|

Polis perlu segera dedah identiti pelaku video seks – Ustaz Abdullah Zaik

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya ingin membuat kenyataan mendesak Ketua Polis Negara agar mengumumkan identiti pelaku dalam video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jika analisa pakar telah dilakukan oleh pelbagai pihak termasuk pakar dari Amerika Syarikat dan polis sudah mengenal pasti pelaku tersebut, kami mendesak agar pihak polis segera mengumumkan identitinya kepada umum.

Sikap pihak polis yang tidak mengumumkannya akan menyebabkan teka-teki berterusan dalam masyarakat. Ini tidak baik untuk kesejahteraan pandangan umum. Tujuan kami membuat desakan ini adalah untuk menamatkan fitnah dan membersihkan nama orang yang difitnah.

Jika sebaliknya, dan benar seperti yang didakwa, maka tindakan undang-undang boleh dilakukan ke atas mereka yang terlibat. Telah banyak desakan yang dibuat dan diharap pihak polis mengambi kira perkara ini.

Sekian.

Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman,
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

16 Mei 2011

3 Komen untuk entri “Polis perlu segera dedah identiti pelaku video seks – Ustaz Abdullah Zaik”

  1. Hamba Allah says:

    Salam Ustaz Abdullah Zaik dan warga ISMA

    Pengesahan oleh pakar Korea dan AS adalah pengesahan ketulinan video seks. Tidak perlu mereka sahkan sudah tentu ia tulin tanpa syak.

    Yang menjadi syak adalah siapakah didalam video itu. 3 isu kita perlu perhati:

    1. Qazaf: Video bukan satu bahan untuk menthabitkan had. Sebagai orang Islam kita kena yakin itu bukan Anwar sehingga dia terbukti bersalah dengan 4 saksi adil.
    2. Tutup aib: Kita perlu tutup aib, tidak kiralah itu anwar atau bukan. Jika ia bukan Anwar, sbg orang Islam, kita perlu tutup aib ia si fulan itu.

    Jadi, masyarakat hanya perlu difahamkan dgn isu Qazaf bukan didedahkan siapakah pelakunya. Saya mengajak ISMA bersama2 dalam hal ini InsyaAllah

    Salam

  2. umar says:

    ustaz, bagaimana dgn tuntutan untuk melindungi keaiban seseorang?

  3. Ust Lah Zaik says:

    Hamba Allah…4 orang saksi untuk sabitkan hukum hudud. Orang bersina tetap berdosa besar kalu dia berzina walaupun tidak diketahui orang.

    Anwar kata itu bukan dia, kalau Anwar benar polis akan umumkan “pelakunya bukan Anwar” . selesai maslah Anwar ,, bersih imej.

    Di malaysia tak ada hukum hudud…orang bezina didakwa khalwat..tak perlu empat orang saksi.

    Tutup aib kalau ia belum terbuka..sekarang ia telah terbuka,,jadi yang diperlukan ialah tamatkan kes.

    Hanya Anwar yang boleh kemukan saman qazaf..itu yang patut Anwar lakukan.