KRIM Kedah raikan ahli-ahli cemerlang dalam SPM
BANDAR DARUL AMAN, 20 Mei – Kelab Remaja ISMA Kedah telah mengadakan satu majlis ringkas bagi meraikan ahli-ahli yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2010.
Majlis yang diadakan di Pejabat Isma, Bandar Darul Aman turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi PEMBINA Kedah, En. Ali b. Saip serta ahli-ahli PEMBINA Kedah.
Dalam majlis tersebut, adik Nabil Fikri bin Najib telah mendapat anugerah pelajar lelaki terbaik manakala adik Widad binti Abd Qais telah dianugerahkan pelajar terbaik bagi kategori perempuan.
Kedua-dua pelajar akan melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat.
Turut diadakan dalam majlis yang sama ialah majlis penyerahan ahli KRIM kepada PEMBINA, di mana mereka diberi telah pendedahan awal oleh Pengerusi Pembina tentang suasana yang akan dihadapi apabila melangkah masuk ke alam universiti dan kolej.
Sumber: Laman Web ISMA Kedah


