Masyarakat Melayu Islam gusar digelar nasionalis
JOHOR BAHRU – “Umat Melayu Islam hari ini takut untuk mendakwa mereka memperjuangkan hak bangsa dan agama kerana bimbang akan dilabel sebagai rasis atau nasionalis”, tegas Al Fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dalam ucapannya sempena lawatan beliau ke Johor baru-baru ini.
Seramai 50 orang ahli ISMA Cawangan Johor telah berpeluang bertemu dan mendengar ucapan Ustaz Abdullah Zaik dalam majlis yang turut dihadiri oleh YDP ISMA Johor Bahru, Hj Mohd Tahir Hamdan dan timbalannya iaitu Encik Bariman Yasimin.
Tuan Presiden, dalam ucapannya mengajak ahli ISMA untuk menyedari situasi umat Melayu Islam di Malaysia pada hari ini yang jatidirinya semakin luntur.
Umat Melayu Islam yang terdiri dari 60 peratus dan merupakan penduduk majoriti telah kehilangan kuasa wewenang sehingga tidak berani untuk memperjuangkan dan mempertahankan hak bangsa dan agama sendiri.
Ini sebenarnya adalah agenda dan perancangan musuh dari luar dan dalam.
Mereka sangat memahami hakikat bahawa sekiranya orang Melayu Islam sudah tidak mahu memperjuangkan hak bangsa dan agama sendiri serta berlaku kecairan jati diri Melayu Islam maka dengan mudahnya musuh-musuh akan dapat menguasai orang-orang Islam dan kesannya akan menimpa umat Islam sendiri.
Dalam konteks Malaysia, pendirian bahawa kita perlu memperjuang dan mempertahankan hak dan agenda bangsa Melayu Islam adalah pendirian yang Islamik dan bukan bersifat rasis atau nasionalis.
Beliau yang juga Pengerusi Eksekutif Aman Palestin mengingatkan lagi bahawa tanggungjawab memperjuangkan dan menegakkan politik Islam atau membina kepimpinan Islam bukan hanya proses perlantikan atau pemilihan pemimpin Islam melalui proses pilihanraya semata-mata seperti yang berlaku pada hari ini, tetapi ianya adalah satu proses yang bermula dengan membina ummah Islam.
Sambungnya lagi, matlamat Islam untuk menegakkan syariat Islam dan maqosid syar’iyah dalam kehidupan menuntut kita untuk kembali melaksanakan dan mengiatkan aktiviti dakwah dan tarbiyah untuk melahirkan generasi umat Islam tulen di mana merekalah yang akan memilih dan menentukan kepimpinan Islam pada masa depan.
Ini membawa maksud bahawa pemimpin yang baik akan lahir dari kalangan rakyat yang baik seperti maksud hadis Rasulullah saw “ Bagaimana kamu begitulah pemimpin kamu” (HR Addailamy).
Beliau juga mengingatkan bahawa masyarakat Melayu Islam perlu menguasai ciri-ciri perubahan yang diperlukan untuk melahirkan pembaharuan.
Tetapi sekiranya perubahan dilaksanakan secara tidak terancang atau perubahan dalam keadaan kuasa umat Islam lemah maka tidak akan menghasilkan pembaharuan yang di cita-citakan bahkan adalah suatu ancaman yang akan menghasilkan kesan yang lebih buruk.
Menjawab kepada beberapa persoalan yang berkaitan dengan jati diri Melayu Islam, beliau menjelaskan umat Melayu Islam perlu merujuk dan menggali semula sejarah perjuangan dan pencapaian kerajaan Melayu Islam Melaka.
Kerana disitulah bermulanya sejarah perjuangan orang-orang Melayu dalam usaha-usaha menegakkan serta mempertahankan kedaulatan Islam.
Sumber: Laman Web ISMA Johor



Assalamualaikum, melayu nak sepakat terutamanya umno dan pas..macam fantasi hang tuah dan hang jebat je..antara ngo Islam pun sekeh meyekeh dan siku menyiku, awak tak betul uslub le..tak cukup ilmu le..tak cukup tarbiyah le.saling memperli dan mempelekehkan antr satu dan lain..
Melayu-melayu..AJK Surau pon berebut-rebut..Hang Tuah tu ada ka..ujud ka..
Bagi saya ramai okey je digelar nasionalis. tapi ramai tak suka digelar rasis sebab ia mirip asabiyah.
Bagi saya juga ramai yang menuntut hak keistimewaan, tapi tak ramai yang berani tegakkan al-Haq sebab takut digelar pembangkang.
“Masyarakat Melayu Islam lebih gusar digelar pembangkang anti kerajaan”, dalam keadaan tak kenal mana jentera kerajaan mana jentera parti pemerintah. huhu. kelakar.
Dalam konteks Malaysia, pendirian bahawa kita perlu memperjuang dan mempertahankan hak dan agenda bangsa Melayu Islam adalah pendirian yang Islamik dan bukan bersifat rasis atau nasionalis.
[sejauh mane ye kebenarannye?dlm stu crmah,seorng ust berbangsa india mengatakan sbb utama msyrkat non-muslim tidak menyukai Islam(especially other races in our country) ialah berlaku ketidakadilan terhadap mereka.eg; isu scholarship]