Saran selesai isu video ikut prinsip syariah – Ustaz Azizee
SEREMBAN - Isu video seks yang didakwa membabitkan pemimpin kanan pembangkang sewajarnya diselesaikan mengikut kaedah digariskan dalam prinsip syariah Islam.
Naib Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Seremban, Ustaz Mohd Azizee Hasan berkata, banyak pihak lebih cenderung menyiasat tuduhan membabitkan kesalahan zina itu menerusi undang-undang sivil.
“Dalam Islam, setiap tuduhan berzina perlu disokong kesahihannya oleh empat saksi dan pengakuan daripada individu yang dituduh.
“Tindakan menayangkan video berkenaan juga dikhuatiri bercanggah dengan fiqh Islam yang menghalang umatnya mendedahkan keaiban orang lain,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini, semalam.
Ikuti ulasan lanjut Ustaz Azizee di bawah.
Sumber: Sinar Harian, 5 April 2011



ISMA perlu mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai Isu Video Seks Anwar. Keadaan semakin parah apabila Datuk Eskay melaksanakan sumpah laknat. Ayuh Majlis Ulama ISMA, buat kajian dan keluarkan kenyataan.
Terkesan dengan satu komen di suatu website, budaya SUMPAH LAKNAT yang berleluasa boleh mengundang bala daripada Allah. Risau juga Tsunami di Acheh berulang, tapi kali ni di tanah kita (Na’uzubillah). Mungkin boleh berdiam diri dengan SUMPAH LAKNAT Saiful Bukhori, tapi sekarang muncul sumpah laknat yang lain pula.
MUIS, masyarakat perlukan alternatif penyelesaian dalam isu ini. Semoga ada fiqh-fiqh yang dikupas dengan bijak dan beguna kepada ummat Islam di Malaysia.