8 kontinjen beradu dalam MELBOND Brothers 2011
MELBOURNE – Kejayaan luar biasa Melbond 2010 telah menjadi pemangkin buat Biro Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan (SURIA) ISMA Victoria untuk sekali lagi membawakan acara yang memang dinanti-nantikan setiap tahun iaitu Melbond 2011.
Dengan bertemakan ‘Jom Ibadahkan Sukan’, Melbond 2011 diadakan bertujuan untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat umum bahawa ibadah bukan hanya tertumpu di atas tikar sembahyang sahaja bahkan riadah dan bersukan juga merupakan salah satu elemen ibadah yg penting.
Tambahan pula, Islam sangat menggalakkan umatnya untuk sihat dan kuat tubuh badan seperti dalam sabda Nabi S.A.W:
“Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari orang beriman yang lemah. Kedua-duanya ada kebaikan” (Hadis riwayat Muslim).
Bertempat di South Yarra Sports Centre, Melbond 2011 bermula pada pukul 12 tengahari dan tamat pada pukul 6 petang di mana terdapat terdapat 2 permainan yg dipertandingkan iaitu futsal dan bola tampar.
Terdapat 8 kontinjen yang terdiri daripada 6 hingga 10 orang peserta telah menunjukkan kesungguhan dan aksi yang terbaik bagi merebut gelaran Juara Melbond Brothers 2011.
Melbond Brothers 2011 telah menyaksikan kontinjen Kak Limah berjaya merangkul gelaran juara dalam kedua-dua permainan yang dipertandingkan.
Sumber: Laman Web ISMA Australia


