|

Perwakilan gesa perkasakan peranan Media ISMA

KUALA LUMPUR, 26 Mac - “Media memainkan peranan terpenting dalam memastikan kejayaan gagasan ‘Melayu Sepakat, Islam Berdaulat’ yang dikemukakan oleh ISMA,” tegas beberapa orang perwakilan ketika membahaskan ucapan dasar Presiden ISMA sempena Mesyuarat Agung Tahunan ISMA kali ke-12 di sini.

“Gagasan yang hebat ini perlu disebarluaskan kepada segenap masyarakat. Di sinilah media perlu memainkan peranannya”, gesa Ustaz Zaidi Mohd Jalil, perwakilan dari Melaka.

Turut melahirkan gesaan yang sama ialah perwakilan-perwakilan dari Kuantan dan Johor Baharu yang bersependapat amat penting bagi memastikan gagasan ini sampai ke setiap tempat dan lapisan masyarakat.

‘Melayu Sepakat, Islam Berdaulat’ adalah tema ucapan dasar Presiden bagi Mesyuarat Agung Tahunan ISMA kali ini dan merupan slogan baharu ISMA.

Slogan ini mengungkap intipati perjuangan ISMA bagi membina dan mempertahankan keperibadian dan jati diri keislaman bangsa dan negara tercinta.

Oleh: Mohd Azizuddin Sahiddin
Wartawan/Jurufoto
Media ISMA

1 Komen untuk entri “Perwakilan gesa perkasakan peranan Media ISMA”

  1. Rashid Amirdin says:

    menyokong SERATUS PERATUS agar ISMA menggunakan dan mengoptimakan laman sosial dan media!!!