|

Komuniti Malaysia di Oxford sambut SOS penuh prihatin

OXFORD – Komuniti Oxford-Malaysian melahirkan rasa keprihatinan yang tinggi ketika berlangsungnya Roadshow Palestin (RSP): Searching For Solahuddin (SOS) 2011 di sini hari ini.

Dalam rangka kembara di lokasi kedua terakhir ini, Dr. Zainurrashid melahirkan rasa terharu dengan sambutan yang diberikan oleh komuniti kecil pelajar Oxford yang masih mampu mengumpul kutipan sejumlah hampir GBP500.

Pertandingan Mewarna telah diadakan bersempena dengan SOS 2011 di Oxford yang  telah dimenangi oleh adik Nurul Fatihah.

Turut diadakan solat hajat bagi mendoakan perjuangan saudara-saudara seakidah di Palestin selain mendoakan kesejahteraan dan keselamatan buat Saudara Aizwan, siswa University Sheffield yang telah disahkan menghidap Kanser Sarcoma baru-baru ini.

Sumber: Laman Web ISMA Eropah