|

Program TAMAR bantu pelajar lepasan SPM tentukan halatuju

KUCHING – Buat julung kalinya Kelab Remaja ISMA Cawangan Sarawak (KRIMSAR) telah menganjurkan Program Tautan Mahabbah Remaja (TAMAR) di Taman Rimba Samajaya, Tabuan/Stutong.

Program ini bertujuan mengumpulkan para pelajar lepasan SPM bagi mendedahkan kepada mereka peluang menyambung pelajaran, memberi bimbingan dalam memilih jurusan berdasarkan minat yang realistik dan kelayakan akademik serta memotivasikan mereka untuk terus belajar di samping mengikuti program-program bercorak keislaman.

Seramai 24 orang peserta dari sekitar daerah Kuching dan Samarahan yang baharu menerima keputusan peperiksaan masing-masing telah mengikuti program ini yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

Antara  aktiviti yang telah dijalankan termasuk Taklimat/Ceramah, Penerapan Nilai-Nilai kerohanian, Latihan Dalam Kelompok (LDK) bersama fasilitator, Modul Bimbingan Akademik dan Kerjaya dan Ujian Minat Kerjaya, VPI.

Menurut penganjur, program ini secara langsung telah mencapai objektif yang digariskan berdasarkan respons dan maklumbalas daripada para peserta.

 

Pengerusi KRIMSAR, En. Abdul Gafar bin Mahdi  turut mengambil peluang untuk memperkenalkan ISMA dan KRIM kepada para peserta memandangkan ini ialah program pertama yang dianjurkan.

Sumber:  Laman Web ISMA Sarawak

4 Komen untuk entri “Program TAMAR bantu pelajar lepasan SPM tentukan halatuju”

  1. Hafi anak kelahiran Bumi Kenyalang says:

    Tahniah ISMA dan KRIM moga terus maju.

  2. Us Sofee Mustafa ( ISMA Jordan ) says:

    Gembira kami melihatnya, Tahniah KRIM Serawak

  3. Aiman Rosli says:

    Lepas ni Kembara Ukhuwwah Remaja Sarawak (KURMA) pulak… heh heh.. setinggi2 tahniah.. moga terus maju…

  4. KRIMer Sar says:

    Aiman Rosly: KURMA..idea yg baik. Jzkhoir
    Buah cempedak di luar pagar
    Ambil galah tolong jolokkan
    Kami KRIMSar baru belajar
    Kalau salah tolong tunjukkan