Seminar Kerjaya Perubatan tarik minat para pelajar Sekolah Tun Fatimah
JOHOR BAHRU – Bertempat di Dewan Sekolah Tun Fatimah (STF), Ikatan Pengamal Perubatan Muslimin Malaysia (I-Medik) cawangan Johor telah berjaya mengadakan Seminar Kerjaya untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 dari sekolah berkenaan.
Seminar Kerjaya yang memfokuskan kepada kerjaya sains perubatan dan kesihatan bersekutu ini telah berjaya menarik minat lebih 150 pelajar, yang rata-ratanya bercita-cita untuk menjadi doktor perubatan, doktor gigi dan ahli farmasi.
Seminar telah bermula dengan sesi pengenalan tentang organisasi I-Medik kepada para pelajar oleh pengerusi I-Medik Cawangan Johor, Dr. Azmir Shaari dan diteruskan dengan pembentangan ‘Laluan kerjaya perubatan selepas SPM’ oleh Dr. Izzaturrahmi.

Seminar diteruskan dengan sesi forum dan perkongsian pengalaman. Sesi yang berlansung secara santai dan mesra ini telah mendapat sambutan hangat daripada para pelajar . Pelbagai soalan menarik telah dibincangkan dengan baik oleh para panelis yang terdiri daripada Dr. Nadia, Dr. Anayasmin dan Cik Raihan. Sesi forum ini telah dipengerusikan oleh Cik Siti Khatijah.
Berdasarkan maklum balas daripada pihak STF dan para pelajar, pihak penganjur merasakan bahawa seminar ini telah berjaya mecapai objektif utamanya untuk memberi pendedahan awal tentang dunia perubatan. Menurut kaunselor STF, Puan Muzdalifah, beliau menyambut baik seminar ini dan berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada tahun-tahun hadapan.




tahniah ISMA, usaha yang bagus, harap dapat juga mendedahkan pula tentang Kumpulan Sokongan dalam Perubatan seperti Jururawat, Pen. Peg. Perubatan, Pemb. Perawatan Kesihatan dan banyak lagi….