|

Pendirian terhadap pembunuhan Osama bin Laden

Dunia telah merasa dan umat Islam sendiri telah banyak merana akibat serangan media antarabangsa yang sengit ke arah mengaitkan Islam dengan keganasan (terrorism), menyifatkan umat Islam sebagai pengganas dengan mengaitkan Peristiwa 11 September dengan Tanzim Al-Qaedah.

Hari ini Presiden Obama telah mengumumkan kejayaan pasukan khas Amerika melakukan pembunuhan ke atas Asy-Syeikh Usama bin Laden dan beberapa pengiringnya.

Jika benar seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh Obama tersebut, dengan tegas kita nyatakan bahawa kita menolak penggunaan kekerasan secara am dan bentuk pembunuhan sedemikian. Sebaliknya kita menuntut sebarang kesalahan hendaklah dibawa pelakunya ke muka pengadilan di mahkamah yang adil.

Kita meminta semua pihak di seluruh dunia, lebih-lebih lagi rakyat dan pemerintah di kalangan umat Islam agar berhenti dari mengaitkan Islam dengan keganasan, menjernihkan kembali gambaran-gambaran yang salah yang sedikit sebanyak telah menjadi sebati sejak bertahun-tahun yang lalu.

Kita menegaskan bahawa penentangan yang sah terhadap sebarang bentuk pencerobohan dan penjajahan asing terhadap mana-mana negara adalah suatu hak asasi yang selari dengan undang-undang yang dibenarkan oleh Agama-agama Samawi dan Ketetapan-ketetapan Antarabangsa. Usaha kotor dengan cara mencampur adukkan di antara penentangan yang sah dengan keganasan yang menyimpang terhadap insan-insan yang tidak bersalah adalah suatu strategi dan usaha yang disengajakan oleh pihak-pihak tertentu terutamanya pihak Zionis.

Selagimana masih ada penjajahan kuasa asing ke atas sesebuah negara, maka selagi itulah akan terus ada penentangan yang sah terhadap pencerobohan dan penjajahan tersebut. Oleh itu hendaklah Amerika, NATO dan Kesatuan Eropah segera mengumumkan berakhirnya pencerobohan dan penjajahan mereka ke atas Afghanistan dan Iraq, serta mengiktiraf hak-hak rakyat Palestin yang sah.

Oleh: Ustaz Abdul Halim Abdullah,
Ketua Biro Dakwah,
Ikatan Muslimin Malaysia
Blog: Ini Jalanku

2 Komen untuk entri “Pendirian terhadap pembunuhan Osama bin Laden”

  1. roy says:

    “Keraguan Kematian Osama” vs “Keraguan Kewujudan Osama”

  2. non-partisan says:

    Umat Islam jangan cepat melatah. Sebelum berbahas panjang lebar tentang benar atau tidak kematian Osama, persoalan pertama ialah, adakah susuk tubuh Osama bin Laden benar-banar wujud?

    Kita imbau kembali peristiwa 11 September. Tragedi berkenaan kalau diikutkan tak “segempar mana” jika nak dibandingkan dengan pendedahan-demi pendedahan disebalik pengeboman Menara Berkembar berkenaan. Malangnya pendedahan-pendedahan itu senyap tak kemana, walaupun ianya jauh lebih berprofail tinggi berbanding pembunuhan Pesiden John F. Kenneddy. Yang selalu digembar-gembur di media (termasuk media Malaysia) ialah al-Qaeda bertanggungjawab diatas serangan World Trade Centre dan Pentagon. Manakala berita 3000 kakitangan berbangsa Yahudi mengambil cuti pada tarikh kejadian dan beberapa siri letupan seperti bom jangka kedengaran selepas pesawat kedua merempuh menara berkembar WTC, senyap begitu sahaja.

    Kenapa senyap? Kenapa tak ke mana?

    Jawapannya mudah. Ini semua perancangan regim Zionis di Tel Aviv yang telah mencengkam negara Uncle Sam selaku kuasa besar dunia.

    Adakah logik gerakan bawah tanah seperti al-Qaeda mengatur serangan sebegitu rapi sehingga boleh menembusi kawalan udara AS yang ketat?

    Malah berita di RTM pernah menyiarkan, selepas selesai badah siasat dilakukan keatas semua mayat yang dijumpai di Ground Zero dan kawasan sekitarnya, tidak dijumpai satu pun mayat orang Arab seperti yang didakwa menavigasikan dua pesawat Boeing merempuh pencakar langit.

    Takkan pilot yang mengendalikan pesawat berkenaan, boleh melompat keluar seperti Superman?

    Rangkaian televisyen al-Jazeera kemuadian mendakwa memiliki pita rakaman menunjukkan Osama bin Laden berbincang dengan beberapa individu dipercayai pemimpin-pemimpin al-Qaeda merancang peistiwa 11 September.

    Setakat mana “ketulenan” rakaman video yang menunjukkan Osama bin Laden sedang bermesyuarat dengan beberapa pimpinan tertinggi al-Qaeda merancang serangan berkenaan?

    Betul-betul “tulen”kah video berkenaan? Kalau kita tengok video tu pun, macam cerita budak-budak!

    Gambaran yang lebih jelas mengenai perancangan jahat Zionis ini boleh diikuti di YouTube. Bukak YouTube, dan taip “KONSPIRASI DAJJAL DI AKHIR ZAMAN”.