|

Autumn Gathering 2011 timbulkan kesedaran tentang peranan sebagai generasi harapan

WERRIBEE - Seramai 56 orang peserta merentasi sempadan umur dan bidang pengajian teleh menyertai Autumn Gathering 2011 anjuran ISMA Cawangan Victoria bertempat di Attaqwa Islamic College, Werribee.

Program ini yang bertemakan ‘ISLAM in My Heart’ telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Saudara Afzal Alias selaku pengacara program.

Para peserta telah dibahagikan kepada dua kumpulan yang akan melalui aktiviti berbeza sepanjang program.

Para peserta dari kumpulan pertama telah dibentangkan dengan pembentangan  yang bertajuk `From Zero to Hero’ oleh penceramah jemputan dari ISMA Cawangan South Australia, Dr. Rozanizam Zakaria.

Dr. Rozanizam telah menekankan bahawa setiap daripada umat Islam adalah ‘hero’, namun telah dijinakkan menjadi ‘anak kijang yang pengecut’.

Justeru, dengan mengetahui punca-punca kepada kejatuhan umat Islam, kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan meletakkan Islam kembali pada tempatnya.

Dalam slot yang diselangi dengan tayangan video dan bengkel ini, para peserta telah diberi kesedaran tentang keperluan bagi setiap individu untuk berusaha  mengenali potensi diri dan menggunakannya dengan kadar yang optimum.

Bagi para peserta yang pernah melalui pembentangan ini, mereka telah diletakkan dalam kumpulan kedua yang bertajuk `Psychological War’ dan `Our Enemies; Who Are They?’

Pembentang yang rata-rata terdiri dari pelajar ‘seniors’ cuba untuk menampilkan kelainan dengan mengaplikasikan kemahiran teknologi maklumat untuk menghasilkan video-video yang menarik dan fakta-fakta disampaikan melalui lakonan watak-watak yang hidup.

Kajian yang mendalam tentang sejarah dan strategi-strategi yang digunakan Zionis dan Freemason untuk menjatuhkan umat Islam didedahkan untuk menimbulkan kesedaran tentang peranan kita sebagai generasi harapan.

Pada petangnya, aktiviti team building telah diadakan dengan tujuan mengeratkan ukhuwwah sesama peserta.

Kemuncak kepada Autum Gathering kali ini adalah persembahan lakonan oleh ahli-ahli dan sukarelawan ISMA Australia-Victoria bagi melengkapkan siri tazkirah bertajuk hadis sahih ‘Ghulam’.

Pada hari kedua, para peserta bersama-sama berbincang dan membentangkan resolusi masing-masing untuk diaplikasikan sejurus sahaja mereka pulang dari Autumn Gathering ini.

Sumber: Laman Web ISMA Australia