YDP ISMA Melaka terima kunjungan balas ABIM
BATU BERENDAM – YDP ABIM Melaka, En Fadhal Adly Jaafar telah melakukan kunjungan hormat ke atas YDP ISMA Melaka, Ustaz Ahmad Zainal Abidin di Pejabat ISMA, Angkasa Nuri. Kunjungan itu sebagai lawatan balas kunjungan Pejabat YDP ISMA pada Januari lalu.
En Fadhal yang sedang dalam rangka lawatan sempena seminar kewangan diiringi oleh beberapa Jawatankuasa ABIM Melaka. Selepas ISMA, beliau akan meneruskan lawatan ke beberapa badan lain bagi melengkapkan siri lawatan sempena program tersebut.
Difahamkan, dalam pertemuan itu YDP ISMA Melaka dan YDP ABIM membincangkan pelbagai isu mencakupi kerjasama dua hala dalam menganjurkan pelbagai program menjurus kepada memeperkasakan jatidiri Melayu Muslim dalam pelbagai bentuk seperti keilmuan, kewangan dan keusahawanan.
Selain itu, Ustaz Ahmad turut memberi penerangan kepada En Fadhal mengenai usaha ISMA dalam memperjuangkan bangsa Melayu untuk mempertahankan jatidiri dan agama Islam serta kerjasama ISMA dengan badan-badan lain dalam mempelopori isu ini.
Sumber: Laman Web ISMA Melaka



