mesyuarat Agung Tahunan KOPRESS kali ke-2 ini untuk merancakkan lagi perbincangan nanti.

NOTA: Sekiranya ada usul atau urusan lain atau aduan yang hendak dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan tersebut hendaklah dimaklumkan kepada SETIAUSAHA KOPRESS TUJUH (7) HARI sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-2.

Sekian. Terima kasih.

 

Yang benar,

Khairudin bin Hj Mohd Ali

Setiausaha,

Koperasi Profesional Ikatan Muslimin Malaysia Berhad (KOPRESS)

No tel bimbit: 019-2677180

 

s.k.

1)  Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Wilayah Hulu Langat / Gombak
Aras 7, Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama,
55100 Pandan Indah, Kuala Lumpur
Tel: 03-4295 7068 | Faks: 03-4295 7062

2) Pengerusi KOPRESS