Bukan agenda utama ISMA satukan UMNO dengan PAS
BANDAR BARU BANGI, 12 Mei – “Penyatuan dan persepakatan antara pihak UMNO dan PAS bukanlah agenda utama dalam perjuangan ISMA”.
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata demikian dalam kenyataannya kepada wakil media di sini hari ini.
Menurut beliau, agenda perjuangan ISMA ialah mendaulatkan Islam di Malaysia. Demi tujuan itu, adalah menjadi kemestian umat Islam amnya dan Melayu khususnya bersatu berganding bahu.
“Mendaulatkan Islam adalah yang lebih utama. Itulah agenda ISMA. Demi tujuan itu, adalah menjadi kemestian umat Islam amnya dan Melayu khususnya bersatu berganding bahu,” tambah Ustaz Abdullah Zaik.
Walau bagaimanapun, beliau memandang positif jika UMNO dan PAS boleh duduk semeja berbincang dan bersepakat demi kepentingan agama, bangsa dan negara.
“Saya amat bersetuju jika UMNO bersama-sama dengan PAS dapat berbincang dan bersepakat dalam hal-hal berkaitan dengan kepentingan agama, bangsa dan negara,” ujar beliau ketika mengulas isu penyatuan UMNO dan PAS yang sedang hangat ketika ini.


Salam.
Boleh huraikan lagi?
Assalamualaikum, ustaz…
Tolong perjelaskan sket, saya tak brape faham. Terima kasih.
Adakah apa yang PAS buat di kelantan selama ini tak meluaskan Islam sendiri walaupun kelantan itu dianaktirikan oleh kerajaan pusat?
entiti badan parti politik yang mementingkan ekonomi dan kuasa menyebabkan terjerumus kepada Cinta Duniawi…
Adalah satu impian melihat Parti politik Melayu bersatu… Barulah boleh berarak sambil mendendangkan ‘Tolaal Badru Alaina’
(^_^)
Alhamdulillah… kalau UMNO dan PAS bleh duduk semeja berbincang……..
Bangsa-bangsa lain dah lama dah buat mcm tu….
Orang Melayu je yg susah sikit nak duduk semeja kalau sudah bertegang urat…
Suka mencari perbezaan dari keserasian…
salam,
setuju utk dihuraikan lagi. sekadar ingin berkongsi pendapat.
menurut kefahaman saya, kesepakatan antara UMNO dan PAS merupakan salah satu agenda ISMA untuk memastikan kedudukan Islam di Malaysia diletakkan di tempat yang tertinggi, tetapi bukanlah sebagai agenda UTAMA. Seperti yang dilaungkan2 oleh ISMA, “melayu sepakat islam berdaulat” itu merupakan satu slogan yang menyeru rakyat melayu islam khususnya untuk bersatu padu atau sekurang-kurangnya mempunyai kesepakatan dalam perkara-perkara yang melibatkan nasib orang Islam di malaysia. Ini kerana majoriti rakyat kita yang beragama Islam adalah dari kalangan bangsa melayu sendiri…jika bangsa ini sendiri tidak mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap pentingnya kesatuan, masih bertelagah dan berpecah belah mengikut blok parti (UMNO, PAS, PKR), pihak musuh2 islam mengambil peluang membuat pelbagai tuntutan yang akhirnya merugikan orang Islam sendiri seperti yang kita saksikan sekarang.
setuju juga dgn ummu, ana rasa mungkin lebih baik jika ada penjelasan yg lebih panjang.
saya mengimpikan satu parti politik yang tidak ada sentimen bangsa di dalamnya.
salam. saya tgk yg isma ni dah mcm aliran umno jer. asyik2 dgn perjuangn melayu x habis2. isma yg kononnya nak mendaulatkan islam di malaysia, naper x tlg PAS dlm perjuangannya? naper x bntu pas dlm pilihanraya n gerak kerja pas?
igt yer, harap2 isma dpt nilai semula asas perjuangan yg isma dokongi. lagi satu, kena igt selagi mana umno x ubh dasar mereka dr najis sekular kpd kesucian islam, smpai kiamat pon PAS x akan bergabung dgn umno.
assalamu’alaikum…
teorinya macam2 syeikh, siapa pun boleh berteori…cuma praktikalnya n realitinya x seindah teori…isma kelihatan lebih kepada UMNO yang jelas banyak memperkotak katikkan islam, berjuang atas nama agama dan bangsa tapi, syariat seolah tidak ada, bahkan ditelapak kakikan pemimpinnya, jika benar ISMA ikhlas, berpadu tenagalah dengan PAS, yang secara terang memperjuangkan syariatullah, usah bercakap soal perpaduan jika ISMA sendiri mengasingkan diri dari jemaah induk, kenapa perlu ada isma, sedangkan sudah ada yang lebih jelas hala tujunya, ISMA adalah satu entiti yang sibuk bercakap, bising bersorak tapi tidak begitu tindak tanduknya…perhalusilah kembali teori dan dondang sayang ISMA, agar tidak menang sorak kampung tergadai…semoga Allah merahmati mereka yg ihklas dalam berjuang…
Setuju dengan kata2 Ustaz Abdullah Zaik di atas. Saya bukan ahli ISMA, tetapi dengan ISMA, saya adalah saudara seagama. Cuma bezanya ISMA melakukan kerja, saya masih di zon selesa.
Pas Lagi suke dok ngan DAP…